بِسْــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Thursday, 31 October 2013

Kerabu Terung Bakar

Assalamualaikum & good day.
Semalam, kawan consider rapat juga la dulu masa @Malaysia htr whatssap kat mommy. Bertanya khabar & mengharapkan mommy balik ke Malaysia next year for good (sbb mmg sepatutnya next year mommy dah start mengajar semula). Tetapi memandangkan InshaALLAH daddy akan sambung lagi contract kerja di Brunei ni maka kami pun tak pasti bila rezeki kami di sini akan tamat & pulang semula ke tanahair. Memang perasaan rindu suasana & kawan2 di Malaysia masih menebal tapi jauh di sudut hati perasaan sayang juga kat Brunei untuk ditinggalkan. Banyak perkara & perubahan diri yg mommy dapat improve especially hubungan kekeluarga sesama 4A+R juga yang paling penting mommy rasa lebih mendekati ALLAH dalam byk perkara. 


Petang semalam mommy banyak le menggelamun teringatkan kawan2 lama yg dah kebanyakannya menyepikan diri. Dalam dok teringat dorg tu tiba2 teringat le kat sorang kawan ni & satu resepi dia yg mommy tak sempat nak cuba. Pernah tanya resepi secara teori je & lepas tu tak pernah nak cuba buat. 


So, semalam mommy pun try le buat sepertimana yg dia ajar dulu (actually dah lupa yg dia ajar tapi sebab resepi ni basicnya sama aje cuma tukar bahan utama saja). Alhamdulilah!!!!!!mmg tak rugi sangat mommy buat semalam sebab DEFINITELY segala jenis kerabu (pantai timur style) will always be my favourite in list. For those yg nak cuba juga boleh la try. Memang sedap x dinafikan lagi dah.


Bahan2:
4 - 5 batang terung
2 ekor ikan (dibakar tawar & ambil isinya)
2 biji cili merah/cili padi (hiris nipis)
1 cawan kelapa parut (sagai garing & tumbuk sikit)
1 biji bawang merah (besar) 
1 sudu kecil lada hitam 
1 cawan santan cair
Jus limau secukupnya
Garam/sos ikan
Gula



Caranya:
1. Kelar terung memanjang. Panggang atau bakar terung sehingga lembut, lebih kurang 10 minit. 
2. Apabila sejuk, kupas kulitnya dan potong 5cm panjang/hiris nipis. Ketepikan.
3. Tumbuk lada hitam, bawang merah & isi ikan sehingga lumat. 
4. Dalam mangkuk besar masukkan terung & di gaul dengan bahan2 tumbuk. Masukkan sekali kelapa parut.
5. Curahkan santan & gaul sebati.
6. Perisakan dengan garam & gula. Akhir sekali tambah jus limau secukup rasa & hirisan cili potong.
7. Enak dimakan dengan nasi panas @ ratah pun sedap.


14 comments:

Mamasya said...

Aslmkum Ros

Ros sambung lagi di Brunei...kira rezki juga tu dpt lama tinggal di tempat org..tambah pengalaman.
akk dah nak balik hujung bln Nov ni for good.
kerabu terung bakar.....belum pernah cuba....boleh masuk senaria dulu.

Ogy Nordin said...

Sedapnya terung bakar... boleh cuba ni... TQ! for the recipe.

Nastyna said...

NAmpak tajk resepi terung trus saya berkejar sini hihi tapi melibatkan ikan ni macam payah sikit la nak dapat yg fresh.
Itu la kita duk merantau ni hati sentiasa kat tanahaiar kan and tu la...banyak perubahan dan pengalaman.

Amie said...

Makin mengancam resepi di dapur Ros tau... ada kerabu terung bakar pulak, rasa macam nak try buat. Ni datang dari Lahad datu bawa sepiring popia isi ketam berkeju... terima kasih resepinya ye Ros! Sedaaaaaapppp.

tun_telani said...

Salam kak ros. terbaik resepi kerabu yg letak isi ikan camnih.. mmg ganu byk la resepi2 camnih.. tp tun suka makan je, nk buat tu mikir byk kali sbb mmg x tahan hanyir ikan kalau nk perisikan tu. huhu

tun_telani said...

Salam kak ros. terbaik resepi kerabu yg letak isi ikan camnih.. mmg ganu byk la resepi2 camnih.. tp tun suka makan je, nk buat tu mikir byk kali sbb mmg x tahan hanyir ikan kalau nk perisikan tu. huhu

suka suka said...

Ni arwah nenek pernah buat.. dan nama masakan ni ikut kata dia ialah" lawa"...

Cutella said...

Looks soo yummy!

izan mama mia said...

sedap nampak walau belom pernah try mkan....boleh laa cuba nnt

azieazah said...

Salam Rostina...

Wahhh resipi terung yang menarik. Sayang sekali, Kak Azie bukan lah peminat terung.

aTieYusof Family said...

Seronok jg sbnrnya merantau..tapi Tanah Air tetap di hati kan kak..
suka makan terung bakar ni..sllu makan cecah air asam+cili..nyum! sedappnya...:):)

rostina76 said...

mamasya: waalaikumusalam kak. oh akak dah blk ekk this year, blh la dog brunei lg kak ;)

ogy: welcome ;)

nastyna: klu ada tuna flakes in oil tu kan blh jugak tau ganti ikan tawar ni. cuba la, santan tu tukar guna fresh milk @ cream. jadi la terung bakar salad ala Germany. haha

Amie: resepi org kampung biasa2 je k.AMie…tq juga sudi bawak popiah tu, meleleh gak ros tgk terliur

tun: salam tun….laaaaa guane org ganu takut ngan hanyir ikan ni. btw klu bakar dok hanyir ngat compare tu rebus. doh kuah laksa tun makang dok?

suka2: oooo lawar ekk. ye kot. rasa pun mcm pernah dengar perkataan ni. lawar terung?

cutella: yeah!!!yummy

izan: silakan izan cuba

aiezah: salam k.azie, klu xsuka terung blh try yg sewaktu dgnnya. nangka muda pun blh ;)

atie: itule atie, walau seronok @tempat org tapi hati tu dekat je dgn tanahair. btw kros cicah budu terung bakar saja

hainom OKje said...

Macam sedap je tu Ros...3A makan ke? Kadang tu malas nak try benda gini sebab tukang buat je yg berselera makan hehe

Muhd Aiman said...

mmg sedap terong bako + isi ikan ni....sy dah buat pon ...mmg tebaek

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...