بِسْــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Sunday, 2 March 2014

Korea - Trick Eye & Ice Museum


Assalamualaikum & salam sayang semua.
Masih lagi di hari ke-3. Sebaik saja keluar dari Namsan Traditional Village, kami terus ke Hongik Univ untuk ke Trick Eye Museum. Masa ni mmg laju jalan (ibarat mommy tarik sampai terbang si Ahdia) sebab takut tak sempat masuk memandangkan masa tu dah 8+pm. 

Jumpa aje tempat tu terus guide belikan tiket & kami diberikan masa tak sampai sejam untuk tour (sib baik dibenarkan masuk juga walau lambat).


Fyi, museum ni terbahagi 2 iaitu Trick Eye Museum & Ice Museum.  

Ice Museum ni adalah ruangan dalam freezer yg dipenuhi sculptures yg diukir menggunakan ice.

Antara yg ada sculpture kereta, ruang dapur, ruang tamu, slide, igloo, angry bird & yg paling tak tahan toilet bowl yg ada seketul #@ik. Eeeei, terkejut mommy tengok bila 3A sibuk dok suruh tgk. Dorg ni seronok je dok dalam tu main slide 4,5 kali round tapi mommy dah rasa nak beku otak. 


Lepas keluar dari freezer baru kami masuk ke ruang pameran Trick Eye.



The Trickeye Museum is an art gallery with paintings created using 'trompe l'oeil' techniques that give each 2D art piece the illusion of being in 3D. Instead of merely viewing paintings (as in a typical art gallery) visitors can interact with the paintings, posing themselves just right so that they look as if they are part of the original work. To ensure that even its busiest patrons have time to enjoy the fun, the museum stays open each day until 9PM, making it a popular date and hang-out place.



Banyak sangat 3D images tu tapi mommy tayang mana2 yg sempat jelah ye untuk kenangan.







4 comments:

Unaizah said...

Trick Eye Museum tu cool la :-)

Kat Penang pun ada 1 jln yg ada arts mcm ni tp sepanjang 1 wall je bkn la 1 muzium.

Mia Kassim said...

Seronok pulak tengok TrickEye Museum tu.....:D

BIBIE KARIM said...

Wah gembiranya budak2 tu. Bibie baru nak update pasal museum ni. Hihi.

rostina76 said...

unaizah: kami pun blm singgah tau yg @Penang tu. selalu balik kelam kabut je

mia: mmg seronok sbb cam cute je semua trick2 tu

bibie: kros dah tgk bibie tu, mengalahkan 3A seronoknya kamu & cousin ekk

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...