بِسْــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Tuesday, 15 May 2012

Som Tam





SAWADEE KA!!!!!
Ptg2 hari mommy mengidam makan somtam. Heehe! elok jugak utk diet drp makan kuih muih tradisional yg mmg kaya raya dgn khazanah lemak tepunya. Memandangkan mmg dah siap sedia betik muda & bahan2 lain, apalagi menumbuk di petang hari mommy semalam. Actually ini kali kedua mommy beli betik muda dalam bulan ni (1st time beli awal Mei, peram punya peram last2 jadi hakmilik tong sampah sebab dah buruk). 2nd time ni mommy beli last week sbb mmg dah terpikir nak buat som tam (favourite mommy gak ni). Sebelum buruk lagi baik segerakan niat yg baik.
Som Tam ni sebenarnya makanan Thai yg terkenal, in fact salad yg paling terkenal di Thailand sendiri. Digemari bukan sahaja oleh org Thai malahan mat salleh pun dah pandai makan som tam. Biasanya som tam ni bahan utamanya mestilah betik muda tetapi ada juga yang menggunakan mangga muda. Yang specialnya som tam ni sebab semua bahan2nya ditumbuk di dalam lesung kayu yang khas (cantik tau lesung kayu tu). Mommy ingat pasni nak beli la lesung ni kalau terjumpa @Rantau Panjang, Kelantan. Hehe, buat hiasan.
Untuk acara tumbuk menumbuk harini, mommy bantai je guna lesung batu mommy yg cun ni. Momentum hayunan batu lesung tu diingatkan perlu dikurangkan kerana resepi asal guna kayu je weh, ni dah guna batu hancur lebur pulak semua bahan2nya. Sebagai langkah berjaga-jaga, alaskan batu lesung anda dgn kain supaya tak pecah tiles di dapur anda (hehe, ingatan utk diri sendiri). Mommy selalunya tumbuk atas alas kaki yg mcm karpet tu cuma harini sbb nak snap photo letak je bawah towel (alas tu cam comot je).
Okey, resepi ni untuk memudahkan mommy di kemudian hari juga untuk dikongsi bersama sapa2 yg mmg tgh diet tegar. Takyah makan nasi pun xpe, mmg kenyang. Sakit perut? xpun, janji semua bahan2 dibasuh bersih.

Bahan2:
  • 1/2 biji betik muda (sagat & rendam dalam air kapur sebelum dibilas bersih)
  • 1 biji tomato
  • 1 tangkai kangkung (boleh guna kacang panjang kalau suka)
  • 3 biji cili api (terpulang taste masing2)
  • 2 sudu besar udang kering
  • 1 biji bawang putih
  • 1 sudu besar kacang tanah (digoreng tanpa minyak)
  • 2 sudu besar sos ikan
  • 2 sudu besar gula kabung/palm sugar (mommy guna gula biasa)
  • 2 biji limau nipis (ambil jusnya)
Caranya:
  1. Mula2 tumbuk bawang putih & cili sehingga pecah.
  2. Kemudian masukkan udang kering & kacang tanah. Tumbuk lagi sehingga separuh hancur.
  3. Seterusnya masukkan betik muda, tomato & kangkung. Tumbuk sekali lagi sehingga sayur2 tu mengeluarkan air & lembut.
  4. Akhir sekali tambah sos ikan, gula & jus limau. Gaul sebati.
  5. Sedia dimakan begitu sahaja sebagai salad yg cukup sihat.

8 comments:

Putri said...

Saya suka jugak som tam tapi yang isinya mangga muda
Tengok gambar som tam kat blog kak ros,terus mengidam :-D

Unknown said...

Akak belum pernah buat som tam ni, rasa nak makan ditempatnya di buat...huhu...berangan nak ke Thailand. Entah bila...
Ada resipi ni nanti akak cuba, itu pun kalau jumpa betik, sini mahal buah2an tempatan. Import dah tentu ler...
Akak letak link adik kt blog tau, join geng masak.

rostina76 said...

Alahai mak buyung mengidam som tam dah. hehe, nak post kot kena paw dek abg posmen, pasni put3 bt la ye sendiri. Guna mangga lagi masam2 manis ;)

rostina76 said...

Hehe k.zana, kalau mek siam bt sure lagi meleleh makannya. Rasanya kalau xde betik, akak boleh je ganti dgn carrot/mangga muda/epal hijau etc....
btw tqvm kak sudi ajak ros join geng masak (hehe, saya baru je nak belajar memasak ni kak. masih experimenting)

Asmara said...

selalu dengar, tpi tak pernah makan kot. hikhik.. mcm kerabu jugak eh kak. nnti balik harus cari menu ni. :D

rostina76 said...

Ala2 kerabu gak le As. Bila blk Msia ni?

Nida said...

Nida suka masuk ke blog ni.. sebab entrinya nampak sedap dan menyelerakan..hehe

rostina76 said...

tqvm nida....ros amat berbesar hati nida sudi singgah dr jauh. btw N3 biasa2 je utk tatapan di kemudian hari.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...