بِسْــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Monday, 3 March 2014

Rumah Idaman Kalbu - Minimalist Design

Adoilaaaaaaaa, mommy mitak ampun ye kalau ada yg menyampah. Ini blog mommy & rasanya tak salah kalau mommy nak meroyan sorang2 berangan pun. Hehehe!!!!tapi lebih syok kalau meroyan berangan beramai2. Angan2 ni kalau disertai doa tersangat la effisiennya kan? So mari2 kita berangan & berdoa sama2 (jemaah) semoga kita dapat memenuhi impian kita (walau apa pun impian anda). 


Okey ni nak habaq mai, mommy ni dok suka leeeeee meroyan sorang2 dengan rumah idaman mommy ni (yelah kalau berangan dgn daddy tak syok sebab dia asyik gelakkan mommy je, pastu perlekehkan mommy dgn ayat "sembang deraih" (apatah maksudnya, mungkin cakap kosong kot) MENCI tul!!!!…..potong stim org betui laaaa dia ni). 

Tapi kan mmg dari kecik pun mommy mmg suka tgk rumah org lawa2 (tak semestinya besaq gedabak tau)..janji cantik, bersih & ada laman cantik. Mungkin sebab masa kecik2 dulu mommy dibesarkan kat kedai (situle tempat berniaga, situle tempat tidur, situle tempat makan, situle jugak tempat bermain), jadinya teringin sangatnya nak berumah tangga mcm kawan2 yg lain. 

Alhamdulilah bila dah besar & berkahwin kami dah berjaya memiliki rumah sendiri. Rumah 1st, apartment @Subang Jaya. Kecik je tapi tersangatla suka & selesa tinggal di situ (environmentnya sgt cosy & privacy). Then, ada rezeki lebih sikit kami move to Puncak Alam. Persekitaran yg baru dengan jiran2 yg baik tetapi tak lama rezeki di situ & seterusnya kami beralih arah ke Brunei. Alhamdulilah rumah kat sini besar2 gedabak tapi tule hakikatnya harta pinjaman dunia semata. 

Lately ni mommy dah terasa bagai di seru2 utk berumah tangga sendiri (walau bkn dlm masa terdekat sbb tak puas lagi dok @Brunei cuma terasa nak ada base sendiri @Malaysia atleast bila kami dah settledown nanti). Coincidence perasaan ni dicuit takala dgn hasrat daddy nak cari rumah utk disewakan, sekali terjumpa lot yg sgt memenuhi citarasa mommy yg sederhana ni (ngeh3x.sederhana je & kat kampung lg area tu).


Mommy sangat2 berharap daddy boleh rasa apa yg mommy rasa ni & bersetuju utk grab the opportunity. Mommy just nak ketenangan & menghabiskan hari2 tua dengan daddy secara sederhana di tempat yg damai persekitarannya (dalam hutan le ni). Secara tak langsung agar hubungan kita dengan ALLAH pun lagi dekat, InshaALLAH.

Okey, kalau u al perasan gambar2 rumah yg mommy share ni semua design moden kan? YUP!!!!!!i really in love dengan design 'Modern Minimalist'. 

Walau dalam hati ada sedikit taman roses tetapi pilihan design rumah dari dulu mommy suka yg simple. Memang dari dulu tak suka kerawang2 sangat dlm rumah. 


Kalau dulu design2 camni hanya mampu dimiliki oleh org2 kaya raya je & of course di bandar2 besar. Tapi sekarang ni Inshaallah dah ada org kebanyakan yg boleh buat rumah design ni hatta di kampung2 ( sebab bila rumah size kecik pun tapi dgn design minimalist ni sure rumah tu akan nampak menarik).

Justeru itu, Inshaallah kalau ada rezeki & umur yang panjang teringin nak ada rumah minimalist ni di area yg mommy aim tu (kalau daddy baca N3 ni pleeeeeeeeeeeease le). Hahaha!!!!meroyan dah.


Oh btw kebanyakan gambar2 (bukan semua) yg mommy share di sini dtgnya dari seorang contractor/ID hebat di Malaysia. Beliau selalu keluar TV & majalah2. Actually he was our 'super senior' masa kat USM dulu. Tak sangka bro ni blh jadi terkenal & hebat mcm harini. Sapa2 yg nak buat rumah tu blh la tengok FB beliau. Ada mentioned kat dalam few gambar di sini. Mommy idok le tegur dia weh, cuma mmg kenal & admire dgn hasil kerjanya since mmg impian nak rumah ala2 design dia pun. Heheh!!!

To bro Muhsin (MAG Builder), I dah terpromote kehebatan u di sini la (pssst!!!!kalau la dpt tlg design rumah idaman mommy tu kira mimpi menjadi realiti la). Adoilaaaaaa, mcm le bro tu baca blog haku.

Takpe la labu sayong…….. kita berangan le dulu dok dalam mana2 rumah ni. Kalau ALLAH kata ada rezeki mommy!!! maka menjadila ia. Yang paling penting niat & usaha kita tidak lari dari landasan ALLAH, Inshaallah. 

Last but not least, sekeping gambar wet kitchen style open air. Wow!!!!sukeeee.



6 comments:

Kuazue Mohd said...

HAA berangan..berangan... jom makan buah verangan sambil berangan.. baring sambil tengok langit..hahhaa

rostina76 said...

hahaha!!!!angan2 labu sayong xpe azu sbb dia tak jatuh gedebuk cam si luncai. labu sayong org letak atas meja je……aku mmg suka berangan :P

UmmuAidan-Arissa said...

semoga tercapailah salah 1 deh..:)

acik idah said...

Cantikknyaa.. idah pun suka tengok rumah yg cantik2 camnie.. tapi idah prefer modern country design.. :D

@na said...

tak pa berangan tk kena duit...kuasa minda mengatasi segalanya..hrp tercapai la tu...best kan berangan...hehehe...

ishamizu said...

Adey drooling sguh tgk rumah2 tuh! Kita sama taste la kros! Hehe..mudah2 your dream come true sis! Amin..

Ps. Dulu ktrg pon dok Puncak Alam jap, FIL punye rumah :D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...