بِسْــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Monday, 14 May 2012

Sambal Ikan Nasi Impit (Serunding ikan)


2 hari bercuti tanpa N3 baru. Bukan busy ke apa tapi tak sihat for the last few days. Siap cirit birit & pening kepala. Ya Allah!! lama tak sakit demam ni rasa lemah je badan. Semoga Allah menggugurkan segala dosa2 mommy bersama kesakitan yg ditanggung, Amin3x. So, harini baru rasa segar sikit, kepala pun dah ringan. Alhamdulilah kalau tak, tak tau le mcm nak handle duty yg pack sesangat bulan May ni. Jgn ingat surirumah xde keje ye, huhu byk sgt keje. Ditambah lagi dgn tugas supir ni mmg kdg2 tu rasa cptnya masa berlalu. Skrg ni plak, daddy mmg OT keje smp 730mlm sbb plant tgh shutdown for maintenance jobs. So, duty mommy pun OT le jugak.

Harini mommy jot down resepi sambal/serunding ikan nasi impit (dah lama teringin nak makan tapi sikap malas yg membantutnya).Kalau @Besut, mmg setiap pagi boleh beli kat gerai2 utk breakfast. Satu plastik tu siap dgn set nasi impit + kuah kacang + sambal ikan....Sedapnya!!!

Resipi sambal ikan nasi impit ni mommy dpt dr FB Lauk Pauk/Kuih Muih Kelate. Dah lama jugak peram resepi ni alhamdulilah semalam terhasil la jugak akhirnya. Dah tak sabar nak rasa so, dinner semalam mommy dah pulun makan.





Bahan2:

  • Kelapa parut 1 biji (digoreng sehingga garing)
  • 5 ekor ikan selayang (direbus & diambil isinya) *
  • 5 batang serai *
  • 5 ulas bawang merah *
  • 1 ulas bawang putih *
  • 1 inci halia *
  • 2 keping gula nisan/ gula melaka 
  • Garam secukup rasa
Caranya:
  1. Kisar bahan bertanda * & kemudian gaulkan bersama2 kelapa parut yang telah digoreng.
  2. Gorengkan semua bahan di atas api perlahan sehingga kering.
  3. Masukkan perasa.Kalau kurang manis tambahkan lagi gula melaka kerana sambal nasi impit lebih sedap jika rasanya sedikit manis.
  4. Sejukkan dan kisar dengan kisaran kering agak-agak separuh lumat.
  5. Sedia dimakan bersama nasi impit.
Alang2 rajin nak buat, mommy trus buat stok guna 2 biji kelapa. Semua bahan2 mommy gandakan kecuali serai maintain 5 batang aje.



                                                                                                                                              1. 11. Kisar semua bahan bertanda * 

10 comments:

Unknown said...

salam Ros amboiii rajin nya buat sambal ikan lama ni kan berjam2 untuk tunggu kering tapi berbaloii sedappppppp

rostina76 said...

salam knoor. lama le jugak nak betul2 kering. Ros buat stok simpan dlm freezer. Nak makan nanti, panaskan lagi (lagi hitam lagi sedap).

Unknown said...

assalam kak Ros, rajinnya buat serunding tu...saya malas nk buat tapi nk mkn order dr Malaysia jer...hehe

ummiaisyah said...

Salam Ros...sy tak penah buat serunding ikan...mmg selalunya beli je...tu pon kalau ray...mesti Ros ni penyabar orangnya...bukan sennag nk tggu sampai serunding tu siap..hehehe

Kongkang Malaya said...

Kak Ros,
Alahai.. sian orang tu, tak sihat ye? Alhamdulillah la dah ok. Tapi jangan pasang gear 5 terus tau, slow and steady ye :)

rostina76 said...

assalam nieza. kebetulan kelapa parut banyak (keliling rumah kros ni ada pokok nyiur, mg lps byk plak si saim ni kopek bg kros), hehe itu yg terpikir nak buat serunding ni. Lagipun ikan rebus tu mmg dah ada stok dlm freezer (balance bt rojak betik dulu lagi haa). Sebelum ni pun, main order je ;)

rostina76 said...

salam ummiaisyah....huhu, syahdunya bila org ckp ros penyabar (mmg dlm proses nak jadi penyabar ni kot). harap2 doa le tu dr ummiaisyah.tq

rostina76 said...

Aida, kros xmain gear 5. Koi pakai auto :P
xdela bt skali harung tu, seme benda2 alah tu dah prepare sblm kepala berayun lagi. Btw, hehe, xsmpt lagi naik flight pg spain tgk aida buat apa ekk weekend lps. nampak dr jauh ada org gaduh2 ka?

Qasey Honey said...

rajinnya buat sendiri serunding ikan tu...tp berbaloi2 yer x...byk dpt tu rasanya...rasa dh tentu la sedap ni...

rostina76 said...

berbaloi2.....ingat blh ni stok sampai raya.hehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...