Assalamualaikum & salam sayang semua.
Mommy kena teruskan usaha habiskan chapter Korea Trip kami as soon as possible sebelum semangat yg dah malap2 ni terus terpadam. Rasa cam nak tepek je gambar2 jadi wordless entry tapi apa guna ko blogging kalau bisu je. Hahaha!!!baik korang stalk je fb mommy. Adehhhh!!!!
Ok2 semangat membara ni, baru hari ke-3. Yeay!!!!!!seronok sebab dapat g Nami Island yg tersohor dgn cerita 'Winter Sonata' tu (ngeh3x….yg ni sure betul sebab mommy ada tgk 2,3 episod kot).
Pepagi lagi guide kami dah tg dpn pintu guesthouse (yg ni org lain plak….friendly tapi terlampau polite le plak….hehe).
Walau kami awal ontime tapi bila smp train nak ke Gapyeong Station tu blh plak terlepas. So, sedikit terlewat di situ.
Smp aje, dari Gapyeong Station tu kami amik taxi smp ke jetty nak ke Nami Island (2 cabs actually). Pastu baru beli tiket untuk masuk ke Nami Island melalui feri (actually dekat je nak cross tu, dlm 5 minit dah sampai). U al yg gemar aksi lasak boleh juga cross menggunakan flying fox - Skyline Zipwire Ziprider. Cam best je meluncur atas wire tu tapi tak sesuai le kami 5 beranak ni (si Arfa sibuk nak try flying fox tu).
Masa dalam feri tu, mula2 daddy, Arfa & Anis je dok bahagian luar. Mommy & adik yorok kat dlm (sejuk le kat luar boat tu). Tiba2 daddy meluru masuk bgt ada snowfall, terkocoh2 le kami keluar gak. Alahai seronoknya le dpt tgk walau haluih2 (kata org Kedah) snow yg turun. Snap dlm gambar pun xnampak. Tapi xpelaaaaaa, merasa juga salju @Korea.
Bila dah hampir sampai tu, dari jauh dah nampak patung pompuan dok tercegat menanti ketibaan kami, hehe.
Mendarat aje, mak aihh walau xde snow tapi sejuk yg amat time tu. Terus aje kami round Nami Island tu (walau xcomplete satu circle sebab time constrain, byk tempat lg nak catch up hari ke-3 ni).
Yang kelakarnya 3A ni, org sibuk dok melilau tengok arca2 & spot2 bercinta dlm drama tu tapi dorg dok sibuk cari snow. Kutip snow, bulat2 pastu dok baling geng2 dia. Hahaha!!!
Mula2 tu geng 3 ketul ni je dok main baling membaling, pastu sekali tengok ada jugak budak2 besar pun main baling2 snow. Baling le nakkkkkk. Dah balik tanah malaya tak merasa korang nak jumpa ais kepal dah.
Round dalam setengah circle gitu, kami rest, lunch & solat sebelum sambung perjalanan.
Masa lunch kami makan bekal yg mommy dah prepare dr guesthouse (nasi + ayam kicap & telur dadar), pastu kami plan nak beli tapau (just nak try) dlm sekotak 'Nasi Goncang' (nak tahu apa benda nasi goncang, u al google la ye). Basically nasi yg ada kimchi & digoncang dlm tin.
Sekali guide kami dtg bgt xleh tapau, nasi tu kena makan kat kedai dia juga. Oic…… Takpela, kami pun makan aje lunch kami, tapi disebabkan si Arfa ni merenggek nak try juga nasi tu maka kami pun g lagi ke kedai tu.
Beli sekotak 'Nasi Goncang' share rasa 5 beranak. Last2 Arfa & Anis pulun dok makan. Arfa tak abis2 cakap sedapnya!!!!siap suruh mommy buat nanti kat rumah. Hahaha!!!! (btw mommy blm try buat lagi ni walau rasa mcm senang je nak buat, nanti kalau dah buat harus tepek resepi @Wind of Change).
Lepas makan, kami solat @ musolla (dekat dgn kedai nasi goncang). Oh, Anis & Ahdia ni sepanjang kami trip ke Korea mommy skipkan solat jamak dorg kat luar (kesian sbb cuaca sejuk nak amik wuduk. Tapi bila malam blk guesthouse kena la solat isyak+maghrib).
So, masa daddy, mommy, Arfa & bro guide kami solat, 2A dok sibuk main kat so called 'library'. Actually tempat tu mcm tempat makan, ada surau & ruang untuk budak2 bermain & membaca. Seronok sangat tengok buku2 yg disusun tinggi. 3A dok sibuk suruh kami stay lama sebab dorg nak main & belek2 buku, tapi kesian masa xdak. Kena gerak jugak.
Kami sambung perjalanan lagi & pada masa yg sama dah berpatah balik sebab nak kejar spots lain lagi pasni. Tapi mmg ralat sikit la sebab rasa tak puas je masa @Nami ni. Banyak spots yg kami tak pergi (daddy pun cakap, xjumpa plak statue hero & heroin winter sonata tu. huhu!!!).
Just singgah bagi peluang dorg kayuh basikal atas rel tu je, pastu cepat2 halau dorg balik (hahaha!!!mmg kena halau sebab 3A tak puas main pun).
Tempat ni banyak yg istimewa terutama landskapnya yg cantik (especially time winter), ada juga education & training centre di samping arca2 & tugu2 untuk pelancong posing. Kalau peminat citer Korea tegar mungkin menangis kot kalau tak dapat pusing satu pulau ni tapi kami mcm xkisah sangat laaaaaa (walau ralat le juga tapi tak meratap le).
Itu jela kot nak story pasal kami @Nami Island ni, yg nak info lebih ttg Nami Island g cari kat blog lain la ye (bukan xsudi tapi xlayak untuk bercerita). Dah ramai sangat blog2 rakyat Malaysia yg dok bercerita details pasal trip dorg, rasanya dorg lebih layak. Mommy tak pro la nak story details lagipun mommy ni setakat nak jotdown suka suki & duka duki 4A+R je.
Pasni kalau tak boring blh la tunggu entries back to back hari ke-3 kami ye. Memang trip kami ni siang malam full schedule. Phewww!!!!
Bye.
6 comments:
Besar dan macam-macam ada ye kt Nami island ni. Yang penting musollah tu, senang nak solat. :)
Nekcik ralat sikit sebab nlom snow lagi waktu tu...takde rejeki kan..insyaalah one fine day
Budak2 mmg suka sgt snow kan Ros. Teringat dulu, main gelunsor musim salji di Japan, tapi tak tahan sejuk.
Entah bila la dpt pergi Pulau Nami tu, dlm mimpi kot.
Looks like a very nice place and you guys had so much fun!
Tingginya buku kat library... kalau anak nak baca buku yang ataih sekali, jenoh mak dia nak panjat macam spiderman :)
xoxo
Kalau kakak pun agaknya main baling-baling snow macam mereka bertiga tu. Dah tempat kita tak ada..
blogger anum pun pergi sini juga
bestnya kak main snow :)
Post a Comment