بِسْــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Monday, 17 February 2014

KEPENTINGAN BASMALAH



BASMALAH = bismi-llāhi ar-raḥmāni ar-raḥīmi



Mommy rasa cam tersedar bila dengar kuliah mufti (siaran radio Nur Islam Brunei) pagi tadi.Topicnya 'Bacaan Basmalah'....Mufti ustaz menceritakan ttg pengalaman beliau dgn seorang prof yg menulis buku ilmiah Islam tetapi terlepas pandang ttg kalimah Basmalah ini dlm setiap bukunya. So, mufti ustaz menerangkan betapa pentingnya kita sebagai umat Islam untuk kekal istiqamah dalam setiap perbuatan memulakan dengan kalimah basmalah kerana nabi2 terutamanya Nabi Muhamad SAW & para malaikat juga menyebut kalimah ini setiap kali menulis mahupun melakukan segala perbuatan. ALLAH SWT sendiri memulakan setiap kalamNYA dalam kitab Al-Quran dgn kalimah basmalah, so kenapa kita yg sebagai hambaNYA perlu 'skip' kalimah ini. Betapa mommy terasa yg kita selalu alpa (mungkin dlm perbuatan kita sebut tetapi dalam penulisan jarang yg memulakan kalam dgn kalimah Basmalah ini). 
Jika kita sedar bahawasanya setiap kali kalimah basmalah itu disebut maka bergegarlah Arasy ALLAH & dengan itu turunlah para malaikat untuk sama2 meraikan & melindungi makhluk yg memuliakan kalimah ini.   Serentak dengan itu juga semua syaitan & iblis akan tersungkur rebah dari memperdaya insan yg memulakan perbuatan mereka dengan kalimah basmalah ini.
Jika kita amalkan 21 kali bacaan basmalah ini sebelum tidur juga ia dapat menghindarkan kita dari gangguan syaitan, makhluk yg berniat jahat kepada kita, kecurian, kebakaran, mati mengejut & banyak lagi.
Ya ALLAH!!!!pasni mommy harap mommy istiqamah bukan sahaja dalam perbuatan malah yg mommy selalu leka ialah ketika jotting down sesuatu dalam 'Wind of Change' ini. Semoga apa yg kita lakukan mahupun sampaikan dalam penulisan kita diberkati ALLAH, Amin3x.
Segala yg mommy jotdown harini hanyalah sebahagian (yg mommy ingat point2 mufti ustaz cakap tadi), segala kekurangan itu dtg dari kelemahan mommy yg selalu pelupa ini. Bolehla kita rujuk kembali kepada para ilmuan ttg hal ini. Allahualam.


6 comments:

Kuazue Mohamad said...

assalammualaikum... rosti,, kita tulis translation dia dlm blog ajer.. mcm mana boleh tak???
mmm betui.. arwah ayah dulu pun pesan.. nak tidur baca 21 kali BISMILLAHHIRRAHMANIRRAHIM....mmmmm.. meh2 jom buat.. insya allah...boleh kekal istiqamah

Unknown said...

Bismillah ..

mg ttp di bbr kita sll..

Unknown said...

Assalamualaikum,

Perkongsian yang bagus.Salam ziarah kakak.Ini baru pertama kali bertemu blogger dari Brunei.

HomeKreation said...

Aslmkm. Peringatan yg baik....

rostina76 said...

azue: the best tulis kalimahnya azu sbb ganjaran pahala ni SUbhanALLAH!!!!!!!!sgt2 la hebat. sekali kita sebut kalimah basmalah ni allah beri kebaikan sebanyak 4000x19, hapuskan keburukan kita 4000x19, angkat darjat kita 4000x19………19 tu ialah huruf2 dalam kalimah basmalah itu sendiri….total 76K kali setiap ganjaran. Ya ALLAH!!!!!!kenapa xnak buat benda yg senang & ganjarannya besar cam ni. kalau ko nak aku ajar mcmana letak yg auto tu

izan: di bibir inshaallah sentiasa segar tetapi dalam penulisan kita tidak laksanakan…..mari kita lakukan bersama semoga semua kita mendapat keberkatannya

tengku Damia: waalaikumusalam dear. alhamdulilah kros passing the info je.

Alongz: waalaikumusalam. peringatan untuk diri ros juga

OKje said...

Subhanallah ....besarnya pahala yang kita dpt Ros....tp tulah tetap terlupa kekadang!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...