بِسْــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Monday 28 May 2012

Jelly Cocktail

Kebiasaannya hari Ahad mmg selalu plan tak menjadi kalau nak bt eksperimen @dapur. Heheh!!!seminggu punya plan nak bereksperimen, tiba2 hari Ahad muncul dgn pelbagai aktiviti adhoc. Sama le jugak dgn Ahad lps, mommy plan nak bt jamuan hari raya kecil (heheh!!!meraikan settle ganti puasa) tup2 plan semua tak jadi. Kesnya atas pujukan Arfa yg nak sangat pergi & join acara Hari Keluarga Kebangsaan peringkat Mukim Telisai (area kami tinggal ni le). Mommy mmg dah tau pasal acara ni tapi mmg dah set tak nak pergi, alih2 sebab kesian tgk muka Arfa yg syahdu tu maka mommy pun setuju le pergi dgn syarat daddy g skali. So, pagi2 lagi dah goreng cucur bilis untuk sarapan & siap2 nak pergi. Ada cerita menarik semasa kami sampai ke tempat berlangsungnya acara tersebut. Memang akan terlipat dalam sejarah keluarga 4A+R. Kalau u all nak tau juge, nantikan episod menarik dalam entry yg akan dilancarkan dalam masa terdekat ini (hehe!!!suspen).
Untuk entry kali ni mommy jot down dulu desert yg sangat2 sesuai dalam keadaan cuaca yg panas terik mcm sekarang. Desert ni mmg famous sangat @sekolah mommy dulu, Sek Keb Puncak Alam, Selangor. Sebabnya setiap kali kami adakan jamuan baik potluck @ jamuan yg ditaja, desert ni mesti ada. Cikgu yg mmg selalu sediakan ni mmg cikgu sifu le bab2 masak ni iaitu Cikgu Zalina Abdullah & Ustazah Zaleha Sahdan. Kami yg lain2 ni ada gak menyumbang (dah namanya potluck) tapi menu biasa2 le. Btw bila mommy dah seronok bereksperiman skrg ni dgn masakan rasanya rindu plak nak jamu kawan2 sekolah dulu. Seronok kalau dpt makan bersama2 baik di sekolah mahupun di rumah. Kalau dulu nak ajak kawan2 sakan makan pun rasa malu sbb xpandai sgt masak-memasak ni tapi skrg ni boleh la (bukan kata dah terer tapi atleast mommy dah rasa confident sikit nak campak2 bahan2 tu). Insyaallah, kalau ada rezeki & umur yg panjang dapat kumpul semula dgn kawan2.

Bahan2:
  • 1 bungkus jelly pelbagai perisa (dalam 20 biji)
  • 1 tin susu cair
  • 1 tin buah2 cocktail
  • 1 tin nata de coco
  • Bancuhan air gula (1cawan air + 2 sudu besar gula)
  • Ketulan ais
Caranya:
  1. Keluarkan jelly dari sarungnya dan masukkan ke dalam jug/punch bowl.
  2. Campurkan susu cair, buah-buahan cocktail, nata de coco serta air gula.
  3. Kacau rata & masukkan ketulan ais.
  4. Sedia dihidang.

p/s: Kalau simpan sebentar dalam peti ais lebih nyaman & dihidangkan kepada tetamu dalam keadaan sejuk tanpa ais.



2 comments:

tun_telani said...

simple dan sedap! cantik pulak tu sbb mcm2 kaler ade..

rostina76 said...

aah Tun, simple & very2 easy. Mmg budak2 pun sukeeee sgt2.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...