Juadah utama kami pulak semalam untuk berbuka/iftar/sungkai ialah nasi arab. Mommy percaya nasi arab ni ada banyak versi & resepi yang berbeza2. Mommy pun pernah makan kat sini masa kawan buat jamuan, rasa & rupa parasnya lain. Makan nasi arab @Mekah dulu pun rasanya lain.



Resepi dari MyResepi & Jom Masak.
Bahan-bahan ( 3 orang )
6 ketul ayam
4 ulas bwg merah
3 ulas bwg putih
1 inci halia
3 kuntum bunga cengkih
3 kuntum bunga lawang
1 btg kulit kayu manis
1 kiub ayam
1/2 sdk jintan manis
1/2 sdb lada hitam
1/2 sdk jintan putih
3 cwn beras basmathi
5 cawan air
2 sdb minyak sapi
1/2 biji bwg besar - di mayang
1/2 cawan sos tomato
2 sdb rempah kurma
Garam dan gula secukup rasa
Cara-cara:
1. Bwg merah,bwg putih, halia ditumbuk kasar. Masukkan ayam, jintan manis, jintan putih, buah pelaga, bunga lawang, kulit kayu manis, lada hitam, kiub ayam, rempah kurma,air dan bhn yang ditumbuk tadi kedlm periuk. Masukkan garam dan gula. Masak sehingga sup mendidih dan ayam masak.
2. Beras basmathi dibasuh dan direndam selama 20 minit. Selepas itu toskan beras.
3. Apabila sup ayam telah siap, asingkan sup dan ayam. Bahan2 rempah kasar dan bwg yg terdapat dlm sup tadi dikisar secara halus. Masukkan 1cawan sup bg menggantikan air semasa mengisar.
4. Panaskan minyak sapi di dalam kuali. Masukkan bawang besar dan masak sehingga sedikit layu. Kemudian masukan bahan yg dikisar td. Tumis sebentar dan masukan 3 cawan sup dan tomato sos. Masukkan sedikit garam dan gula. Apabila hampir mendidih tutupkan api.
5. Masukkan beras ke dlm periuk nasi dan diselang selikan dgn ayam. Kemudian masukkan (no.4) tadi. Tunggu sehingga nasi masak. Boleh tabur dgn sedikit bwg goreng, daun sup dan daun bwg. Mommy tambah kismis.
6. Nasi ini sedap dimakan dengan acar timun. Mommy tambah dengan sambal belacan.