بِسْــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Friday, 28 February 2014

KARIPAP INTI IKAN

Assalamualaikum & salam sayang semua.
Adeh!Adeh! Adeh!!!!!!Lenguhnya nak menaip. Kes mendera diri sendiri dgn benda alah NI. Huhu!!!abis bukan setakat tangan tapi kaki, peha, even perut rasa cam nak tercabut longlai. Berjalan pun dah macam robot, klu kami kat kampung cakap jalae (jalan) JETAK2 doh sebab urat kejung. Alahai, apa juga result & side effectnya mommy kena paksa diri jugak la walau seksa & azab sebab dah 4 tahun rasanya membina badan yg tak diperlukan ni. Semoga pasni kalau kata tak cun pun takpaaaaaaa la tapi yg penting ambo nak sihat supaya tak membebankan org yg bela.


Eh, walau ambo nak kurangkan size badan ambo ni tapi kena jugak soruuuuu nanti kan terus kojol tak makan. Oleh sebab ambo kena jugak masak, seboleh2nya ambo cuba la kurangkan sikit mana2 yg boleh kurang. Btw Ambo perasan 2 minggu doh ambo dok ulang masak ikan jahhhh. Hehe!!!ni resepi karipap ikan jugok. Al time feberet ambo la ni (doh asal ganu kite tu gak walau slang dok supe org Kuala Ganu). Lama doh nok buat tapi terlupa sokmo……Bila ingat kali ni terus buat stok (siap boleh pass kat jiran lagi). Cuma yg frustnya sebab 4A tak minat inti ikan (hampehhh le dorg ni). Pepepun semoga jiran2 ambo minat sebab kalau ikut kebiasaan org Brunei pun suka inti ikan juga karipap dorg (mommy pernah makan karipap yg diberi k.Maria)…….Cuma beza dgn versi Ganu Kite ni ialah dorg guna ikan tahai (ikan tamban) & rasanya ala2 sardin sikit. 
Adeh!Adeh!Adeh!!!!!!lenguh plok la tangan ambo. Stop dulu la deh. Tgk la resepi bawah tu klu nak try gak.



Bahan Kulit Karipap :
3 cawan tepung gandum
2 sudu marjerin dan 2 sudu minyak (dicairkan)
Sedikit air bercampur sedikit garam

Cara Membuat:
1. Marjerin dan minyak dicairkan dan dituang semasa masih panas ke atas tepung gandum.
2. Dengan menggunakan garfu, gaul tepung panas tadi sehingga sebati.
3. Kemudian masukkan air (agak2 supaya tidak terlalu lembik). 
4. Uli hingga menjadi doh (tutup doh dengan kain lembab@clingwrap).

Bahan Inti Karipap:
1 biji kelapa (ambil santan pekat dalam 2 cawan)
1 kg ikan selayang/mackerel/kembung } rebus dan asingkan isinya
1 sudu kecil halba
6 ulas bawang merah } mayang halus
1 inci halia} mayang halus
Garam secukup rasa
Sedikit gula

Cara Membuat:
1. Kisar isi ikan dengan santan hingga halus (atau ikut citarasa jika tidak mahu halus).
2. Masukkan isi ikan dengan santan ke dalam kuali , kacau hingga hampir kering.
3. Masukkan halba, bawang merah, halia, garam & gula secukup rasa.
4. Kacau lagi sehingga inti tersebut agak kering (tak perlu kering mcm serunding).
5. Boleh lah diangkat dan sejukkan.
6. Ambil doh karipap canaikan dan letakkan doh dalam acuan karipap. Masukkan sesudu inti. Boleh juga dikelim tepi karipap dengan tangan. 
7. Goreng sehingga kekuningan. Siap.

6 comments:

Shamsiah Abdul Rahman said...

Anak K.Sham kalau karipap ikan ni kena buat pedas sikit. Baru laju.

P/s;
Bab yang TU.. pelan2 kayuh Ros.. lelama nnt okey la tu. Cargazzzz!!!

Nastyna said...

inti ikan mengingatkan saya pada samosa ikan kat Siam, bubuh kubis ngan ikan jer, mmg sedap berebut kami bulan puasa wajib makan ni.

Jetak2 sikit takpo la kak ros, kalau keep going, pasni senang jer nak jetak orang hehehe kata kuat.

Muhammad Taufiq said...

Hye, saya suka baca blog awak, baru-baru ni saya ada buat blog harap awk boleh singgah dan follow blog saya. awksweetgitu.blogspot.com :)

Bada Ariff said...

salam perkenalan.
xpernah buat karipap inti ikan...
kena cuba ni :-)

tq sbb share resepi

BUNDA a.k.a KN said...

Assalam,

Bunda pun belum pernah buat karipap inti ikan ni...nanti bolih cuba....

Selamat berhujung minggu...

UmmuAidan-Arissa said...

karipap ike gini kawe tok ghajin make..kalo hok boh serunding tuh meme febret lah..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...