بِسْــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Sunday, 23 February 2014

SERUNDING IKAN BILIS

Assalamualaikum & salam sayang semua.
Masa dok mencari2 menu sihat aritu mommy terjumpa resepi ni dlm kongsi resepi. Memang sedap juga layan dengan nasi panas kalau xlalu nak makan lauk pauk lain pun. Masa makan tu mommy dok terbayang sambal hitam Pahang…….haaaaa similar cuma takde masam2 belimbing buluh je.



The best rasanya untuk dipack kalau travel (but not to Aussie sbb kat sana kastam mmg alert je dgn ikan bilis ni). Terus ajelah kepada resepi.



BAHAN-BAHAN: 
250gm ikan bilis | dibasuh dan ditumbuk 
10 biji bawang kecil | dibuat goreng 
200gm kacang tanah | digoreng 
125gm cili kisar 
1 sudu makan bawang merah | dikisar 
1/2 sudu makan bawang putih | dikisar 
125ml air asam jawa 
Garam, gula dan bahan perasa secukupnya 

CARA MEMASAK:
1. Panaskan minyak dan tumis bahan kisar hingga garing.
2. Apabila pecah minyaknya, tuangkan perahan air asam jawa dan kacau rata.
3. Masukkan ikan bilis dan kacau hingga kering seperti serunding.
4. Perasakan dengan garam, gula dan sedikit bahan perasa. Gaul rata.
5. Apabila masak, angkat dan sejukkan.
6. Gaul bersama kacang dan bawang goreng.

12 comments:

Shamsiah Abdul Rahman said...

Yeayyyyy.. kita first..
Ini mmg lauk wajib masa travel..

mama_saly said...

betolll...hehe..time travel mmg lauk ni paling simple dan the best..

Tengku Damia said...

Salam kak ros,

Aii,mcm tau-tau jer sambal2 ni kastam aussie mmg anti.kikikiki.suami pernah kena 2 kilo diorg buang.Rasa syukur akak share resepi ni.Nanti boleh la saya cuba.Tq akak.

Aisy Nasiha said...

Menarik ni. Suka makan tapi tak pernah buat sendiri.

~Kak Nah Backyard (^_^)~ said...

sedap ni ros..kena ngan nasi panas2.. =)

Nastyna said...

betul ni kak ros rasanya macam sambal belimbing tu? Saya duk tingat2 ni.

myda_ahmad said...

mkn ngan pulut pun sedap gak nie!

Tihara said...

thanks sharing menu ni
dah lama teringin nak buat :)

rostina76 said...

k.sham: dulu xreti nak buat ni. pasni kalau travel rasanya mmg kena bawak gak

mama-saly: doh yelah ekk

tengku Damia: walau xsmp lg aussie tu tapi advance study. heheh!!!

Aisy Nasiha: sama le kita

Kak Nah: Ya ALLAH!!!takyah lauk lain dah kak

Nastyna: serupa tapi tak sama. gitu la kot

myda: wah!!!good idea. pasni kita tank pulut la plak. hehe

tihara: welcome…org pahang kena tambah belimbing buluh baru lagi power

nurbijen said...

Thanks kak ros resepi ni... nanti boleh buat bila nak travel.. spring is coming, jadi masa utk keluar jalan2 lepas dah berbulan hibernate musim winter :)

Aisy Nasiha said...

Dah 3 kali saya buat sejak entry ni. Nak rujuk lagi.. sedap...

rostina76 said...

Aisy: alhamdulilah….kros pun dah lama tak buat. ni bln puasa sesuai sesangat la time bersahur ;)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...