بِسْــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Tuesday, 11 March 2014

Cekodok/Jemput-jemput Pisang Gebu

Assalamualaikum & salam sayang semua.
Day 4 - Missing of MH370.

The best ucapan ever since kehilangan MH370 ialah oleh Kapten Norudin And Majid. Maybe because he is the person closely related with Boeing 777 & yet the wise 'professional beriman'. Setiap butir perkataan yg diutarakan beliau sememangnya tepat dengan keadaan kita sekarang yg buntu dengan kehilangan MH370. Segala-galanya milik ALLAH & hanya ALLAH yg mampu mengembalikannya. Jika kita berharap maka hendaklah kita benar2 berharap kepadaNYA. Inshaallah!!!!!!

Okey menyambung duty mommy sebagai tukang masak upahan ni, ni mommy nak tepek resepi legend gak. Huhu!!!!!frankly speaking malu weh nak bgt tau baru pandai buat cekodok pisang (bukan xpernah buat cekodok pisang tetapi mommy punya version lain……bukan gebus tetapi lembik & padat dengan isi pisang). Mommy suka yg versi dulu sebab bila makan mmg masih terasa isi pisang yg lembik2 tu, cuma kelemahan yg tu ialah dia serap minyak sangat. Kalau u tos atas tisu pun still boleh nampak minyak. Semenjak dok risau high cholesterol aritu, mommy dah tak berani nak buat style tu, so teringat la kwn2 dok bercerita cekodok pisang gebu. Ada member yg dok nun di padang pasir yg expert pasal cekodk pisang ni. Bila mommy google resepi, yeay mmg betul la resepi dia yg paling top dlm google search. Tq Huda for the sharing. Mmg proven cekodok pisang gebu u gebu & sedap. I dah fall in love plak dgn cekodok versi ni. Alhamdulilah takde berminyak2 dah.

Bhg 1: Ibu Jemput-jemput

Bahan2:
Beberapa biji pisang masak ranum
3/4 cwn brown sugar
1 sdt ground cinnamon (optional)
1 cubit garam
**Sukatan ini adalah untuk 2 cwn Ibu Jemput-jemput

Caranya:
1. Lecek pisang bersama-sama kesemua bahan-bahan lain.
2. Simpan untuk minima beberapa jam supaya gula benar-benar cair.

#Kita suka simpan sekurang-kurangnya semalaman dalam peti sejuk supaya warna dan rasanya lebih sebati.
#Kalau kebetulan ada pisang yang ranum, terus aje buat Ibu jemput-jemput ni. Boleh tahan sampai seminggu dalam peti sejuk.
#Penting untuk simpan dulu Ibu Jemput-jemput. Kalau terus digunakan, gula akan mencair sementara kita menggoreng. Adunan pun akan mencair dan kita takkan dapat tekstur jemput-jemput yang gebu serupa kek tu!


Bhg 2: Adunan Jemput-jemput

Bahan2:
2 cwn Ibu Jemput-jemput
1 1/2 cwn tepung gandum
1 sudu besar bicarbonate of soda

Caranya:
1. Ayakkan bicarbonate of soda ke dalam tepung dan gaul rata (Penting untuk mengayak bicarbonate of soda supaya tak berketul-ketul dalam adunan).
2. Tuangkan Ibu Jemput-jemput dan gaul rata.
3. Goreng jemput-jemput dengan minyak yang sederhana panas.
4. Sentiasa balik-balikkan supaya masak rata.
5. Apabila jemput-jemput sudah bertukar warna, angkat toskan dan sedia untuk dihidang.

#Jangan panik. Adunan memang pekat dan kental.
#Kalau nak dapatkan bentuk yang bulat tu, tak boleh tidak, kena guna jari untuk menjemput adunan ke dalam minyak ya...

10 comments:

aTieYusof Family said...

Salam Kak...
setuju dgn kata2 Kapten Nurudin tu..berbalik lah pd pencipta Sains...tiada yg mustahin bagi-NYA.
wahh! sedap cekodok tu...:)

Jari Manis said...

Klau jm buat cekodok ni mest lebik dan berminyat so perlu try resipi rose plak sbb cekodok nya nampak sedap dan menarik

hainom OKje said...

ohhh kena simpan yeh Ros...Okje ada gak tu dah lama simpan hehe boleh pakai lagi tak agaknya yek....teringin pulak nak menyekodok pisang ni... Samalah Ros OKje selalu buat macam awak jugak tp minyak mmg ber lambak lew ....sudahnya OKje guna tepung naik sendiri mmg menjadi lah gebunya tapi tak bulat cenggini lew .....lonjing lonjong je okje nengoknya hehe

rostina76 said...

atie: manusia ni kdg2 over confident dgn technology, itu yg ALLAH test

JM: dulu ros pun bt yg style lembik & bminyak tu tapi bila fikir gerun dgn penyakit rasa best sgt dpt cuba resepi ni

okje: klu resepi ni mmg kena simpan le peram kejap baru sedap. tapi klu dah tak sabor gasak jeeeee

kehidupan sihat said...

sedap ye..
memang tgh mood makan cekodok je minggu ni..haha

www.diyanarazim.blogspot.com

jemput ke blog nana,tq

Ike Sulaiman said...

Boleh ke buat youtube cara nak dapatkan cekodok yang bulat comel ni...supaya lebih jelas cara nak dapatkan bentuk bulat tersebut

rostina76 said...

ike sulaiman: inshaALLAH klau kros ada masa blh la shot filem membuat cekodok bulat2 plak….. heheh

Sheila said...

Pagi ni nak sarapan cekodok pisang.. nyum nyum...

Aei Amrun said...

Assalam...dah try wat...tapi langgar pantang skit la..ibu xtgu lama..xsaba..just gaul lama skit bg cair gula..sedapppp...
Tq atas perkongsian.. :)

Aei Amrun said...

Assalam...dah try wat...tapi langgar pantang skit la..ibu xtgu lama..xsaba..just gaul lama skit bg cair gula..sedapppp...
Tq atas perkongsian.. :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...