بِسْــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Monday 7 May 2012

Panna Cotta

Dah le cantik, sedap plak tu. Memang puashati.





Lama betul mommy peram resepi Panna Cotta ni. Heheh, dessert terkenal dr Italy (tak dpt g Italy, makan dessert Italy @Brunei pun jadilah). Sebenarnya, resepi ni terhasil berpunca dari kesilapan mommy terbeli cream Nestle (lama dah beli ni, tapi simpan sbb xde bahan nak buat). Mommy nak beli creamer/susu cair tapi tak perasan yg mommy capai rupanya cream. Bila sampai @rumah tgk2 eh silap beli. Nasib kat wrapping tin tu dia ada bagi resepi menggunakan cream tersebut. Bila study resepi tu mmg senang tapi mommy had no idea mcm rupa & taste Panna Cotta ni. Mmg tak pernah makan pun, tanya daddy pun (yg konon2 kerap ke Italy) pun lagi blur.....
So, time goes by sampai le mommy shopping groceries @Hua Ho, Tutong last 2 weeks. Benda yg mommy xde dlm simpanan & yg membantutkan mommy buat Panna Cotta ni iaitu gelatin. Mmg xbiasa beli & takut nak beli sbb takut tak halal. Cuma sebelum ni mommy pernah dpt tips mcm nak make sure gelatin tu benar2 halal & cara membezakan rupanya dalam FB@Jom Masak. Alhamdulilah gelatin yg mommy beli tu mmg dr sumber haiwan sembelihan yg halal. So, eksperimen utk membuat Panna Cotta pun 'ON'. As a result, mmg sukee sgt with the taste. Sedap sgt!!!!Kalau ikutkan mommy xsuka sgt dessert2 yg manis & muak but this Panna Cotta make me fall in love at a 1st sight dgnnya. Chewah!!!!
Panna Cotta yg mommy buat ni combination dr 2 resepi berbeza. WORTH IT!!!!

Ini plak Panna Cotta Kiwi. I like it so much!
Sumber: Resepi by Nestle (Mommy translate to BM)
Olahan: Mommy@Wind of Change


Bahan2:
1) Panna Cotta
  • 1 sudu teh powdered gelatin
  • 1/2 cawan fresh milk
  • 2 cawan Nestle Cream
  • 1/2 cawan gula (mommy kurangkan dr resepi asal 2/3)
  • 1 sudu teh vanilla extract
2) Puri buah/gelee:
  • 150g buah strawberries/kiwi (boleh guna buah2 lain juga)
  • 10g gula
  • 1 sudu teh powdered gelatin
  • Sedikit air


Caranya:


  1. Dalam mangkuk kecil, larutkan gelatin di dalam susu segar & biarkan selama 5 minit.
  2. Dalam periuk, campurkan Nestle Cream, gula & vanilla extract. Panaskan sehingga gula larut (jangan sampai mendidih).
  3. Tutup api & masukkan campuran susu bersama gelatin tadi. Kacau sebati & biarkan sejuk.
  4. Pada masa menunggu Panna Cotta kita sejuk, sediakan puri buah-buahan. Larutkan gelatin dengan sedikit air (anggaran 1-2 sudu besar air).
  5. Kisar 100g buah strawberries/kiwi sehingga hancur. Biarkan seketika.
  6. Dalam mangkuk tahan panas, masukkan lebihan 50g buah bersama 10g gula & panaskan di dalam microwave selama 5 minit @ sehingga buah & gula cair.
  7. Apabila buah telah cair, campurkan juga buah yg dikisar & larutan gelatin. Kacau sehingga sebati.
  8. Masukkan puri buah-buahan ke dalam bekas2 kecil/mangkuk hidangan & sejukkan sekurang2nya 30 minit/sedikit keras sebelum dituangkan lapisan Panna Cotta di atasnya.
  9. Sejukkan Panna Cotta selama 8 jam/semalaman sebelum dihidangkan sejuk.
  10. Enak dinikmati bersama2 hirisan buah-buahan2 sebagai tambahan di atasnya. Selamat mencuba!
# P/S
  • Kalau u all suka puri buah berada di lapisan atas juga boleh. Kalau rajin nak selang seli pun boleh tapi makan masa nak layer sbb kena tg dia keras.

Yang paling best sbb puri (gelee) kiwi & strawberry tu mommy buat sendiri. FRESH!!

8 comments:

Unknown said...

rajin nye Ros dan pandai pulak tu akak tak reti lah buat benda ni hehee

tun_telani said...

salam ros.. agak2 tun sorang je yg xleh telan ni kan. hihi.. tgk orang2 lain buat, terliur betul. mcm2 versi. tp tun ni tekak kg betul kot. xleh nak habiskan pulak masa buat tu.

ummiaisyah said...

salam ukhwah tina...sy tak penah makan ni..tp tgk resepi dan rupa nya yg cun..dah sah-sah sedap!

rostina76 said...

Dah tersilap beli kena rajin le cuba knoor. btw mmg xrugi tersilap beli sbb ros anak beranak suka resepi ni. Pasni mmg nak rotate buat lg.hehe!!

rostina76 said...

Benda alah ni, xleh makan byk2 tun. kena enjoy & love it spoon by spoon. ros pun sebenarnya xsuka sgt benda2 mcm ni sblm ni tapi panna cotta ni mcm xleh stop scoopnya. nasib baik buat dlm gelas, kalu dlm punch bowl mau mengah xleh bangun.....haha!!!

rostina76 said...

salam ukhwah ummiaisyah....tanya ros mmg sedapppppp!!!

Unknown said...

Assalam kak, saya pun dah pernah buat panacotta versi strawberry dan kiwi..memang sedap bila mkn bila disejukkan:)

rostina76 said...

Nieza pasni kena try versi buah2 tempatan like mango & durian. sure lg sodap!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...