بِسْــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Thursday, 24 October 2013

Roti Ulat Bulu


Assalamualaikum & good day.


Lama mommy tak bukak 'Kak Ros Bakery'………….Heheh!!!Kak Ros yg garang (itule panggilan manje 3A kat mommy cam citer upin ipin kata mrk).


Roti Ulat Bulu?????Pernah dengor nama ni? Hahaha!!!nama ciptaan sendiri. Resepi ni actually mommy buat sebab teringat permintaan Ahdia semasa makan Red Bean Bun dlm Malindo Air aritu (biasale dia, kalau makan something yg sedap & dia suka mmg semedang suruh mommy buat). Kalau dulu mommy ingat 3A ni tak suka inti red bean jadinya mmg xrasa nak cuba la takut membazir. Bila tahu dorg makan maka harusla mommy cuba buat Roti Ulat Bulu ni, afterall mommy suka inti red bean.


Btw dah lama mommy impress dgn Roti Ulat Bulu ni, dok terfikir camana laaaaa dorg buat roti bentuk camni. So, bila dah tahu skill ni harusla mommy save dlm 'Wind of Change' untuk rujukan diri sendiri & keluarga. Yang sebenarnya tak susah kalau kita belajar/ada ilmunya. So jom sama2 belajar buat Roti Ulat Bulu inti kacang merah.


Bahan2:
250ml air
600g tepung roti
60g mentega
120g gula halus
1 sudu kecil garam
2 sudu besar susu tepung
11g yis segera
1 biji telur

Caranya:
1. Masukkan semua bahan dalam urutan ke dalam Bread Maker (BM).
2. Pilih menu 'dough' (no 10 utk BM kenwood mommy).
3. Tunggu sehingga selesai & keluarkan dr BM.
4. Tumbuk2 angin & bahagikan doh kepada 15 - 20 bahagian kecil (terpulang size yg dikehendaki). Bulatkan.
5. Leperkan doh & masukkan inti. Tutup rapat & bulatkan semula doh.
6. Tekan doh perlahan2 & canai sehingga nipis.
7. Potong secara selari (tapi jgn putus) & seterusnya gulung (refer gambar).
8. Biarkan sehingga doh kembali kembang (dalam 10 - 30 minit).
9. Sapu permukaan doh dengan bancuhan telur (optional).
10. Bakar pada suhu 180'C selama 10 - 15 minit.


Ralat: 
1. Mommy buat ni giler besor sbb tindih doh (mommy buat mcm sandwich sbb tak tahu cara yg betul buatnya. Bila dah siap & masa buat yg bulat bunga2 tu baru terfikir cara di atas yg mommy mentioned). Pepepun "U learn from mistakes".
2. Terhangit!!!! hahaha. Set time & temperature sama cam biasa alih2 arini oven terlebih hot (siap aje ting2 bunyi, tgk2 dah terhangit skit). Pepepun bila makan rupanya yg terhangit lagi sedap ;)




11 comments:

penDragon said...

I pun suka inti red bean...

mawar merah said...

x buh bread improver n bread softener pn kan..saya pn dah lama x buat roti..bru2 ni buat x selembut masa dulu2 aktif meroti.

Unknown said...

akak pun suka redbean teringin nak makan ulat bulu ni Ros ada lagi???

Nastyna said...

oh gitu kekdah dia. saya pun suka roti inti kacang merah ni, dulu2 favourite ni kat kelantan, every week wajib beli.

suka suka said...

Terkejut mula2 baca tajuk roti ulat bulu... setuju ... belang2 mcm ulat bulu... red bean bun memang favourite akak...

AtieYusof said...

Cantik plak roti ulat bulu ni kak..mesti sedap kan??...nak cuba juga lah..:)

Unknown said...

Sedapnye..tak pernah buat..asyik beli je..teringin lak nk cuba buat sendiri...mintak izin nk copy resepi dulu yer...(buatnya tak tahu tahun bila..huhu)

rostina76 said...

penDragon: sama le kita

mawarmerah:ros mmg xbuh bread pmrover @softener (susah nak jmp kat sini)….

knoor: akak nak ke? rabu ni ros g htr ;)

nastyna: bila dah tau kekdahnya cam senang je kan

suka2: heheh!!!!saja je kasi gempak sikit nama

atie: sedap mmg confirm atie, cubala

hayatiehashim: silakan copy & buat. niat pun dah dpt tu walau blm tahu bila nak start :P

OKje said...

Bilalah nak dapat beli Roti maker hehe

Unknown said...

Salam kros... Sy jumpa gambar roti ni kat google.. Nampak mnarik n yg bestnya dtg dr rezwati.blogspot.. Terus cari n cari sbb nak wat roti ni.. Tq.. Anyway.. Mmg sesuai nama blog ni wind of change.. You are change a lot.. Teror mmsak rupanya..

Unknown said...

Salam kros... Sy jumpa gambar roti ni kat google.. Nampak mnarik n yg bestnya dtg dr rezwati.blogspot.. Terus cari n cari sbb nak wat roti ni.. Tq.. Anyway.. Mmg sesuai nama blog ni wind of change.. You are change a lot.. Teror mmsak rupanya..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...