بِسْــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Thursday 14 November 2013

Himpunan Resepi Bubur Assyura

Assalamualaikum & salam 10 Muharam untuk semua umat Islam seluruh dunia.


Sempena 10 Muharam harini, mommy nak jotdown sikit feeling yg mommy rasa harini. Alhamdulilah, selain berpuasa, selalunya kita kat Malaysia ramai yang akan bergotong-royong memasak bubur Asyura (adussss sayu teringat kenangan dengan kawan2 sekolah). Kaitan antara bubur Assyura ini dengan Hari Asyura adalah ketika peristiwa zaman Nabi Nuh. 10 Muharam merupakan hari di mana bahtera Nabi Nuh diselamatkan dr banjir besar. Pada ketika itu bekalan makanan di dalam bahtera tinggal sedikit & Nabi Nuh disuruh mengumpul bahan2 untuk dimasak bagi membolehkan semua dapat merasa makanan yang disediakan. Dari situ, amalan ini walaupun bukan merupakan sunnah nabi tetapi dijadikan amalan oleh kita (apatah lagi dengan konsep gotong royong & bersedekah ianya merupakan sesuatu amalan yg baik untuk diteruskan). Penghayatan tu penting. Bukan bermaksud sambut hari Asyura dengan bubur je, tapi lebih kepada mengingati peristiwa Nabi Nuh itu serta sedekahkan bubur dengan fakir miskin dan berkongsi dengan jiran tetangga, itu lebih afdhal , in shaa ALLAH.
Btw jom kita tengok je dulu rupa bubur Assyura ni ikut negeri (sambil bayangkan tgh makan, huwaaaaa). For me of coz my top list will be Ganu Kite style (sbb dia ada topping sambal ikan & telur dadar) & the rest blh le makan, sedap juga. Pepepun kita toksoh dok berbalah mana yg lagi sedap sebab hakikatnya masing2 ikut anak tekak sejak azali dlm perut mak masing2. Klu mak hang org Kedah, mesti hang suka tang Kedah, klu che aku org Ganu, mesti aku ckp hok Ganu the behhhh. Gitule kan!!!Peace no war.

BUBUR ASYURA TERENGGANU 
[ Resepi dari : hanieliza :http://hanieliza.blogspot.com/ ]

Bahan-bahannya:
1 kg beras
1 kg bawang merah(500 gm dimesin ,500 gm dijadikan bawang goreng)
1 kg gula
1 kg daging
1 ekor ayam [potong kecil]
2 kg santan
250 gm kacang hijau
500 gm ubi keledek
250 gm kerisek
5 btg serai
5 cm halia
5 ulas bawang putih
6 s/b rempah asyura [rempah khas untuk bubur asyura]
garam

Topping/Hiasan
kelapa goreng
isi ikan hancurkan]
telur dadar [hiriskan]

Cara
1. Masakkan beras, kacang, keledek,daging dan ayam sehingga lembut dan hancur.
2. Mesinkan bawang merah, bawang putih, halia dan serai.
3. Masukkan dalam rebusan beras dan daging tadi.
4. Masukkan rempah, kerisek, bawang goreng dan santan.
5. Masukkan garam dan kacau sehingga rata dan masak pekat.
6. Tuangkan dlam loyang atau bekas kecil. 
7. Sejukkan dan boleh dihidangkan



RESEPI BUBUR ASYURA JOHOR/ BUBUR LAMBUK

[ Resepi dari Ida : http://idaddapur.blogspot.com ]


Bahan-bahan:-
2 cawan beras
1 cawan santan 
1 labu bawang besar*
4 ulas bawang putih*
1 inci halia* 
(bahan2 * dikisar)
2 cawan / lebih daging lembu kisar / daging ayam kisar / yg cincang ( boleh juga letak dua2 sekali ) 
1 sk serbuk lada putih
1 sk / lebih serbuk lada hitam 
kekacang (kacang tanah, kacang kuda dll – direndam semalaman)
sedikit daun sup/daun saderi..dipotong halus
Kentang n carrot secukupnya – dipotong dadu
Garam+gula secukup rasa 
Bawang goreng
4 sb rempah soto/serbuk rempah sup + serbuk rempah kurma )
1 pkt sup bunjut
Rempah 4 sekawan
Air secukupnya
Serbuk perasa jika suka cth serbuk pati ayam 
1/2 sk serbuk jintan putih ( ni ida tambah )

