بِسْــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Friday, 21 February 2014

DAGING REBUS CICAH AIR ASAM


Assalamualaikum & salam sayang semua.
Mommies kat rumah2 tu harini masak apa? Mommy kat Kg Danau ni skrg dah start stress tak tahu nak masak apa (byk kena restrict leni). 


In order to focus on my military force, mommy kena selalu fikir & buat menu2 yg so call healthy (kononnya laaaa). Last Monday ingat nak buat KERABU DAGING tapi mcm malas le plak nak sediakan lauk pauk byk2 yg lain utk 3A (dorg confirm tak makan yg bersalut sayur mayur gitu). Last2 dapat idea buat daging rebus cicah air asam je. Daging rebus tu 3A boleh makan dengan berseleranya & tambahan untuk daddy & mommy ada plak air asam. Complete vege & yg paling penting favourite all time kami ni.
Hasilnya………u don't need any other except for nasi panas. Oh!!!btw nasi ponni for mommy please (pasni kena try yg brown rice plak…….ALLAH!!!!bila sakit semua dah tak sedap kena hadap). Tq

Ni rujukan untuk 3A sebab dorg suka sangat sampaikan Ahdia makan nasi & kuah pun dah cukup.

Bahan2 untuk daging rebus:
500g daging (hiris nipis)
3 batang serai (titik)
5 biji bawang putih (tumbuk kasar/hiris)
2 liter air (terpulang la pada banyak mana kuah u al nak)
Garam

Caranya:
1. Masukkan semua bahan ke dalam periuk & reneh sehingga daging lembut (guna pressure cooker pun boleh).
2. Boleh dihidangkan sebagai lauk berkuah @ disaring & dagingnya dicicah dengan air asam.

Bahan2 untuk air asam:
1 biji bawang merah besar (hiris nipis)
2 biji tomato (hiris nipis)
1 cawan air asam jawa
1 inci belacan (hancurkan)
1 biji cili merah (ricik halus)
2 biji cili padi (ricik halus)
Garam 
Gula
Sedikit kerisik kelapa (optional)

Cara:
1. Masukkan semua bahan2 ke dalam mangkuk.
2. Gaul rata dengan meramas2 bawang & tomato supaya keluar airnya.
3. Sedia dihidang dengan daging rebus.

11 comments:

Tihara said...

sedap ni daging rebus cicah air asam
kekadang saya buat sambal kicap pun sedap tapi air asam lagi mabeles :)

yan's cottage said...

hmmmm....sedapnya....makan ngan nasi panas2...

Irfa said...

alamak,tiba2 teringin tgk air asam tu

athirah Safarudin said...

tak pernah cuba pun...cm sdap je...kena try ni..mabeles

Nastyna said...

terima kasih akak, nnt letak banyak2 resepi macam ni yer, kesian akak jenuh nak pikir yer. Ini bagus untuk semua orang, especially nnt nak pantang, makan macam ni hari2 pun saya sanggup hehehe.

Shamsiah Abdul Rahman said...

Tak tahu apa nak kata..
Telan air liur je la..

rostina76 said...

tihara: sambal kicap pun sodap

yan: meratah pun sedap utk org diet. huhu

irfa: teringin kalu, p rebus daging ye dik

athirah: try2, mabeles lauk org kampung

nastyna: sesuai sgt le ni utk demo pantang nanti. JJ pun blh tumpang 2 kaki

shamsiah: lap juga yg meleleh tu ye. heheh….btw k.sham, dah 2 hari ros cuba msk blog akak xdpt. nape ekk?

~Mami Little Hero~ said...

Ya Allah sedapnya! Nk bakar ikan la cicah ngn air asam hihihi

::NureeN:: said...

sedapnya alahaiii....

nurbijen said...

Dah lama cari resepi air asam tu.. nanti nak cuba cara kak ros pula.... tapi kena cari belacan dulu... dah out of stock :(

Cikgu Mat said...

sedapppnye...ok nk buat sekarang

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...