بِسْــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Monday, 25 November 2013

Kari Sardin

Assalamualaikum & happy Monday.
Tak boleh tahan nak share resepi hebat harini. HAHAHA!!!!!
Rasa mcm alahai ko ni, ini pun baru nak tau. Hehehe!!!!
Mommy mmg peminat tegar sardin tapi mmg tak pernah try buat Kari Sardin. Kiranya ini kali pertama la ye buat & harusnya aku tepek dalam Wind of Change supaya anak cucu cicit aku tak jakun mcm aku. Kik3x……
Sebelum ni dah lama actually mommy nampak ada blogger tepek pasal Kari Sardin ni tapi tak tau le org cakap 'tak sampai seru' nak buat. Cuma baru2 ni, bila ada kawan blogger yg baru kenal ni; REAL mentioned pasal dia buat kari sardin baru mommy rasa ehh nak try gak le. 
Mmg terbaekkk le kari sardin ni, sedap rupanya. Mommy rasa lagi sedap dari makan kari ikan biasa. Daddy pun pulun gak makan tu (dia mmg peminat tegar kari ikan).
Jom mommy tunjuk cara mommy buat kari sardin. 

Bahan2:
1 tin besar sardin (mommy goreng dulu ikan sardin ni)
1 biji bawang besar (hiris nipis)
2 ulas bawang putih (tumbuk)
1 inci halia (tumbuk)
1 tangkai daun kari
Sedikit jus asam jawa
2 sudu besar rempah kari ikan
2 biji tomato (belah 4)
Garam 
Gula

Caranya:
1. Mula2 toskan isi ikan sardin & sosnya. Goreng isi ikan sardin sebentar (supaya isinya sedikit pejal & tak mudah hancur). Ketepikan.
2. Tumis bawang putih & halia hingga garing, kemudian masukkan hirisan bawang merah & daun kari.
2. Masukkan rempah kari & masak sehingga pecah minyak.
3. Tambahkan sos sardin & sedikit air. Kemudian, masukkan pula isi ikan sardin yg digoreng tadi & juga tomato.
4.Reneh kuah & perisakan dengan garam & gula.  
5. Sedia dihidang bersama Nasi Putih @ roti.



12 comments:

sitiezahim said...

salam kak ros.. wah dari gambar dah 10 markah ni... hehehhe

Nastyna said...

kari sardin ni comfort food arwah ayah kami, paling dia suka makan ngan capati. sentimental sangat sardin ni pada kami walau saya tak makan sardin, tapi saya ada la masak2 ni untuk papa JJ hehe.

myda_ahmad said...

sblm ada blog,saya pernah msk cmne jugak,mmg sedap!

tun_telani said...

Salam kak ros.. ni menu wajib zaman tun kat uni. kari sardin, sambal sardin, lg satu masak lemak sardin.. haha.. dgr je sardin, tp mmg sedapp..

ummuaidan said...

letak serbuk kari yer ros..nie mcm style abuaidan masak..kalau sy tak letak cuma tumis bwg jer..tp suka letak tomato lah..sedap masyam.masyam..:)

Real Life in Malaysia said...

Salam Ros,

ini baru best ada gambar yummy nya ... but i must submit my acknowledgement to Kina who started the ball (can of ikan sardin) rolling :)

Kina's Place here : http://kinazone.blogspot.com/

yang buat seru datang tu sebab Kina buat simple sangat ... AlhamduLillah

:)

Shamsiah Abdul Rahman said...

Assalamualaikum Ros,
Dah kerap kali sgt K.Sham nmpk jiran2 post lauk kari sardin ni.. kena try jugak la nnt ni..

NEKCIK said...

Salam..nekcik satu rumah ni peminat tegar sardin..sardin mentah pun ok..ke mana jua sardin tetap ada

rostina76 said...

sitiezahim: harap 10/10 bukan 10/100. hahaha

nastyna: laaaaa dok makan sardin ko? rugi tu

myda: kena jugak tayang @blog tu myda utk anak2 nanti

tun: haaaaa!!!!lemak sardin? guane tu. cer tepek resepi gok

UA: ye letak serbuk kari, klu yg tumis biasa tu mmg masak sardin la namanya……hok tu mmg yak kecik doh expert. hahaha

real: sebab real tak letak gambar tu yg rasa aishhhhh, nak cuba le

shamsiah: waalaikumusalam k.sham……heheh!!!!amik aura jiran2 la kak

nekcik: travel harus bawak ni nekcik….

Hana Blossom said...

Salam. Kak.. Hari ni nak try masak sadin kari tp confuse nak ltak santan ke x. Sbb due2 pon sodap org kate.. Trme ksih kak share rsepi ni :) salam prkenalan.

rostina76 said...

salam kenal hana blossom……resepi ni xletak santan sbb kros follow style kedahan/org utara skit. heheh!!!! tapi kalau suka lemak blh je buh santan skit kot ;)

irni suhana said...

nampak sedap..nyum3 boleh try ni..thanks for the resepi :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...