Bahan hiris :
3 ulas bawang putih
1/2 inci halia
1/2 labu bawang besar

Cara membuat :-
1. Panaskan sedikit minyak, tumis set rempah 4 sekawan, kemudian masukkan bahan hiris, tumis seketika baru masukkan bahan kisar.....tumis hingga sedikit garing & naik bau. 
2. Bancuh perencah soto / sup ngan ½ cawan air, masukkan dlm tumisan tadi.....tumis seketika.
3. Masukkan daging ayam, masukkan lada hitam/putih n sup bunjut dan sedikit air dulu.,...kacau seketika masukkan beras, kekacang jika suka, air secukupnya, sedikit garam dulu, sikit gula & serbuk pati ayam jika suka......biar ia mendidih. 
4. Apabila nampak beras hampir kembang, baru masukkan kentang+carrot.
-5. Slps kentang, carrot n kekacang lembut, masukkan santan dan tambahan air masak jika nampak terlalu pekat.( masak cam buat bubur nasi gitu ). 
6. Perasakan dgn garam secukupnya. 
7. Bila dah masak, tabur bawang goreng dan daun sup / daun saderi.... (*keluarkan set rempah 4 sekawan n sup bunjut dari bubur ). 
8. Sedia dihidangkan panas2 cthnya bersama telur dadar halus, daun sup/daun saderi dan serunding ikan/daging/ayam ( ida tambah serunding ikan ) 


RESEPI BUBUR ASYURA KEDAH
[ Resepi dari haidzir84 : http://medanselera84.blogspot.com ]

BAHAN-BAHAN 
-1 cawan tepung beras 
-2 1/2 cawan santan campur garam 
-gula pasir ikut manis 
-gula merah utk mewarnakanya 
-1 btg jagung 
-1 biji pisang dadukan 
-1 biji keledek dadukan rebus 1/2 masak 
-1/2 cawan kacang hijau rebus 
-dan lain2 bahan yg anda suka

CARA MEMBUATNYA
1. Campurkan tepung, gula, santan & kacau sebati. Panaskan dengan api yg perlahan.
2. Setelah mendidih masukan kesemua bahan-bahan tadi,
kacau sehingga pekat dan rasa manisnya kalu keras tambah sikit lagi santan.
3. Angkat dan tuang dalam loyang , sejukkan dan potong.




RESEPI BUBUR ASYURA KELANTAN (SURO)
[ Resepi dari asiyah hasan : http://asiyahhasan04.blogspot.com ]

Cara penyediaan:

Beras 3 pot- dimasak terlebih dahulu.
Kacang hijau 1 cawan-mesin hampir hancur.
Jagung manis 1 tin- separuh dimesin hampir hancur dan separuh lagi tak perlu. Terpulang kepada selera masing-masing sebab saya lebih suka menggigit jagung manis tersebut kerana rasanya yang enak.
rempah Asyura-1 cawan(ikut selera-sebab ada orang tak sukakan bau rempah, jadi boleh kurangkan)-di jual di kedai yang menjual rempah di Kelantan
Bunga lawang- saya sukakan aromanya, w/pun resepi asalnya iaitu yang dimasak dengan kawah, tak semua orang masukkannya.
halia, serai, bawang merah dan putih- dimesin dan ditumis.
Gula, garam, santan dan gula melaka(jika suka).
Daging ayam/lembu-direbus dan dicarikkan kecil-kecil
Kerisek-setengah cawan.
Semua bahan dimasukkan ke dalam rice cooker .Disebabkan apinya yang agak perlahan, tak perlulah selalu dikacau. Apabila hampir kering dan agak susah dikacau, masukkan ke dalam kuali.Kacau sehingga likat. Tuangkan atas bekas beralaskan daun pisang.Tabur sedikit kerisek di atasnya.

Ada juga orang yang masukkan semua bahan tanpa menumisnya terlebih dahulu. Apabila hampir masak, masukkan bawang putih dan bawang merah yang telah digoreng terlebih dahulu.

RESEPI BUBUR ASYURA PERAK
[ Resepi dari: drzeze ;http://drzeze.wordpress.com ]

Bahan-Bahannya:
1kg tepung beras
1kg gula pasir
½kg gula merah (masak dan ditapis)
½kg kacang kuda (direbus)
1kg kacang hijau (direbus)
½kg kacangtanah(digoreng tanpa minyak)
2kg ubi keledek (dipotong kecil dan direbus separuh masak)
2kg pisang
3 tongkol jagung segar
1kg pati santan
Garam secukup rasa
2 helai daun pandan

Cara-Cara
1.Bancuh tepung beras bersama 7 liter
air,kacau di atas api.
2.Masukkan pati santan dan daun
pandan.Kacau lagi sehingga pekat.
3.Masukkan gula pasir,gula merah dan
garam.
4.Masukkan kacang hijau,kacang kuda,
jagung dan keledek.
5.Masukkan kesemua bahan yang lain dan
kacau sehingga masak.
6.Bila sudah masak tuang ke dalam acuan
dan sejukkan sebelum dipotong.

p/s : boleh dimasukan isi durian..lagi bertambah sedap


RESEPI BUBUR ASYURA PENANG (PULAU PINANG)
[ Resepi dari Tok Wan : http://blogtokwan.blogspot.com ]

Bahan2nya:
300 gm. kacang tanah 
300 gm. kacang merah 
300 gm. biji sagu 
300 gm. kacang hijau 
3 ketul ubi keledek merah atau kuning
6 batang jagung mentah / 1 tin jagung 
1 ikat pisang raja yang masak 
4 helai daun pandan 
300 gm.biji gandum (gandum untuk dibuat bubur) 
100 gm gula melaka / gula kabung 
200 gm. gula putih 
500 gm pati santan ( 2 biji kelapa diambil santan nya) 
Garam secukup rasa 

