بِسْــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Friday, 8 November 2013

Kerabu telur masin

Assalamualaikum & Good day.
Ingat harini nak masukkan N3 jalan2 tapi malas plak nak upload gambar banyak2. Diharap readers semua tak jemu & kekenyangan la ye dgn menu2 org kampung mommy lately ni. Tak dapat disangkal lagi sebenarnya yg menu kampung le yg tetap evergreen & menjadi pujaan mommy (maklum le i'm a kampung girl….gedik la girl. Dah jadi nenek girl dah pun. Huhu).

Okey, harini resepi unik nak share. Dulo2 mommy rasa resepi ni 1st masa mommy posting @sekolah pertama di Subang Jaya. Cikgu tu dah senior dah le, selalu bawak benda ni makan sama kawan2. Bila dia pindah dah abis citer resepi ni. Kemudian bila mommy pindah sekolah kedua @Puncak Alam, akak kantin kami (uish dia ni masak mmg best leeeee, tapi sayang politik sekolah. Dia ditendang dr tender sbb main org dalam. Emmph!!!). Eh melalut, akak tu plak pernah buat resepi ni juga tapi lain sikit. THE END pasal resepi ni.

Tiba2 (weh!!!cam citer hantu je)……lately ni la mommy tiba2 teringat balik semula dgn resepi ni disebabkan 'telur masin' punya kes. Mula2 tu sebab kalau hidang telur masin sure tak abis, simpan punya simpan last2 kering kontang & masuk tong sampah. Pastu bila beli telur masin plak memanjang ada yg 'cacat'. Huhu!!! bukan yg buruk busuk tu tapi jenis yg telur merah bercampur dgn telur putih. Frust betul!!!!bukan sekali dua tapi rasanya chances nak dpt yg 'cacat' tu ada jeeeee. Itu yg mommy tukar jadi kerabu telur masin ni. Tak sangka daddy pun suka (dia tak cakap, tapi asyik tambah, tambah & tambah). Confirm sedap le tu (syok sendiri lagi).


Sapa2 nak try, jom2 mommy ajar (amboi cam cikgu plak). Senang je tapi menyelerakan. Btw resepi ni versi mommy ye sebab dulo2 tak sempat nak berguru. So, jadinya resepi ni hak milik sendiri la ye. 
---------------------------------------------------
Bahan2:
Telur masin (dalam 2-3 biji) (Direbus)
1 biji bawang merah besar (hiris halus)
3 biji cili padi (potong halus) - terpulang la kepedasan masing2
2 batang serai (hiris halus)
1 batang bunga kantan (hiris halus)
3 biji limau kasturi (ambil jus)
1 tangkai daun ketumbar/daun pudina (hiris halus)
Gula

Caranya:
1. Mula2 masukkan bawang, cili, serai & bunga kantan yg telah dihiris halus ke dalam mangkuk besar.
2. Tambahkan jus limau kasturi & gula.
3. Gaul sebati.
4. Telur masin yg telah direbus dihiris halus, kemudian campurkan ke dalam mangkuk besar tadi.
5. Gaulkan sambil melenyek sedikit telur masin tadi bersama bahan2 lain. Taburkan daun ketumbar/daun pudina.
6. Sedia dihidang.

#Tak yah letak garam



10 comments:

EmbunRosaliza said...

Assalam ros, menarik kerabu telor masin ni, memang betul pun kalo rebus 2 biji sebelah je habis, selebihnya kejung lam peti ais sudahnya masuk tong sampah, lain kali kalo ada telor masin boleh cuba buat mcm ni.

Kat brunie ros jadi cikgu juga ke

myda_ahmad said...

ha'a mmg unik pun coz x pernah buat..kena wt nie...

MulutPayau said...

samalah tu kalau rebus..memang takkan habis punya..
Tak pernah makan kerabu telur masin ni..nanti nak try buat jugaklah..

Shamsiah Abdul Rahman said...

Assalamualaikum Ros,
Errr.. guna telur masin (ayam) boleh ke?
Sini takda jual hat telur itik.
Mcm x tak sabar nak try dah ni.

nurbijen said...

rindunya dgn telur masin... kat sini ada juga jual telur masin, tapi mmg telur yg sgt masin... tu fikir panjang nak beli sbb masin sgt.. taku kena darah tinggi nanti..

tun_telani said...

nmpk sedap tu kak.. tun jarang2 beli telur masin, sbb mmg suka makan. kalau selalu beli nnti kan naik pulak darah nih.. huhu...

Cheq Sue said...

tengah rebus telur masin tu haaa...nak cuba buat ni untuk lunch karang... *_*

hainom OKje said...

Telur masin kalau makan gitu je pun sedap apatah lagi tambah perasa bagai macam tu memang le sedap...
3A makan tak?

Mia Kassim said...

Uniklah resepi ni, lepas ni bolehlah dicuba, taklah makan telur masin rebus je kan :D

rostina76 said...

rosaliza: heheh!!!sama jugak ekk kesnya. btw kat brunei bkn jadi cikgu tapi jadi guru besar kpd 3A ni ha. heheh

myda-ahmad: kena tu

mulut payau: sorang lg kes sama ekk. heheh cuba le penyelamat ni

shamsiah: eeeekk, ada eh telur masin ayam? entoh le kak tapi klu dah functionnya utk jadi masin blh le tu kot. nanti ksham update ros mcm rupa & rasa versi telur masin ayam ni plak ekk

tun: hehe!!!tun ni buk bevor pantang larangnya. btw bagusle tu kena kurang2kan mkn yg masin ni. sekali sekala ok le

cheqsue: harap cheqsue suka ;)

okje: sorryle 3A nak mkn kalau ada sayur mayur tu. ini hidangan special daddy & mommy je.

mia: yelah mia, asyik layan yg rebus biasa boring gak. kena variety skit

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...