بِسْــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Sunday, 16 February 2014

Korea - Namdaemun, Myeondong & Itaewon Central Mosque

Assalamualaikum & salam sayang.
1st of all mommy mitak maaf ye kot2 ada yg tersalah faham ayat mommy (yelah susah kita ni bila berbicara kadang2 tak sedar ayat yg bg kita xde hal@maksudnya lain tapi bg org lain hal yg besar & memberi maksud yg lain plak). Dalam n3 Korea - Busan tu, maksud mommy yg mommy xsuka Korea tu bkn berlagak dah pergi tapi tak suka plak & bukan juga tak bersyukur (org mental je kot tak bersyukur kalau dpt peluang melihat negara org kan)……tetapi maksud mommy yg xde mood tu disebabkan impian yg terpendam lama nak ke Japan (yg negara lebih kurang, tambang lebih kurang, suasana lebih kurang) maka mommy sedikit frust la sbb majoriti kami (4A la) prefer g Korea instead of Japan (so mommy rasa harapan mommy nak smp Japan kebarangkaliannya tipis dah laaaaa). Dari kecik berimpian nak g tgk Ultraman mommy ni, huhuhu!!!! Itu je…….


Bersambung cerita trip Korea. Hari kedua, pepagi lagi kami dah bangun & bersiap sedia dgn jadual perjalanan yg agak pack. 

Mula2 sekali guide kami, Syazwan bawa kami untuk membeli belah souvenir (awal2 mommy dah bgt dorg mommy xnak shopping sakan cuma nak beli sedikit souvenir). 

So destinasi yg tak asing lagi bagi pelancong dari Malaysia of course Namdaemun & Myeondong. Kat sini kami just beli brooch & souvenir. Juga tshirt. 



Kemudian masuk plak boutique yg tgh dok SALE giler2 dgn harapan nak beli winter jacket mommy (huhu, jacket mengecut, mommy dah xmuat). Keluar masuk, keluar masuk boutique yg byk2 tu satu pun xde yg size mommy (XL weh).

Ya ALLAH!!!!!geram & tension betul dgn minah2 Korea yg kecik2 molek ni. Last2 nak hilang frust tu terbeli je winter boot (murah weh serius xdpt kat tanah malaya camni).

Sedar tak sedar dok melilau2 cam byk benor belinya tu, jam dah dekat pukul 2pm. Masa tu perut dah mula mintak isi. Syazwan bgt kami akan berehat, solat & lunch @area Itaewon (area byk muslim). Amik train kami menuju ke Itaewon, terus aje menapak ke arah masjid.


SubhanaALLAH!!!!mmg cantik Masjid Seoul ni & yg paling menarik menurut Syazwan muda mudi Korea dah mula berjinak2 untuk mengetahui ttg Islam (mereka dtg ke sini & bertanya ttg Islam dengan petugas2 yg berkhidmat di Pusat Islam). 





Majoriti rakyat Korea buat masa ini adalah 'free thinker' & masih mencari2 pedoman hidup. Masa kami solat tu juga ada seorang gadis Korea (siap berpurdah..rasanya minah ni la kot yg masuk dalam temuramah TV3@Al-Hijrah ke pasal Islam di Korea dulu), sedang khusyuk membaca. Mommy bagi salam je sebab xnak kacau dia yg tengah khusyuk tu.



Usai solat, sempat lagi posing2 depan masjid & menikmati keindahan sekitar Itaewon (masjid ni berada di puncak bukit so blh nampak view bandarnya).


Seterusnya kami cari port utk lunch (banyak pilihan kat sini sebab byk restoren muslim dari timur tengah juga dari Asia). Atlast atas persetujuan ramai kami pilih Mr Kebab (xde gambar sbb semua dah mcm kebulur….hehe). 



Next destination, kami ke Namsan Tower (sepatutnya ke Namsan Traditional Village dulu sebab tempatnya berdekatan tapi boleh plak si Syazwan ni lupa…..adussss, bila balik mlm tu br mommy perasan itinerary kami tak telly). Sambung next n3...











6 comments:

Unaizah said...

Geramnya tengok brooch tu semua! Saya ni memang suka beli benda tu semua (aksesori mcm brooch, cincin & gelang). Haish, tak mau balik pa kalau pi situ.

Bicara Kak Noor said...

salam Ros, amboii best nya tengok jenjlan rezeki sorang2 kan bersyukurlah tu walaupun tkdpt dpt ke Japan, kami ni lagi lah entahlah bila nk sampai ke Busan tu hee, sampai bosan jua nunggu nak ke Busan kot

Cheq Sue said...

caya la kak ros... saya harap satu hari nanti blh gak jejak kaki kat sini...

Jari Manis said...

antara tempat yang wajib pegi kalau ke SEoul adalah MAsjid Seoul dan Namsan Tower :-)

Ye betul..kebanyakan mereka 'free thinker'

zana-norzana said...

cantik-cantiknya brooch tu.......

rostina76 said...

unaizah: ros pening nak pilih yg mana satu. tp kan dorg ni kalau kita belek byk2 & lama sgt, mcm xsuka plak….aish

knoor: salam knoor. jgn la bosan menunggu knoor, xdpt p korea dpt p tmp lain. ok la tu….cheq ni mmg suka sejak azali dgn Japan, nak bt camno

cheq sue: yes!!!!inshaallah pig umur & rezeki ada smp la tu….

JM: kalau tertinggal spots ni mau mengamuk dgn guide kan. huhu

zana-norzana: memanggggggg semua cantik. rabun mata

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...