بِسْــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Sunday, 2 February 2014

KEK LUMUT with cream cheese topping

Assalamualaikum & salam sayang semua.
Ini plak i consider resepi milik org2 Borneo gak. Rasanya they claim from Sarawak, allahualam. Tapi yg pasti org2 Borneo ni mmg suka guna bahan2 mahal especially nestum,horlick, coklat/milo/vico dalam kek dorg. Heheh!!!of course rasanya pun very RICH. Sedappppp sesangat weh!!!


Resepi kek lumut ni mmg dah terkenal seantero malaya dah lama & berbagai-bagai versi org buat. Ada cara bakar & ada juga cara kukus. 


So far mommy mmg tak berminat nak try kek ni pada peringkat awal walaupun colornya sgt unik sbb mcm terlalu lama tempoh masak & bahan2 yg terlalu byk, sehingga la mommy tgk resepi dr Atie yg simple & cepat. Baru le terbuka pintu hati mommy nak cuba. Alhamdulilah nasib baik mommy cuba, sebab resultnya MARVELOUS!!! Tqvm Atie & Eyna (pemilik asal resepi ni) sebab berkongsi resepi yg best ni. 


Cumanya mommy ubah tang topping je sebabnya masa buat 1st time tu (utk bawa g usrah) whipping cream xde dlm stok, so mommy memandai le tukar dgn cream cheese. Tak sangka sedap & 3A suka. So mommy decided to jotdown resepi Atie ni tapi ubah topping ikut selera kami. Ok ye Atie?


Bhn A
250gm marjerin 
120gm gula caster 

Bhn B 
5 bji telor gred A 

Bhn C 
1/2 cwn susu pekat 
1/2 cwn sekaya pandan 
1 sudu besar pewarna hijau apple 
Setitik dua pewarna kuning lemon 
1 sudu teh esen vanilla 
1 sudu besar paste pandan 

Bhn D 
210gm tepung gandum 
35gm nestum (dikisar halus) 
60gm horlick 

Caranya: 
1. Pukul bahan A sampai kembang dan gebu. 
2. Masukkan telor sebiji demi sebiji dan pukul lagi hingga kembang. 
3. Masukkan bahan C, D dan pukul sehingga adunan sebati. 
4. Masukkan adunan ke dalam bekas yang sesuai. 
5. Kukus selama 45 minit dgn api sederhana. 

Bahan topping cream cheese 
1 buku cream cheese Philadelphia 
1/2 cawan gula kastor 

Caranya: 
1. Pukul semua bahan sehingga sebati & gebu. 
2. Tuangkan krim ke atas kek dan taburkan kelapa kering sebagai hiasan. 

untuk hiasan : Kelapa kering yang diwarnakan dengan pewarna hijau .





7 comments:

Mia Kassim said...

Kek lumut ni memang sedap.....yummmy!

Shamsiah Abdul Rahman said...

Kompom tak boleh buat sebab kat sini takda sekaya pandan.. ngeeeee..
(alasan org malas)

hainom OKje said...

Mmg mcm lumut pun Ros hehe.....
Ros sekaya pandan tu, kaya ke?....
Tp mmg mcm menarik .....sesuai buat buah tangan!

kak ina kl said...

nampak cam sedap ajer..nanti boleh cuba

UmmuAidan-Arissa said...

Tele air liur jahla roh weh..bhn2 tok cukup nok buat..tgk orghre buat sedap ..natilah kawe balik m'sia nok wak bbbanyokk..moa roh jeleh..hehe

Amie said...

kek lumut nemang dah sedap... ditambah cream creese tuk toppingnya laiah berganda sedapnya

Tihara said...

sedapnya..color dia menggoda :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...