بِسْــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Friday, 22 November 2013

Kuih Getas-getas


Assalamualaikum & salam Jumaat. 
Harini jgn lupa baca surah Al- Kahfi ye.



Last few days mommy ada cuba satu resepi baru (baru bg mommy la ye). Mommy ternampak kat blog bdaria, bila dia mentioned steps & rasa tu………..alahai teringin plak nak makan. 

Kuih ni kalau kami @belah pantai timur panggil namanya lain rasanya. Sebab kalau mentioned Kuih Getas ni biasanya kuih yg keras sira gula mcm ni gak, cuma tepung tu kami bt ala2 kerepek (guna tepung gandum je). Pepepun tak kisah le, janji kuih ni mmg sedap. Tq Bdaria sebab share resepi ni. Dapat le mommy merasa juga.

Sumber: resepidaria


Kuih Getas-getas
Bahan-bahannya (dapat dalam 15 keping):-
250gm tepung pulut 
20gm tepung gandum 
150gm kelapa parut putih
130-150ml air (jangan terus tuang semua, tuang sikit-sikit dulu)
sedikit garam 
Minyak untuk mengoreng 



Cara-caranya:- 

1. Satukan kedua-dua tepung dan kemudian masukkan kelapa parut serta garam. Tuang air sedikit demi sedikit sehingga menjadi doh. Pastikan ia tidak terlalu lembik sangat. 
2. Biarkan sebentar selama 10 minit.
3. Buatkan bulat-bulat kecil dan kemudian leperkan sama ada ia berbentuk lonjong atau leper (pastikan anda sapukan sedikit minyak ditangan anda apabila hendak memegang doh dan menyapu minyak atas dulang apabila hendak meletak doh supaya tidak melekat). 
4. Panaskan minyak dengan api sederhana. 
5. Apabila agak panas, goreng kuih sehingga kekuningan.
(pastikan anda sentiasa balik-balikkan kuih supaya tepung tidak mengelembung dan pecah).
6. Bila dah kekuningan, angkat dan toskan dengan tisu masakan. 

----------------------------------------------------------------------
Menyira gula kuih
Bahan-bahannya:- 
1/2 cawan gula pasir 
1/2 cawan air 

Cara-caranya:- 
1. Masukkan gula dan air ke dalam kuali yang agak besar. Masak dengan api sederhana.
Gambar dr blog resepidaria.
Jika anda perhatikan buih-buih tu mula-mula ia akan memenuhi bahagian tepi dan kemudian ia akan merebak kebahagian tengah. 
2. Biarkan ia selama 7 minit. 
3. Apabila sudah 7 minit, cuba titiskan setitik air gula atas piring dan kemudian guna jari telunjuk sentuh air gula tadi dan temukan jari telunjuk dengan ibu jari. Lekat-lekatkan beberapa kali.....ia dikira sudah 'menjadi' bila anda rasa ia melekit-melekat dijari dan akan menghasilkan ketulan-ketulan halus kat jari. Kalau tak.....biarkan satu minit lagi. Ketika saya buat ia dalam 9 minit baru saya tutup api. So pastikan pada sukatan diatas, tempoh masak air gula supaya ia pekat adalah dalam 8-10 minit. Jika lebih 10 minit anda akan dapat gula hangus. 
4. Terus matikan api dapur ye. 
5. Kemudian baru masukkan kuih-kuih yang anda hendak sira ke dalam kuali dan kacau sampai bunga-bunga gula keluar. 


9 comments:

ummuaidan said...

Kuih getas nie supo kuih badok ko ros..hok mace donut salut gulo tapi raso mace nyior nge tepung pulut kot dale..rindu weyyh kawe kuih badok tuh..cari reseoi tok jupo..buke cucur badok taww..roh kalu tahu share deh..:).mesti roh panda kannn..heheh

rostina76 said...

yo la ni UA…klu tmpt kito rasonya kuih badok tu la ni…….tapi mugo org bkn kelate bt nama jadi lain laaa…..hahaha!!!mulo tu ingat kuih getas hok keras tu. pastu so lg hok style bakar……ingat nok bt jugak nanti hok bakar tu (nanti klu jadi br tepek resepi plok)

Irfa said...

kg saya (klate) ppgil kuih badak
hehe

mala said...

husband cukup tak berkenan kuih ni hahaha tapi kami suka

aTieYusof Family said...

Kuih Getas? Macam pernah makan kuih ni kak, tapi dah lama... hehe..
boleh lah nak cuba nti..:)

myda_ahmad said...

resepi dh simpan dlm draf,tp masuh belum berkesempatan nk buat...1st time mkn ,sedap.tu pun adik buat..

Nastyna said...

penat saya perah otak cuba ingat nama kelantan kuih ni, tapi tak dapat la...stress pulak selagi tak tau namanya ni. Saya suka jugak kunyah2 kuih ni, tapi nak buat mmg tak confident la. sayang tepung hahaha.

rostina76 said...

irfa: yo doh tu

mala: hahaha…..abaikan aje sorang yg anti tu yg penting ada gak peminatnya

atie: kat brunei ada juga kuih ni dok jual tapi dulu kros xtau nama

myda: kena buat dah tu. sedap gak rasanya kenyal2

nastyna: kuih badok set2 ni royat betul doh rasanya. buat sikit klu terliur. dok terliur simpan jelah molek tepung mahal tu

Ayu sukatiakula said...

suka sgt.. susah nak jumpa org jual
tapi xpe, da ade resepi ni boleh la cuba buat. boleh makan sampai puas

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...