بِسْــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Friday, 14 March 2014

SOLAT HAJAT untuk MH370

Assalamualaikum & salam sayang semua.
Entry harini just sharing something yg mommy rasa we Malaysian should know & thankful.


Rentetan kehilangan MH370 yg dah masuk day 7 tapi masih belum ada apa2 petunjuk. Semua resah & gelisah dgn keadaan teka teki ini. Bukan setakat Malaysia @negara2 yg melibatkan penumpang warganegara mereka tetapi seluruh dunia turut prihatin & mendoakan keselamatan semua penumpang & crew. Sebagai sebuah negara Islam, ya banyak usaha2 ke arah mengadakan solat hajat & tidak ketinggalan upacara keagamaan semua pihak diadakan di Malaysia. 

Yang mengharukan mommy kemarin ialah apabila Arfa balik sekolah & bgt yg sekolah ugamanya mengadakan solat hajat untuk kehilangan MH370. Masa tu mommy tiba2 terasa sayu & hiba kerana negara jiran Brunei begitu mengambil berat & tidak memandang ringan masalah yg dihadapi Malaysia. Sampaikan semua sekolah ugama dikerah mengadakan solat hajat semoga ALLAH permudahkan penemuan MH370 (rasanya @Malaysia sendiri usaha tidak segiat ini mungkin). 

No bomoh2 pliz......Jiran sebelah pun turut mendoakan. No wonder sek Arfa bt solat hajat, titah sultan dah dimaklumkan. Alhamdulilah......

MAKLUMAN:
Pada menjunjung Titah perintah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzadin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, dengan ini dimaklumkan kepada seluruh umat Islam di negara ini supaya akan dapat datang ke masjid-masjid di seluruh negara dengan penumpuan di Jame' 'Asr Hassanil Bolkiah, untuk sama-sama menunaikan sembahyang sunat hajat beramai-ramai sebagai tanda simpati kita di atas kejadian pesawat MH370, Penerbangan Malaysia, yang dilaporkan hilang sejak Sabtu lalu.
Manakala selesai sembahyang sunat hajat, akan diikuti pula dengan membaca do'a khusus, memohon kepada Allah Subhanahu Wata'ala, mudah-mudahan kapal yang hilang itu akan dapat ditemui semula dengan izin Allah.
Sembahyang sunat hajat tersebut akan diadakan pada hari ini, Khamis 12 Jamadilawal 1435, bersamaan 13 Mac 2014 selepas menunaikan Sembahyang fardhu Maghrib.
Dikeluarkan oleh:
Kementerian Hal-Ehwal Ugama,
Negara Brunei Darussalam.


Bila petang sikit baru mommy dapat berita rupa-rupanya arahan itu adalah dari titah Sultan Hassanal Bolkiah supaya seluruh masjid di Brunei mengadakan solat hajat selepas solat Maghrib semalam (13/3/2014). Ya ALLAH!!!!!sebak & terharu sgt dgn keprihatinan mereka. Pada awalnya mommy masih beranggapan perkara itu biasa sebagai tanda simpati jiran kepada jirannya & mungkin setakat jemaah masjid yg melaksanakannya. Tapi tanggapan mommy silap kerana upacara solat hajat itu dihadiri oleh kerabat Diraja & barisan kabinet menteri mereka di samping jemaah lain. Subhanaallah!!!!semoga ALLAH melimpahkan rahmatNYA keatas Brunei & tidak ketinggalan memberi rahmatNYA juga yg tidak terhingga kepada Malaysia. Mudah-mudahan dengan doa banyak pihak MH370 dapat ditemui secepat mungkin. 

4 comments:

Jari Manis said...

Jm sgt suka cara pemerintahan sultan brunei dan skodeng klsu2 dpt bakal suami org brunei heeee

BUNDA said...

Alhamdulillah....
dalam keadaan begini bukan saja penyatuan ummah tetepi juga penyatuan jiwa telah diterapkan ..

Semuga pencarian MH370 menemui jalannya...

Kasih Ibu said...

Semoga tragedi yang menimpa MH370 akan menyedarkan kita supaya kembali kepada Allah..Harapan dan doa kita agar MH370 akan ditemui walau dalam apa jua keadaan sekalipun..

Cho Zila said...

semoga tragedi MH370 ini akan membuatkan kita semua sedar yang kita memerlukan satu sama lain ... hidup tidak boleh bersendirian... hubungan Malaysia Brunei memang istimewakan..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...