بِسْــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Thursday, 28 November 2013

NASI DAGING

Assalamualaikum & happy Thursday.
(Edisi khas sempena birthday daddy 25th November yg lepas).



Since makan nasi daging rumah member kat sini tahun lepas (parents dia mmg bt catering nasi daging guna rempah homemade). Daddy dok request mommy cuba buat nasi daging ni. Bila dok tanya member2 org utara semua ckp kena guna rempah khas. 


So, mmg xde harapan le mommy nak buat kan? Dalam pada dok pasrah xde rempah tu, mommy try le jugak google resepi nasi daging ni (yelah, sapa tak sayang laki kan. Dah dia mengidam kena le jugak usaha). Sekali terjumpa le jugak resepi nasi daging yg simple & tak yah guna rempah khas. Suka la cheq nak try pastu. 


Percubaan pertama (tak ingat dah date tapi dlm awal tahun ni la) xberapa menjadi sebab terlebih letak tomato puri (rupanya kena guna tomato sup bukan tomato puri). Hasilnya jadi mcm nasi tomato plak. Heheh!!!!!


In conjunction with daddy's birthday ni mommy kiranya dah plan nak buat Nasi Daging again sebab mmg tau daddy suka makan. Alhamdulilah!!!!! this time mmg PERFECTO!!!!
Rasanya resepi dari Cik Min ni mmg antara yg senang & bahan2 semuanya mommy boleh dapat kat sini. Tqvm CikMin, u merealisasikan harapan cheq.


Nasi Daging

Bahan2:
1/2 kilo daging batang pinang – dipotong sebesar kotak mancis
1/2 kilo tulang - rebus sehingga empuk 
1 kilo beras basmathi – bersih dan toskan
1/2 cawan susu cair
1/2 cawan minyak masak
3 s/b planta
1 tin tomato sup Kimball – boleh ganti dengan 2,3 s/b sos tomato
3 s/b rempah nasi daging-boleh ganti serbuk kurma
1 s/k rempah sajira – rempah ni boleh cari kat kedai mamak (mommy skip)
sedikit gula batu – (mommy guna gula biasa)
garam secukup rasa
sedikit kismis dan bawang goreng untuk taburan (mommy skip)

Bahan tumis :-
4 sekawan – kulit kayu manis, bunga lawang, cengkih dan Pelaga
sedikit daun ketumbar – untuk wangikan nasi 
3 helai daun pandan
1 batang serai – diketuk
1 labu bawang besar – dikisar
3 ulas bawang putih – dikisar
1 inci halia – dikisar


Cara : 
1. Panaskan minyak masak dan masukkan planta.
2. Tumis 4 sekawan, daun ketumbar, daun pandan dan halia.
3. Masukkan bahan yang dikisar.
4. Masukkan rempah yang dibancuh dgn sedikit air, kacau biar wangi.
5. Masukkan daging & tulang, tomato sup kimball dan air rebusan tulang yang telah disukat dengan sukatan beras.
6. Setelah air mendidih, masukan gula batu dan garam secukup rasa dan baru masukkan susu cair.
7. Masukkan beras dan kismis. Masak dgn rice cooker untuk nasi masak sekata.
8. Gemburkan nasi…boleh ambil daging yg tertanam dalam nasi untuk dicicah bersama air asam



Cara hidangan: Nasi Daging dimakan bersama Air Asam


Air Asam
Bahan2:
1 biji bawang merah besar (hiris nipis)
2 biji tomato (hiris nipis)
1 cawan air asam jawa
1 inci belacan (hancurkan)
1 biji cili merah (ricik halus)
2 biji cili padi (ricik halus)
Garam 
Gula
Sedikit kerisik kelapa

Cara:
1. Masukkan semua bahan2 ke dalam mangkuk.
2. Gaul rata dengan meramas2 bawang & tomato supaya keluar airnya.
3. Sedia dihidang dengan nasi daging.


8 comments:

mama leen said...

oh sedap ni

penDragon said...

sedapnya....boleh try buat ni. air asam tu paling best!

Nastyna said...

whoa... dalam gambar pun dah nampak perfecto. tu la kita bini mini ni kan, pantang laki bersuara mesti usaha jugak buat. kalau saya lagi laa tak tau apa tu beza tomato puri ngan tomato sup tu, menuntut belum habis.

nurbijen said...

wah resepi yang cukup lengkap.. kalau boleh ganti dgn rempah kurma, ada harapan nak buat ni... air asam tu pun nampak sgt sedap....

ishamizu said...

Wah perfecto! Izu tak pernah buat nasi daging perfect gini selalu buat nasi goreng daging je hihi

Mesti cik abg kak Ros happy banget ;)

yan's cottage said...

sedapnya.....lama tak makan nasi daging nie.....

aTieYusof Family said...

wahh! Nasi Daging??blm pernah cuba ni Kak.. hubby sy pun suka..sllu makan kat kedai je..huhu..
kena belajr lah pasni...:)

Kakzakie said...

Akhirnya tercapai hajat ye. Mesti sedap dan menyelerakan.

ps: lama dah kakak follow rostina..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...