بِسْــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Saturday, 15 March 2014

Kuih Talam Gula Merah

Assalamualaikum & salam sayang semua.
Ya ALLAH!!!!semakin hari semakin resah & pelik dgn kehilangan MH370. It's already day 8 and yet more clues assuming of something 'fishy'. Semoga segalanya terjawab dengan segera.


I prepared this Kuih Talam (mmg jarang2 mommy buat kuih talam sbb permintaan agak kurang terhadapnya). Terliur & terbayang tiba2 dgn kuih talam gula merah, so mommy google for the recipe. 


Mommy just followed recipe from Azie Kitchen  but instead of using brown sugar/gula merah I used 'gula melaka/nise'. Alhamdulilah, it turns up perfectly cuma color je tak sehitam yg k.Azie buat. Rasa? I love it. Tq k.Azie for sharing the recipe.


Lapisan bawah:
1 cawan gula merah
1 1/2 cawan gula 
Sedikit air
1 1/2 cawan tepung beras
4 1/2 cawan air (termasuk air gula tadi)
Sedikit air kapur

Caranya:
1. Masak gula merah dan gula putih dengan sedikit air. Sejukkan.
2. Bancuh tepung beras dengan air dan sedikit air kapur. Kacau
sehingga larut dan tapis ke dalam periuk.
3. Masak sebentar di atas api sederhana sehingga agak pekat. 
4. Masukkan ke dalam loyang yang telah disapu sedikit minyak.
5. Kukus selama 20 minit. Setelah masak dilorek permukaan
dengan garfu.

Lapisan atas
1 cawan tepung beras
3 cawan santan
Sedikit garam

Caranya:
1. Satukan semua bahan dan tapis. Kacau rata atas api perlahan sehingga agak pekat.
2. Tuang menggunakan senduk dengan perlahan lahan ke atas lapisan bawah. 
3. Kukus selama 30 minit atau sehingga masak.

13 comments:

mama sara nur said...

Assalam
Yummy, terbayang kesedapannya
Suka suka he hee
Cantik kemas bila potong
Bg akak talam ni leceh sikit kadang buat
Lembik je. Nk cp resepi ni ye

aTieYusof Family said...

salam kak...wahh mmg sedap nampak kuih talam tu..jarang dpt mkn ni... keep praying for MH 370. ...moga ditemukn dlm msa ter dekat. .

Shamsiah Abdul Rahman said...

As usual..
Suka makan tapi tak reti nak buat and rasanya takkan cuba buat.. sebab.. memang tak pernah bernasib baik kalau buat kuih tradisional ni.

Nastyna said...

Lama tak makan ni, nak buatnya tak yakin hihi.

suka suka said...

Sedap ni... potongannya pun licin ....

Jari Manis said...

Jm suka kuih ni tp bila buat x menjadi wlau follow resipi maybe x ada bakat memasak :-)

Muhammad Taufiq said...

Hye, I'm a new blogger :) Salam perkenalan, Mohon singgah dan follow blog saya awksweetgitu.blogspot.com :)

myda_ahmad said...

dulu penah wt,tp terlembik sikit maybe something wrong pd bhn yg saya sukat kot..

BIBIE KARIM said...

Bibie paling suka menalam ni Kak Ros. Bunda kata macam makcik2 perangainye. Hihi nasib baik Bunda suka jadi tukang habiskan.

kak ina kl said...

salam
kat umah akak kalau buat memang anak-anak tak layannn..kalau nak makan gi beli ajer

wah kat sana pun musim bubuk ek..

Cho Zila said...

pandai ambik gambar makanan kan.. akak kalau ambik gambar makanan yang cam kuih gitu payah rasanya...
ehm akak suka kuih talam tapi nak buat tu cam lecehjer... ha.. ha.. dasarkan...

rostina76 said...

mama sara nur: ros pun 1st time try talam ni alhamdulilah jadi. tapi yg lembik tu sedap juga kak cuma xcantik le kan. yg resepi k.azie ni lembut je…ros pun sukeee. hehe

atie: inshaallah tetap berdoa yg terbaik utk MH370

k.sham: heheh!!!saje je downgrade kan skill dia ksham ni. try byk2 kali jadi le tu

nastyna: yakin boleh je klu teringin tu.

suka2: bila yg buat sendiri ni rasa sedap plak & leka makan 4,5 potong sekali hadap. hehe

JM: beli jelah….JM mana ada masa asyik berjalan je tu

muhd taufiq: salam kenal dik

myda: terlebih cair kot tapi ros suka juga yg lembik tu

BB: hahaha!!!!makcik je ke weh makan talam. btw xsangka BB terer menalam ye

kak ina: ye kak 2mg lepas dah tiba musim bubuk tapi lately ni ombak dah besar balik so xde dah la skrg ni

cho zila: xde la pandai mana kak, snap pakai hp je pun. heheh dulu2 rajin le jugak tertonggeng2 shot gambar makanan….leni pakai sempat je leeee

hainom OKje said...

Okje baru buat semalam Ros...mmg sedapkan...tp OKje buat loyang kecik jer...Ni ros lebihkan yeh!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...