بِسْــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Sunday, 27 October 2013

Horse Riding @BEQ Equestrian Jerudong

Assalamualaikum & good day.
Apa citer weekend u all? Kami mmg had a wonderful weekend!!!!
Memandangkan Jumaat & Sabtu mg ni kami mcm org sesat (ke hulu ke hilir berulang dari Brunei ke Miri gara2 nak renew passport Arfa), penat jgn cakap le tapi sebab kelemahan sendiri maka tak boleh le nak salahkan org lain. Yang sebenarnya mommy tertinggal surat beranak Arfa, so bila dah perasan masa tu kami dah @Miri. Terpaksa le patah balik ke Brunei & g semula ke Miri. Yang trajisnya tak sempat siap le plak passport Arfa Jumaat tu maka Sabtu kemarin kena pecut g Miri lagi utk collect passportnya (mommy mmg supirwoman betul). Balik dari Miri plak kena singgah klinik untuk acara cucuk lengan beramai2. Kami cucuk Anti Meninggococcal Vaccine. Heheh yg ni trajis gak sbb ada 2 anak dara tu buat drama dalam klinik. Si Ahdia mula tu bkn main confident & berani je nak cucuk 1st……bila zap kena sedas berjurai air mata & bila kena sedas lagi mula aduhhhh sakit sambil pegang kiri kanan lengan. 2nd turn Arfa relax je (dah besar malu le nak nangis lg) & yang paling mencabar of course Anis (mmg dah tau dah dia ni mmg confirm menggelupur). Pujuk punya pujuk dpt le jugak kami 4 beranak cucuk, daddy kena bt hari lain sbb dia busy memanjang. Hopefully blh settle segalanya.
So, harini baru le betul2 terasa nikmat hari minggu sebab pagi tadi k.Maria bawak 3A g horse riding (seronok bukan main dorg) & mommy reward myself dgn rawatan seluruh badan (punya la lama tak belai badan cam gini since pindah Brunei). Sepanjang dorg ikut family k.Maria pergi beriadah, mommy plak diurut oleh ummi @rumah. Alhamdulilah!!!!!segar betul rasa badan bila kena urut seluruh badan especially part peranakan tapi parts yg urat tersimpul tu jgn cakap le sakitnya.
Btw jom la sama2 tgk dorg g horse riding. Mommy pun teringin plak nak cuba next time since selalu dok tgk sorang member Msian kami @sini siap beli kuda seekor as their pet, phewww!!!syok kan. Tapi berangan jelah kot klau siap nak beli sendiri, mahal tu sama rege dengan kereta. Hehe!!!

7 comments:

ummuaidan said...

ciannyer kena cucuk beramai2..heheh..sama2 sakit takper..hehe
Best tuh dapat berurut seluruh badan...UA pun teringin nie lps2 branak ..heheh..

aTieYusof Family said...

seronok tgk budak2 ni naik Kuda..
klu lah ada kt sini nak jgk bawa bujang sy tu naik..
seronok rilek kan badan..:)

mala said...

mmg tragis la tertinggai SB di BSB bole hpulak patah balik ambik ke Miri semula ... tabik spring! heheheh

BEQ Equestrian Jerudong ni lalukan kalau nak pi JPMC? kerap lalu thn 2005 ... bersalin kat situ.

yan's cottage said...

seronok budak2 tu jalan2 naik kuda....

Nastyna said...

wow inject tu mmg wajib semua kena yer.. huhu

Boleh la kak ros book sekor boleh tunggang kuda pi kedai pasni ;)

rostina76 said...

UA: itu yg xleh mengelat….semua terpaksa cucuk

atie: itu yg terliur mak budak pun nak try riding gak. hehe

mala: mmg Mala ooooo. ros sendiri pun rasa nak tabik spring kat diri sendiri, pastu ketuk kepala dengan spring tu skali. huhu!!!mmg selalu kena bebel dgn hubby sbb terlupa

yan's cottage: budak2 mmg seronok try something new tapi anis nangis gak takut.

nastyna: wajib kena la sbb kami nak bt visa ;)
btw klu la dpt sekor mmg pherghh!!! rajin je g kedai tu.heheh

hainom OKje said...

Amboi Ros sempat lagi yeh memanjakan diri...hehe...Tak lepaskan peluang langsung!
Nak gi mana ni Ros siap bervaksin bagai?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...