بِسْــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Friday 14 February 2014

Korea - Busan

Assalamualaikum & salam sayang.
Mommy nak mulakan n3 percutian hujung tahun kami yg lepas. Memenuhi hajat 3A yg nak main snow due to tgk mak sepupu dia main snow kat Korea (huhu!!!mcm tempat lain xdak snow). Walaupun jauh di sudut hati mommy tak minat dgn Korea sbb dah lama berimpian nak gi Jepun tetapi adat org menumpang ni kena la mengikuttttttt je. 



Actually mommy xde mood sgt la nak jotdown about Korea ni (not my wish list kan…juga tidak minat citer korea sebab dah sebati dgn citer Jepun zaman muda remaja dulu2…..huhu), tapi alang2 dah buat blog carca marba kena la jugak tepek semua citer yg berkaitan 4A+R especially citer jalan2. So, harap u al pun layan jelah ye (mommy tak akan citer byk ttg cost & itinerary sbb kami byk bergantung dgn tourist guide). Tak lama kami g pun. 6H5M je.

Planning asalnya kami dah survey ticket murah MAS since bulan Jun last year tetapi disebabkan urusan Umrah kami yang 'hanging' sehingga la to the last minute December tu makanya segala budget awal terpaksa dibubar (ingatkan daddy nak cancel trip Korea rupa-rupanya proceed gak). 

So, bermula la episode terjah sana, terjah sini segala airlines sbb nak cari yg berbaloi (sbb yg MAS dulu tu murah betul direct ke Incheon lagi). Last2 selepas dibuat comparison kami agreed utk proceed dgn AirAsia X ke Busan (rupanya ada gak untungnya sebab merasa naik KTX, pastu kan nasi lemak lengkap lagi. kuang3x). 




Oh!!!nak citer mommy jakun sikit masa dlm flight AA tu sbb steward dia semua cam pelakon2 citer Korea. Aikk, nape semua muka jambu2 je mamat2 cina ni ( mmg masa g Umrah pun steward dia tinggi2 juga & hensem tapi melayu tulen la kan). Yang peliknya stewardess plak heheh harap seksi je lebih tapi aura cunnya kurengg (Ya Ampun klu ada stewardess AA baca ni mahu mengamuk). Ok, bila makin lama mommy usha & dengar plak announcement kot bahasa Korea, laaaaaaa rupenya mmg betul2 mamat2 Korea rupanya (badge dorg pun ada bendera Korea). Dorg bahagi….steward semua dari Korea & stewardess plak dr Malaysia.
 So, nak tanya mmg AA guna model steward ikut negara yg kita nak g ekk? 

Ni bukan model Korea ye. Heheh!!!







Ok, dah landed Busan (3A excited la sbb sejuk bekukan….mommy cam bosan je). Lepas amik luggage semua & transform dari baju nipis ke winter jacket baru le kami menapak ke station LRT. Bab ni mmg mommy serah kat daddy (lambat pickup skit bab2 jalan LRT ni, dulu @HK pun sama daddy yg handle).

After 2 kali tukar LRT baru kami sampai station Busan (utk amik KTX ke Seoul). Kes haru bermula di sini. 

Tourist guide kami (dorg ni student Malaysia @Korea. Part timer jd tourist guide). Dia bg arahan kami amik tiket & turun di Yeongdeungpo station (last station ialah Seoul station). Ok, fine……daddy pun pergi le ke kaunter utk beli tiket (mommy dah pelik nape lama bebenor daddy dok ayat minah Korea tu, ingat dok gorat. kik3x). Sekali bila dah settle daddy bgt tiket KTX time tu dah abis (masa tu dlm pkl 6pm+), so yg tinggal last train which gerak pukul 9:10pm & xleh turun station Yeongdeungpo, kena turun station Seoul juga kecuali naik train yg slow amik masa 5jam (huhu!!!!hampeh. Stranded la kami 2jam kat situ).


So, melilau2 la cari makan & posing sana sini dulu sebelum bergerak ke Seoul. Sempatla 3A jadi maskot KTX kejap. Hehe.



