بِسْــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Monday 18 November 2013

Roti Goreng Inti Kacang Merah

Assalamualaikum & happy Monday.
Bersiaran dengan ceria di hari Isnin, hehehe!!!!
Last weekend 4A+R p tido hotel sbb ada org tu nak release TENSION. Kami yg tak berapa nak tension ni pun galak leeeeee tumpang seronok. Citer happy weekend tu mommy HOLD dulu sbb nak bagi laluan pd beberapa resepi mommy. Mommy nak jotdown dulu citer pasal Roti Goreng inti kacang merah ni. Dek kerana nak menghabiskan inti kacang merah (yg mommy beli readymade) sebelum kami cuti panjang ni maka mommy dok fikir resepi apa yg sesuai dgn selera kami. Alhamdulilah Roti Ulat Bulu dulu mmg memenuhi permintaan kami cuma boring la kan asyik bt roti tu je. Fikir punya fikir teringat kat roti goreng ni. Idea yg bernas rasanya sebab abis le jugak roti goreng yg mommy buat tu.



Actually resepi roti goreng ni mommy guna resepi yg sama dengan resepi BURGER MALAYSIA


Walau rupanya bulat kecik molek je tapi piawaian tu mmg menepati la ciri2 roti goreng inti kacang merah. Puas hati dapat makan buatan sendiri, mommy teringat kalau dulo2 masa dok Subang Jaya & Puncak ALam main beli je. Berlambak2 org jual, kat sini tak jumpa le.



Nak senang mommy jotdown semula ye resepinya

Bahan-bahan Roti/ Burger ( 8 biji ):
*200g tepung gandum
*140ml susu/ air
*2 sudu besar butter/margerin
*2 1/2 sudu besar gula halus
*1/2 sudu kecil garam
*2 sudu kecil dry yeast
minyak untuk menggoreng
inti kacang merah



Cara-cara:
1. Masukkan ke dalam mangkuk semua bahan-bahan (*). Uli sehingga tak melekat kat tangan (uli anggaran 30 minit).
2. Buat bulat besar. Biarkan kembang 2 kali ganda (anggaran 1 jam).
3. Lepas tu , tumbuk-tumbuh doh roti tadi untuk keluarkan angin. Kemudian bahagikan kepada 8 bahagian. Buat bentuk bulat.
4. Leperkan doh tadi & masukkan satu sudu inti kacang merah. Tutup & bulatkan semula doh.

5. Biarkan naik 2 kali ganda lagi. Kemudian goreng dalam minyak yang sederhana panas sehingga kekuningan.

3 comments:

mala said...

makan petang2 sedap ....

OKje said...

Macam donut jugak yeh Ros bahan dia. Hari ni okje buat donut Ros!...

rostina76 said...

mala: kami buat makan petang & lajak ke breakfast plak

okje: yup, lebih kurang le tu dohnye…nape tak pos sini sikit donut tu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...