بِسْــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Friday, 27 July 2012

Kuih denderam/Penderam

Assalamualaikum.
Antara kuih muih yang favorite especially masa bulan puasa kami @Malaysia ialah penderam/cok peneram/denderam/telinga k*^@#g. Yang kami suka penderam yang style ranggup, biasanya org jual sizenya kecik2 aje. Bila sejuk pun biasanya still ranggup. Yang besar & lembut tu both mommy & daddy kurang suka.
Tak pernah terfikir pun nak buat sendiri penderam ni sampai le 
masa BW cari resepi mommy terjumpa blog kak JamilahPuchong ni. Dia skrg menetap di Dubai. She cooks for the family (itu yg mommy admired). Salah satu N3 dia adalah resepi ' Cok Peneram ' ni. Bila mommy study bahan2 & steps, weh senang je ni. Bila mommy try sendiri alhamdulilah mmg memenuhi taste kami; ranggup, kurang manis & comey.
Mommy c&p dari blog kak Jamilah cuma bahan2nya mommy guna separuh seperti di bawah. Banyak dapatnya guna 1 peket tepung beras ni pun.

Bahan2:
500g tepung beras (1 peket blended rice flour)
500g gula merah
1 1/4 cawan air
1 helai daun pandan (sekiranya ada)

Cara membuat :
1. Masak gula merah bersama air sehingga mendidih dan tapis. 
2. Tuangkan sedikit demi sedikit air gula yang masih panas ke dalam tepung beras yang sudah tersedia di dalam bekas. 
3. Kacau dengan senduk sehingga rata. Sekiranya adunan tersebut kelihatan lembik boleh tambah tepung beras sedikit, jangan banyak sangat. Tetapi selalunya saya tidak tuang semua air gula ke dalam tepung. Bergantung kepada keadaan adunan. 
4. Simpan semalaman sebelum digoreng. Lagi lama disimpan lagi sedap hasilnya kerana tepung beras sudah sebati dengan air gula. Tak perlu disimpan dalam peti sejuk. Saya pernah biarkan sampai 3 hari.....wow!!! Hasilnya lagi sedap.
5. Sebelum kita mula menggoreng, adunan tadi haruslah diuli dahulu bersama sedikit air (untuk melembutkannya). 
6. Kemudian diambil sedikit-sedikit lalu dibulatkan seperti guli. Tekan dengan jari untuk mendapatkan bentuk yang bulat dan leper. 
7. Bentukkan mengikut kreativiti masing2 (mommy bulatkan dengan guna chopstick). 
8. Sebaik saja dibentuk terus goreng dalam minyak panas sehingga garing (guna api sederhana panas & goreng jangan terlalu lama). 
9. Angkat & toskan minyaknya. 



14 comments:

tun_telani said...

wahhh!! suke! suke!! tun xpernah jadi buat nih.. nnti nk cuba resepi ni pulak :)

mama sara nur @ Cik Nor said...

salam Ramadhan
memang feberet, benderam ni selalu suh kak long buat tiapkali dia nk blk kampung
sedap tp resepinya letak santan

Unknown said...

salam Ros...
akak pun belum pernah buat kuih ni tau wah terer lah Ros dah buat hee mesti sedap kalau baru2 goreng mmmmm...

lady lavender said...

Kita pun suka kuih ni. Tak terpikir nak buat sendiri (rasa mcm susah aje nak buat). Tapi bila go thru resepi yg ros kongsi ni mcm tak la susah sgt. Nak kena tru gak la lepas ni :)

rostina76 said...

hehe, resepi ni guna bahan2 yg minima (xde guna air kapur pun mcm resepi2 lain). try le tun, mesti jadi insyaallah

rostina76 said...

ooo yeke ada santan plak. mesti lagi lemak manis tu. hehe, ros cuba sbb resepi ni simple. biasale resepi ni byk olahan ikut style masing2 kan kak?

rostina76 said...

salam k.noor
hahaha!!!nak gelak loo knoor puji melambung ni. cheq ni mak bdk baru nak belajar le knoor. dah kuih ni feberet superhero cheq yg mai tang kedoh nun itu yg cheq try. xsangka menjadi & superhero cheq makan xberenti.....knoor kena try gak ni biaq hj makan xingat kuih penyaram depa dah (ros pernah mkn penyaram brunei sedap gak kan).

rostina76 said...

Insyaallah jadi tu....harini tu blh le peram dulu tepung + air gula melaka. ni kalau LL buat pastu letak dlm balang CUN MELECUN u tu uish double sedap rasanye. kik3x....

Sonia ~ Nasi Lemak Lover said...

makan sama dengan teh tarik atau kopi, tentu sedap sekali! Selamat berpuasa..

ijayuji said...

Salam ramadhan buat akak sekeluarga di sana, moga diberi kesihatan yg baik menjalani ibadah puasa kali ni n utk hari2 seterusnya jugak insyaAllah!.. eeeeeee..kita suke kuih niii! kuih ni kita pernah buat dulu, byk kali buat tak menjadik, pastu last sekali baru jadik, akak guna tepung beras cap apa ya? kata nya tepung beras yg kita gunakan mempengaruhi jugak kejadian kuih ni kan? terasa mcm rajin pulak nak mencuba resepi dr akak :D kita salin dulu, bestnyer klu dpt yg kecik2 tuu, sekali ngap masuk mulut sedapppppp!

rostina76 said...

Ohh!!!heaven. some people like to dip with hot tea/coffee,hehe.
Thanks for the wish sonia ;)

rostina76 said...

Amin3x.....
Kros guna tepung beras cap kuda (brand Brunei ni tapi import dr Thai jugak tu). Btw, masa 1st letak tu dia pecah2 jugak, lps letak ketul ke-3 baru alhamdulilah jadi elok. Rasanya api tu kena control gak kot. Harap2 pasni Ija buat jadi.

Kak Nik Ja said...

salam kenal ye ros..mokwo selalu beli dari pasar malam ajerr...tapi lately rase dia semakain kureng..nanti nak try resepi nih lak..boleh buat kuih raya nih!

rostina76 said...

salam kenal mokwo. tq singgah sini. hehe, confirm xlaku biskut raya kalau ada cok peneram ni. nak g beraya umah mokwo la

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...