بِسْــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Tuesday 8 May 2012

TAUHU SUMBAT BERGORENG

I have no idea kalau resepi ni org buat cara lain but this recipe i consider as 'hentam aje' based on the 4A's requirements . Hehe!!!masa @Malaysia mommy xpernah jumpa tauhu sumbat with deep fry version mcm ni tapi kat sini ada kedai runcit mamak yg menjual kuih muih made by local every morning. One of them ni hah 'Tauhu Sumbat Bergoreng'....Sedap plak bila makan, itu yg try buat sendiri. Alhamdulilah mmg sedap (walau rasa tak exactly sama mcm yg dorg jual)..... Kalau tanya Arfa yg ni lagi sedap sbb mommy just simplify the ingredients utk inti tu supaya mmg ikut kesukaan dia. Bagus2x!!!
Bahan2:
  • 5 keping tauhu 
  • 250g daging cincang
  • 1 labu bawang besar (potong dadu)
  • 1 biji bawang putih (kisar)
  • 2 biji cili merah (cincang dadu)
  • 1 sudu teh serbuk lada sulah
  • 1 sudu teh lada hitam (kisar)
  • Garam 
  • Gula
  • Sayur-sayuran (carrot diparut, kubis, daun ketumbar, daun bawang @ sayur campur)
  • 2 biji telur
  • Minyak 
Caranya:
  1. Mula2 sekali goreng tauhu separuh masak (sekadar kulitnya bertukar warna). Toskan minyak.
  2. Potong kepada 2 bahagian tauhu tadi menjadi bentuk segitiga.
  3. Dengan menggunakan sudu, korek keluar isi tauhu yg masih lembut di bahagian dalamnya. 
  4. Cincang isi tauhu sehingga selesai kesemuanya. Ketepikan.
  5. Panaskan minyak di dalam kuali dan tumis bawang putih berserta bawang besar sehingga layu. Masukkan daging & isi tauhu tadi. Masak sehingga kering.
  6. Tambahkan perasa, serbuk lada sulah, serbuk lada hitam, garam & gula. Kacau sebati.
  7. Akhir sekali masukkan sayur-sayuran pilihan & masak sehingga layu.
  8. Apabila inti telah siap, sumbatkan semula ke dalam kulit tauhu. Ulang sehingga selesai.
  9. Celupkan tauhu ke dalam bancuhan telur (letak sedikit garam di dalamnya) & terus goreng dalam minyak panas sehingga garing. Ulang sehingga selesai. Toskan minyak.
  10. Sedia dihidangkan.



6 comments:

tun_telani said...

sedap!! tun suka mkn tauhu. biasa tun tgk tauhu goreng yg org letak dlm mee kari tu org wat camni.

Unknown said...

sedapnya..lama tak buat sebab tauhu sini tak sama mcm yg kat Malaysia.

rostina76 said...

Yg dalam mee kari bukan dorg goreng biasa je ke Tun? hehe, inti tu buat versi ayam ke, udang ke @ veggie je pun sedap.

rostina76 said...

Nieza kena cari resepi buat tauhu la plak tu

Watierman said...

Assalam Dik Ros...wah ni something new kat malaysia tak pernah jumpa lagi ni..nanti kalau ada stok tahu Akak nak try jugaklah..pasti sedap ni..sebab Akak memang suka makan tahu ...Tq sudi singgah dapur sempit Akak...and salam kenalan Akak hulurkan..moga kita terus bersaudara menerusi alam maya ni!Insyaallah!

rostina76 said...

salam kak watierman. tqvm sudi singgah brunei & jenguk Ros. Amat berbesar hati dpt kunjungan akak. insyaallah semoga kunjung mengunjung pengerat ukhwah secara maya bakal berterusan.amin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...