بِسْــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Saturday, 23 November 2013

Taman Peranginan Tasek Lama

Assalamualaikum & good day.
Masih lagi nak bercerita ttg Brunei Darussalam. Harini kita p jogging (hahaha!!!org lain p tempat ni mmg jogging la, kami je p menembak a.k.a bikin filem 4A+R lagi).
Gambar google. Lupa nak snap pintu gerbang daaaaa.
Gambar google gak. Daddy bosan gamaknya tgk playground ni.


Antara tempat tarikan pelancong & dalam senarai tempat menarik di Brunei ialah Taman Peranginan Tasek Lama ni. 

Ia merupakan sebuah taman rekreasi ditengah2 Bandar Seri Begawan yg dikelilingi oleh kehijauan hutan yang masih terpelihara. Juga terdapat tasik disekitarnya yg menjadi sumber air di sini. 



Selain menjadi tempat untuk orang ramai beriadah & berjogging, taman ini juga terkenal & sering dilawati oleh para pembesar negara terutamanya dari negara2 ASEAN. Terdapat banyak pokok2 yang ditanam oleh pembesar2 negara yg melawat taman ini, sebagai simbolik persahabatan & kunjungan mereka dengan negara Brunei Darussalam.

Di Taman Peranginan Tasek Lama ini juga terdapat banyak kemudahan2 yang disediakan seperti taman permainan, trek untuk berjogging, air terjun, air pancuran, pondok rehat dan yg paling menarik iaitu menara tinjau.
Dari puncak menara tinjau, anda dapat melihat keindahan Bandar Seri Begawan dengan jelas.
Itu jelah kot pasal tempat ni. Sebagai summary walau kami tak jogging tapi tetap berpeluh & sihat tubuh badan sebab dengan gigihnya mendaki bukit & menara tinjau tu. Heheh!!!
Happy Weekend u all!!!

5 comments:

mala said...

tak jogging ek? ok la kelaur peluh jugak meronda kat situ ;-)

Nastyna said...

nyaman tenang jer tengok gambar2 ni kak. tak jogging pun takpo la, jalan banyak jugok tu turun naik kae.

ummuaidan said...

Bakpo tok joging nyoh ros tepat nyaman2 gitu best tuh jogging..ingat mcm taman tasik perdana pun ade..

Cheq Sue said...

huk alohh... raso nk amek tiket loni jugok g derat brunei...

myda_ahmad said...

kami anak branak pun suka pegi tmpt2 cam gini...taman dlm hutan,sambil santai2 gitu...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...