بِسْــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Tuesday, 18 February 2014

AYAM SOS LEMON

Assalamualaikum & salam sayang semua.
Just for ur info: mommy baru dapat  reply semua komen kawan2 since N3 Khasiat Buah Durian onwards. Maafla terlambat reply, disebabkan masalah dalaman mommy sendiri (last week rushing & mood down sikit, so takut nanti komen jadi hambar. Mommy nak semua org happy je…....hehe)


Harini nak share resepi Chinese Style yg semua org dah tahu kot. 'Ayam Sos Lemon' yg simple but really  mouth watering (masam2 manis, mana tak berair mulut).


Dulu2 pernah buat tapi this time mommy buat dgn follow resepi Perniagaan Katering ni (untuk sos aje). Resultnya ok, sedap. Mommy jotdown untuk rujukan 3A.

Bahan2:
2 keping dada ayam-potong kiub

Bahan2 perap:-
3 sudu besar tepung jagung 
1/2 sudu teh garam 
1/2 sudu teh minyak bijan 
sedikit pepper 
1 biji telur 

Bahan2 salut:-
(campurkan)
5 sudu besar tepung gandum
2 sudu besar tepung jagung


Bahan2 sos lemon:- 

1 cawan (250 ml) stok ayam. (Kalau tak ada stok ayam gunakan
dalam 2 kiub pati ayam)
3 sudu besar jus lemon 
1/2 sudu kecil garam
4 sudu besar gula 
1 1/2 sudu besar tepung jagung 
2 sudu besar minyak 
Sedikit pewarna kuning (optional) 

Caranya:
1. Perap ayam dengan bahan perap selama 2 jam atau semalaman. 2. Salut ayam dengan bahan salut & goreng hingga garing. Toskan minyak.
3. Cara Penyediaan sos lemon:
3.1. Adunkan gula, 1 cawan stok ayam, tepung jagung, jus lemon, garam dan sedikit pewarna.
3.2. Panaskan 2 sudu besar minyak masak dalam kuali dan masukkan adunan tadi. Panaskan kuali dengan api kecil dan kacau adunan itu sehingga sos anda menjadi jernih. 
4. Hidangkan ayam goreng dan tuang sos ke atas ketulan ayam tadi. 

Makan panas-panas. Masakan Cina perlu makan panas-panas dengan nasi yang panas juga..


11 comments:

:: Mrs.Eady :: said...

sedap nyerrrr..!

UmmuAidan-Arissa said...

salam ros,
sedap tuh ayam lemon.mesti nok2 2 pngge tuh..hhehe

Kuazue Mohd said...

sodap.. nice.. boleh try..mcm senang jer.. n simple tu yg pasti..

tq for sharing

kuazue.blogspot.com

mama_saly said...

as'salam k.ros..

ee terliur tengok...jd lapar tghari gini..hehe..tq k.ros nnti nk cuba juga..

myda_ahmad said...

senangnya nk buat,lenkali kena try nie!!

Roha said...

masuk sini mata dijamu dengan ayam sos lemon..mau terliuq dibuatnyer..kebetulan belum lunch lagi adoii ros lapaq tu dibuatnyer :)

thanks share this recipe

Kakzakie said...

Sos lemon itulah yg tambah buat sedap. Kalau curah atas ikan goreng pun sedap juga kan..

Tengku Damia said...

Salam kak ros,
Boleh bertanya kak ros ni org brunei atau malaysian yg berhijrah ke brunei?

Saya juga mungkin berhijrah kesana juga nanti : )

hainom OKje said...

Oooo tak pakai bawang langsung yeh Ros.....okje padah suka masak leman ni....sedap!

Nastyna said...

Saya pernah buat ni kak tapi kenapa rasanya sedap, eh pahit? macam pahit lemon gitu, sebab saya campak sekeping lemon ngan kulit2 nya dalam poyok ker?

rostina76 said...

mrs Eady: semestinye sedap. hehe

UAA: diet weh…makan ratah ayam jah ambo

Azu & mama salt&Roha&Myda: welcome… try la, senang je

kakzakie:kalau buat fillet fish tu mmg sama je resepinya.

Tengku Damia: kros org Malaysian, hijrah sini. btw nanti dah smp brunei blh kenal

hainomokje: xyah bawang

nastyna: mmg laaaaaa pahit klu masak buh dgn kulit2 dia. amik jus jah sikit

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...