بِسْــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Saturday 22 February 2014

Korea - Namsan Tower

Assalamualaikum & salam sayang semua.
Mommy teruskan n3 Korea dengan trip kami ke Namsan Tower.
Pengajaran untuk mommy sbb terlalu bergantung dgn tourist guide. Sebelum2 ni kami ada pengalaman travel dgn travel agent & tourist guide yg proper masa kami pergi ke China & New Zealand zaman dulu2. So, anggapan mommy this trip ke Korea pun will be smooth & steady. Hehe!!!hakikatnya bila kami ke Korea ni walau guna khidmat tourist guide (kononnya) tapi yg style budget ni diaorang mmg squeeze abis (tapi terpaksa amik guide @Korea sbb xconfident pasal language. Dulu g HK blh survive sbb language dorg blh lg redah). Walau dorg bg itinerary tapi kita kena alert juga sbb dalam kes kami ni blh plak our guide ni lupa bwk kita org ke Namsan Village padahal dah dekat dengan Namsan Tower ni (lupa @buat2 lupa allahualam). Tak ke rugi di situ (sib baik kami mitak juga dorg bwk kami pergi). Mungkin dia tahu kita tak study & serah bulat2 kat dorg so blh la dorg buat2 lupa (tapi kami just maintain cool je laaaa sbb mmg cool beku pun time tu). Tambahan pulak kami mmg kesuntukan masa. Dalam 6H5M tu byk nak cover, travel plak dgn public transport.adusssss capekkkkk.
Panjangnya bebel……….


Ok, sambung…….Dari Itaewon, kami amik bas terus ke Mt Namsan. Bas sampai ke kaki gunung je, so terpaksa mendaki hingga ke puncak (blh juga naik cable car tapi as i said earlier budget travel menapak aje la). 


Adussss semput!!!! Sambil mendaki, sambil berhenti kutip salji (hahaha!!!!jakun budak kampung). Pastu sambil mendaki lagi, sambil main tiup2 asap dari mulut (kik3x..kesian budak kampung ni). 


Last2 sampai le juga on top of the Mt Namsan tu di mana terletaknya Namsan Tower. Kalau u all nak tahu apa benda Namsan Tower & apa ada kat situ, sila la baca sendiri DI SINI


Bila dah dapat tiket, kami terus beratur untuk naik ke atas tower menggunakan shocking elevator. Huhu!!!ingat kan betul2 lift tu bergoyang masa naik tu rupa-rupanya screenplay kat roof elevator tu ala2 kita bergegar dalam tu, gimik. 




Satu lagi yg frust sbb sepatutnya ada slot ke Teddy Bear Museum kat sini tapi guide kami bgt Teddy Bear Museum under renovation & xde peluang nak peluk2 bear kat sini (mmg ada sign mentioned pasal renovation tu). 

Dah smp kat atas tu, seperti biasala ada observation deck, nampak view seoul city & kalau u al pernah ke KL Tower.haaaa gitu le gayanya. Ada juga souvenir shops, cafe etc. 



Ok, pusing2, teropong sana sini & beli souvenir apa yg patut kami pun gerak nak turun. Mak aiihhh, masa naik pendek je beratur tapi masa turun tudia, panjangggggg. 



Sampai2 bawah, keadaan dah gelap (yelah masa kami smp pun dah ptg & time winter masanya pendek, kejap je dah gelap). 



So terus je pergi kat tempat 'Kau Kunci Pintu Hatiku'………Hahaha!!!! well semua pun tahu kan org2 Korea ni mmg jiwang karat. Berkepit sana sini couple2 bercintan cintun. 



Kat sini mmg tempat uda & dara juga tokde & makde bermadu kasih la kononnya percintaan ke akhir hayat. Semua dok pakat beli kunci & mangga untuk gantung kat sini. Ada la kot ribu raban jumlah kunci2 semua ni yg datangnya worldwide termasuk org2 Malaysia yg tinggalkan bukti cinta mereka which i personally rasa satu pembaziran & takut2 jadi syirik plak. Aishhh!!!!




Btw macam2 bentuk & size kunci mangga tu, menarik mcm2 gaya. 3A ni dok belek2 baca apa dorg dok tulis. Hehe!!


Pastu satu lagi landmark @Namsan Tower ni ialah bangku buruk yg senget ni. Citer apa ekkk 'Winter Sonata' ke? Jgn gelak ye kejahilan aku ni (mommy kan tak follow citer2 Korea ni), bangku tu le yg kononnya merapatkan couple tu utk love2 gitu. Daddy suruh le 3A dok atas bangku ni & snap gambar……..sekali Arfa cakap "mommy & daddy la plak", sekali adik menyampuk "aahaa, mommy & daddy kan cinta2". Hahaha!!!!!geli ketiak dengar ayat adik. Last2 mommy & daddy pun posing la juga atas kusi buruk tu (gambar xyah tunjuk sbb bukan kusi je buruk, tokde & makde pun buruk juga)  :P

3 comments:

Unknown said...

Saya pun gi time winter baru ni. Menapak juga naik ke N-Tower. Sebab sebelum ni dah try naik cable car.

Teddy Bear Museum tu memang dah xde kat sana K'Ros. Diorang reno tu untuk Trick Art Museum pula.

Unknown said...

Akak pun x layan citer Korea ni.
Entah la..

nurbijen said...

anak2 saya pun pah loni darak lagi masa winter... pagi2 suka sgt duk sembur2 mulut biar keluar asap.... hahahha

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...