Caranya:
1. Kesemua kekacang tadi yakni kacang tanah, kacang merah, kacang hijau dan biji gandum direbus hingga empuk. 
2. Setelah semua kacang empok baru masukkan gula putih, gula kabong atau gula melaka dan sedikit garam.
3. Kemudian masukkan jagong, pisang raja atau pisang tanduk yang telah dipotong nipis serta ubu keledek yang telah dipotong dadu.
4.Setelah ubi keledek lembut barulah kita masukkan biji sagu serta santan. 
5.Setelah puas hati agak2 sejam atau 2 jam dari waktu masukkan biji sagu maka bubur asyura akan pekat. Pekatnya sehingga jika ia sejuk ia akan beku dengan cepat (macam, bekunya agar2 jer...bukan beku keras macam air batu) bolehlah dicedok dan masukkan dalam bekas seperti dulang atau talam.
6. Dah siap....kalau nak hantar ke Surau atau Masjid masukkan dalam bekas plastik cantik2....mudah2an sedekah anda dikira pahala ibadah juga kerana tak semestimnya pada hari asyura saja kita dibenarkan buat bubur asyura kan.

So bila terasa nak buat bubur asyura samaada nak makan sendiri atau nak hantar kepada jiran tetangga. Buatlah kerana setiap pekerjaan yang bermula dengan niat kerana Allah ta'ala akan diberikan ganjaran kebaikan jua.

Nota Kaki: Selamat mencuba!! Resepi ini boleh dimakan seramai 2 keluarga atau lebih. Jika nak masak untuk dimakan oleh 50 orang (50 bekas plastik) maka gandakan bahan2nya kepada 2 kali ganda.

-------------------------

Sumber daripada: Arnamee

12 comments:

Cheq Sue said...

Suro kelantan jgk yg terbaekk! Teringin nk make tp xdok org buat dh...

tun_telani said...

Owh.. sure ganu... daku rindukanmuuu.. hahaha.. drama gitu! lamaaa sgt xmkn bubur asyura. sedih sungguh. ingatkan ada la gotong royong kacau bubur asyura kat uni, tp pusat islam xde lak anjurkan..

Nastyna said...

Huk alooooh beh nyo kalu duk kappung tiko ni, suro makey tok habis. Saya paling suka yg banyak daging tu, makan panas2 huhuhu. Masa kecik2 dulu selalu dapat dalam tempurung hahaa budak2 kan kalut kacau orang mengacau.

I LOVE ISLAM said...
This comment has been removed by the author.
azieazah said...

Dalam banyak-banyak tu, Bubur Asyura Tganu jer yang saya belum pernah rasa. Yang lain pernah la rasa...

Mamasya said...

Aslmkum Ros

ya bubur Asyura berbezakan setiap negeri. kalau Kel punya berjam2 kacau...ingat masak kecil dulu pakat ramai2 gotong royong kacau bubur asyura..berjam2 lamanya nak masak. dah masak siap pergi hantar bg2 pada org kampung.....

mala said...

mcm2 rupa bubur asyura rupanya. kali pertama makan dan terakhir masa sekolah kat perlis. gotong-royong buat bubur asyura. tak reti makan hehehe

Anonymous said...

Saya orang Ganu so suka makan "sure ganu" lah especially yang baru masak (cair lagi). Tapi sekali tengok macam taik lembu hahahaha

Arwah mak saya akan letak jagung jugak dalam bubur asyura selain bahan2 yg kak liza kasi tu dan kalau tak silap kacang kuda pun ada. Hiasan nya selain sambal ikan, ada telur dadar dan jugak agar2 kaler merah, kuning, hijau (or kalau malas taruk kaler merah jer) yang dipotong dadu kecik2/cincang. Sedapnyaaa

OKje said...

Amboi Ros...mcm mcm resepi ditempek kat blog nampak....hehe
Sebab tekak mak ni kelahiran Johor for sure mak berselera yg Johor punya hehe

AtieYusof said...

wah! resepi bubur ni boleh tahan jugak ye kak...kena buat ramai2 baru best kan?..
sini Sabah nak jumpa & makan bubur Asyura ni mmg tak lah kak.. kena belajar masak sendiri klu nak makan...:)

rostina76 said...

cheq sue: susoh loni nok jupo klu buke dok kelate gak hok versi kelate tu

tun: yeah!!!!mmg rindu giler.

nastyna: ooooo, klasiknyo. make dlm purung nyior.

azieazah: klau k.azie pernah try yg kelantan rasanya lebih kurang kot cuma yg teganu ada topping sambal ikan & telur dadar. plus point kat situ

mamasya: tule kak, saya pun dah tua2 baru tahu byk version ikut negeri

mala: alaaaa, xreti ke. rugi nih

anonymous: hahaha mmg cam taik lembu nak2 yg versi kelate & ganu

okje: dah nak makan xdpt tepek jelah resepi sambil berangan mkn. ros suka juga yg johor sbb selalu makan

atie: versi sabah xde kan…...

dya said...

Izinkan saya share ye pn.. tq

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...