بِسْــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Monday 9 July 2012

CHOCOLATE ROLL CAKE WITH CREAM CHEESE FILLING

Alahai, tak perasan comotnya cutting. Biorle!!!
 Ini pulak hasil eksperimen dengan 3A last Friday. Dukacita dimaklumkan ini hasil selepas percubaan ke-2. Hahaha!!!masa 1st trial tu 3A dok sibuk nak tolong tu, nak tolong ni. Nak buat tu, nak buat ni. Just imagine le nak tuang tepung dalam bekas pun berebut. Last2 semua step kena divided 3 org buat. Haru betul, itu yang mommy jadi pening & blur. Mana nak tgk resepi, mana nak buat eksperimen. Hasil yang pertama tu mmg BANTAT!!!! kenapa? Entohle, mungkin terlebih kacau (dah 3 org nak kacau). Tapi mommy pasti kesilapan yang utama disebabkan kesilapan menyapu mentega didasar baking dish tu kot. Dalam resepi mmg xcakap pun kena letak mentega cuma memadai alas dengan baking sheet. Mungkin masa mommy dok pening2 tu, alih2 g suruh k.Anis buat keje menyapu mentega alas baking dish (itu tugas dia yang selalu buat). Hahaha!!!memang haru le. Last2 jadi santapan Cik Tong Purple. Mula2 tu dah frust, semua kena halau keluar dari kitchen. After tempoh bertenang mommy dah ok, mommy cakap biar mommy sorang2 je @kitchen. Jangan sapa2 kacau (i put a blame on them sebab tak jadi, last2 bila mommy declare kesilapan dari letak alas mentega tu dorg pakat ramai2 cakap "Haa, bukan salah kitaorang, mommy yang suruh letak".....huhu!!!pandai menjawab).
Teksturnya lembut gebu sangat & creamnya pun sedap.
Apapun, kita semua belajar dari kesilapan. Maka after postmortem, mommy cuba 2nd trial alhamdulilah jadi dengan jayanya (walau fizikalnya bila ambil gambar zoom nampak mcm berongga2 tapi xkisah sangat sebab rasa mmg sebijik yang dok jual @Bakery. Eceh!!! berlagak le plak).
Mommy gulung tu 2 patterns. Satu yang kat depan tu dasar/bawah kek jadi permukaan atas bila gulung & yang belakang tu permukaan atas kek kekal jadi lapisan atas (yang ni rasanya betul2 macam org jual @Bakery).





Bahan-bahan untuk kek ( 30x30 cm )
  • 4 biji telur
  • 35g tepung gandum
  • 15g serbuk koko
  • 50g gula halus
Cara Membuatnya:
  1. Alaskan oven plate dengan baking paper. Asingkan kuning dan putih telur. Ayakkan tepung gandum dan serbuk koko. Panaskan oven sehingga 180C.
  2. Pukul telur putih sehingga berbuih. Kemudian masukkan gula sikit-sikit sebanyak 3 kali sambil dipukul. Pukul sehingga kembang, bila terbalikkan bowl, telur tidak jatuh/tumpah.
  3. Masukkan kuning telur satu persatu. Pukul dengan perlahan-lahan.
  4. Masukkan tepung yg telah diayak tadi. Kacau dengan spatula. Tuang adunan ke dlm dulang oven dan ratakan.
  5. Bakar selama 10 minit dengan suhu 180C. Kemudian sejukkan.


Bahan-bahan untuk Cream Cheese
  • 125g cream cheese
  • 150g fresh cream/ whipping cream
  • 30g gula halus
  • 1 tsp lemon jus (mommy xletak sebab feedback Ena & Lady Lavender menceritakan kemasamannya)
Cara-cara
  1. Pukul cream cheese dan gula sehingga jadi lembut. Kemudian masukkan fresh cream dan lemon jus. Pukul lagi sehingga jadi bentuk krim.
  2. Sapukkan krim ke atas kek tadi. Kemudian gulung. Simpan dalam peti sejuk sekurang-kurangnya 1-2 jam sebelum dipotong. 

Resepi ni mommy Copy & Paste dari Ena @LovelyKitchen. Tq Ena for the best recipe.

10 comments:

Asmara said...

saya pun guna resepi kak ena ni. mudah kan!

FnF Simple Life said...

salam kenal...alamak...syedapnye roll cake...lagi plak filling cream cheese

Lady Rina said...

nampak sedap je..nk try la nanti..:)

rostina76 said...

yelah As. mudah tapi kros kena bt 2nd time baru jadi. kik3x...amatur gitule

rostina76 said...

salam kenal FnF.....tq sudi jadi kawan kita.

rostina76 said...

Confirm sedap sebab resepi sifu. hehe, mesti try tu

Mamasya said...

Salam Ros.rajin anak2 dara Ros nolong di dapur...berebut kacau tu...mcm Syakirahpun gitu. sroll tu nampak lembut.....sedap letak cheese filing...
re; kek Dora tu akk cuba juga buat....nasib baik elok jadinya. anak Ros dah request ke kek bday apa...

~fsyakirah~ said...

wahhh...mak sedara saya nie dah jadi chef lah..=>

rostina76 said...

salam mamasya....arfa ckp nak kek kereta...abisle mommy ni

rostina76 said...

bukan setakat mak sedara awak je, sepupu sepapat awak pun semua dah jadi chef.heheh!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...