Dengan mamai2 & kepenatan akhirnya kami tiba di station Seoul pukul 12am+…


Yang frust sbb terpaksa skip jadual malam tu (sib baik dpt cover juga hari lain). Ok….our guide namanya chi (samaran tu), dia jemput kami & bawa balik ke guesthouse. Zzzzzzzzzz.


Hari last kami juga @Busan. Kami balik ke KL dengan flight China Eastern juga dari Busan - transit Shanghai - KLIA. Flight kami petang tapi kami gerak pagi dr Seoul (ni nanti citer kenapa)….


So, ada sedikit masa yg luang tu kami sempat la melawat ke Yongdusan Park. Nothing special tempat ni cuma ada Busan Tower & taman rekreasi juga tempat di mana kita boleh lihat hampir keseluruhan bandar Busan dari puncak.


Kes haru lagi terjadi sbb kami terpaksa tarik luggage ke sini. Huhu!!!locker @Busan station boleh full time tu (ngok ngek betul). Tapi kami proceed juga ke Yongdusan Park tu sbb dia ada mentioned ada escalator. 


Haiyaaaaaa!!!!rasa nak je lempang org Korea. Rupa-rupanya escalator hala naik je…..turun kena guna tangga. MasyaALLAH!!!!dah le tinggi. Last2 smp in between tu mommy surrender bagi 4A je naik & posing. Tak kuasa aku nak buang lemak lagi, kang tinggal tulang susah 4A nak hidup bela hantu jerangkung plak. Berat oooo luggage kami tu almaklum byk brooch2 yg borong (yelah sgt, padahal beli sorang satu je pun).

 Dah siap posing2 4A tu, maka kami terus proceed ke airport & tunggu flight ke Shanghai. 


Tukang jaga beg. Huhu!!



9 comments:

Cheq Sue said...

saya lak kak ros...memang nak sangat ke korea nih... rasa kat kepala dok pk korea aje manjang... tapi dengan kerja dan cuti yang takleh nak ejas tu... moga2 dapat pi hujung tahun ni... :)

AtieYusof said...

Kalau sy teringin jg nak ke Korea ni Kak..hehe.. nak main salji sgt..tapi tu lah ntah kan tercapai atau tidak..hehe..
Busan ni mmg salah satu tmpt best kat Korea kan Kak? :)

Jari Manis said...

Betul tu rose, ada yg x minat ke korea ni coz kwn jm pun sama pegi sekali is enough for her but its differ for me klsu boleh every year nk pegi ada sesuatu yg memanggil2

saly said...

wah k.ros...dh smpai korea...sy minat jgk nk gi korea.. suka tengok foto2 k.ros,cantik la..
tp org lelaki korea mmg kbanyakkn 'jambu' je mukanya...lembut ala2 pompuan..

saly said...

wah k.ros...dh smpai korea...sy minat jgk nk gi korea.. suka tengok foto2 k.ros,cantik la..
tp org lelaki korea mmg kbanyakkn 'jambu' je mukanya...lembut ala2 pompuan..

suka suka said...

Dah sampai Korea ye... kita nengok drama je le ..

Mia Kassim said...

Best3....bilalah tercapai hajat nak ke korea ni...hehe

NEKCIK said...

Takpe Ros nnti adal rezeki ke jepun pulak....nekcik ni sejak dah pencen ni terjebak jugak dgn drama drama keluarga korea. ...dah 2 kali tapi nak jugak pergi.lagi

rostina76 said...

cheq sue: inshaallah cheq sue, one fine day smp la tu. tambang le ni consider ok la klu peach tabung cap ayam blh g ;)

atie: Busan tu bosan skit atie tapi seoul mmg best. byk tmp menarik. inshaallah ada rezeki blh smp (capt pa'e besar blh bwk ibu jln2)

mama saly: jambu yg tak original la…..90% dorg ni semua dah baiki muka. itu yg xberapa suka tu

suka2: awak tgk drama je dulu, mana tau rezeki awak plak nanti nak jmp hero2 drama tu ;)

mia kassim: best3…..

nekcik: hahaha!!!!patutle suke bebenor nekcik dgn korea. ni les angau dgn hero korea la ni. sib baik tokpokcu hensem lagi :P

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...