بِسْــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Monday 11 March 2013

Tapai Pulut

Masa buat tapai ubi kayu tu mommy juga sekaligus buat Tapai Pulut. Masa 1st trial (masa sama buat dgn ubi kayu tu, kurang menjadi sebab mommy rasa kurang ragi & pulut mommy pun sedikit keras sbb tanak je tak kukus mcm resepi asal). So, mommy buat lagi 4 hari lepas & counter the problem. Alhamdulilah walau tak berair2 mcm makan yang dalam daun getah tu tapi mintak daddy try & bg opinion dia cakap ok, jadi. Sedap juga kalau tak berair sangat ni sebab rasanya pun tak manis sangat. Pepepun, rasa manis tapai ni mmg semata2 dtg dari peraman ragi ye bukan sebab tambah gula (mommy ada come across org buat letak gula which i think tak tepat kot, tapi tak tau le kot mmg ada org letak gula jugak). 


Resepi ni mommy follow mamasya punya & mmg xde letak gula. Proven la resepi mamasya menjadi, yang penting jangan takut tabur ragi banyak2 untuk dapat tapai yang manis berair2. Tqvm Kak Zila atas perkongsian resepi tapai ni. 




Sumber: Dapurmamasya

Bahan2:
1/2 kg beras pulut - rendam 1 mlm
1/3 biji ragi-hancurkan/tumbuk halus
Bekas yg secukupnya utk isi tapai@daun pisang/daun getah

Caranya:
1. Tapis dan kukus pulut. 
2. Selepas seketika dlm 5 minit, pulut dah agak keras...renjis dgn air sejuk. Kukus lagi hingga wapnya keluar dari tutup periuk.
3. Angkat dan masukkan dlm besen, siram air panas 1 cwn. Kacau lagi & biarkan seketika.
4. Kukus semula sehingga asap keluar byk dr tepi tutup periuk....tanda pulut masak.
5. Sejukkan pulut...pastikan pulut betul2 sejuk sebelum langkah seterusnya (kalau tak cukup sejuk nanti tapai jadi merah)
6. Hancurkan ragi dan ayak ragi dgn penapis atas pulut. Kacau rata.
7. Bungkus tapai dgn daun pisang atau daun getah atau isikan dlm bekas kecil (dalam satu bekas tu jgn isi penuh sgt supaya tapai jadi lembik berair2).
8. Simpan/Peram tapai dlm bekas tertutup samada dlm periuk/bekas besar atau masukkan dlm bekas tupperware tertutup dan simpan dlm kotak. Jgn buka sehingga 2 mlm . 
9. Selepas 2@3 malam barulah boleh makan. Untuk lagi sedap simpan dalam peti sejuk & nikmati semasa tapai sejuk...


10 comments:

✿Cik Cappuccino Latte ✿ said...

jom join GA
http://cyanxkamo.blogspot.com/2013/03/give-away-ga-birthday-akiff-ke-2-tahun.html

Kuazue Mohamad said...

nie ler nak wat juger nie...ragi tu ros guna ragi yg mcm mana yer..yg serbuk ir yg ketui2 tuu..

Amie said...

Sukanya tapai pulut tapi tak pernah buat, takut tak menjadi... tapi kena cuba juga sekali-sekala kan...

MaDiHaA a.k.a Ratna said...

woww.. sedapnya ros... feberet akak ni..

kalau ikut resepi tradisi tapai pulut memang tak letak gula... ia bergantung pada ragi.. kalau ragi jenis manis mmg manislah tapai tu.. kalau jenis ragi masam.. pasti tapai kita jd masam2 manis sikit.. lagi satu nak bagi tapai elok manis & cantik.. pastikan cuci pulut hingga betul2 jernih airnya kemudian barulah di rendam & dikukus. petua utk elak tapai jadi merah mestilah tunggu pulut betul2 sejuk.. kalau masih ada rasa suam walau sikit pun.. dah digaul ragi.. nnt tapai kita akan jadi merah... takde kena mengena dgn sesetengah pendapat atau pantang larang mengatakan org yg sedang datang bulan takleh buat tapai... hihi.. karut semata2..

dulu akak bisnes tapai ni.. bertahun2 juga.. waktu tu beli pulut 50kg (seguni) harga pulut baru rm104.. sekrg ni harga pulut mahal betul.. hmm.. lama akak tak buat tapai... terliur pulak rasanya...

MaDiHaA a.k.a Ratna said...

p/s: kalau ikut sukatan akak dulu.. 4kg pulut hanya gunakan 1 ketul ragi saiz 50 sen tu.. diperam selama 2 malam.. insyaAllah dah memadai..

guna ragi lebih pun boleh.. tp tapai tak tahan simpan lama cepat lebuk.. kalau utk bisnes mmg tak sesuai sbb nnt tapai cepat rosak & berair2 sgt..

just kongsi pengalaman..

rostina76 said...

Azu: nanti ko try le azu, aku masa nak buat tu berdebar2 gak takut tak jadi tapi aku teringin sgt nak makan. itu yg cuba lgpun haritu g pasar dgn jiran aku dia bgt kat mana nak beli ragi tu. org sini panggil nama lain. hehe bukan ragi yis tu ye tapi yg ketul.

Amie: ros pun takut gak mula2 nak buat tapi kalau tak cuba tak tahu kan.....lagipun teringin

Madiha: tqvm k.madiha......banyak ilmu buat tapai yg ros belajar lagi ni. pasal ragi tu, masa yg mula2 buat tu sikit betul ros letak (rasanya dalam 1 sudu je kot utk 1/2kg pulut tu, itu yg mcm tak sekata je jadinya).....maksudnya kalau kita nak simpan lama jgn la letak byk sgt ragi ye? hehe!!!!raya ni kalau beraya di perantauan ni mmg rasanya nak buat lagi. again tqvm kak atas ilmu

Nastyna said...

Sedapnyer... saya suka tapi Papa JJ tak suka, dia kata pelik, macam nasi basi. hahaha

rostina76 said...

nastyna: hahaha!!!!btul la tu mcm nasi basi (masa kecik2 dulu pun ingat nasi basi)

Unknown said...

Salam kali pertama saya try buat ikut resepi yang tanak 2 kali. Masa arung letak air dalam 2 cawan. Alhamdullilah jadi. Kali kedua saya ikut resepi yang kukus sekali dan tak guna air. Tak jadi. Tak masak dia keras. Kenapa ye.

rostina76 said...

salam izume….maaf kalau saya silap tapi kalau kukus pulut, mmg kena arung air juga atleast sekali..klau tak arung mmg pulut tak masak & keras….kalau saya tanak plak mmg tak arung dah cuma masa mula2 masukkan pulut dalam periuk tu kena kurangkan sukatan air (dlm separuh dari kita masak b=nasi biasa)….harap dpt membantu. tq

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...