بِسْــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Friday, 11 May 2012

AMBUYAT & BELUTAK

N3 mommy harini special edition because i'll talk about Brunei delicacy yg mmg terkenal & menjadi kebanggaan Bruneian. Nothing as special as Ambuyat for most Bruneian. Walaupun di Sabah & Sarawak juga ada hidangan Ambuyat ini tetapi asal usul yg sebenarnya mmg bermula di Brunei (mmg kena refer history kalau ada yg claim bukan hak mereka). Selain Ambuyat, banyak juga delicacies yg terdapat di Brunei ni but this one kalau u all dtg ke Brunei tetapi tidak merasainya mmg menjadi satu kerugian. For me, personally,1st time trial really didn't like it at all & i consider it as my bad experience but i managed to try it for the 2nd time & i changed my mentality towards it.
Ambuyat is unique to Brunei as well as to Bruneians. Ia sebenarnya sagu yg dimakan sebagai hidangan tengahari @ malam @ bila2 masa yg sesuai. Kelihatan seperti gam kanji (gam dulu2 yg seposen, hehe kami panggil gam hingus...eeeik). Ambuyat ni sebenarnya mmg tasteless, that's why kena dimakan bersama2 lauk pauk lain sepertimana kita makan nasi. Yang paling utama dalam hidangan Ambuyat of couse sambalnya yg lebih dikenali sebagai 'cacah' oleh org Brunei. Cacah @ sambal ini diperbuat daripada campuran cili & buah binjai @ cencaluk. Kebiasaannya cacah ini dibuat masam & pedas supaya lebih emmph!!!


Cara nak makan Ambuyat ialah chopstick dicucuk ke dalam sagu & dipusing2/putar sehingga sagu bergumpal di buluh chopstick. 
Cara bagaimana utk menikmati Ambuyat ini pun unik sbb perlukan kemahiran jari jemari yg cekap. Mommy kadang2 tu ralit tgk local makan Ambuyat ni especially ketika mereka menggulung/memusing chopstick. Kalau u al tgk dalam picture kami sedang nak makan ambuyat tu, chopsticknya berbeza dgn chopstick org cina yg perlukan 2 batang buluh untuk mengepit makanan. Untuk Ambuyat, chopsticknya berupa sebatang buluh yg dibelah hampir putus (tapi masih berupa sebatang buluh). So, bila nak makan masing2 pegang chopstick masing2 & cucuk dalam sagu Ambuyat tu. Seterusnya, chopstick tu dipusing2 sehingga sagu melekat kepadanya, baru di sentap untuk putuskan sagu. Seterusnya dicicah ke dalam sambal cacah. Setelah cacah telah berpalut ke seluruh sagu tadi, maka terus ditelan (tanpa mengunyah).

Antara lauk pauk yg disajikan bersama2 Ambuyat. Belutak daging goreng yg sebelah pinggan ikan goreng.
Lauk pauk yg lain dimakan kemudian sebagai penambah perisa.Lauk pauk yang biasa dimakan bersama2 Ambuyat ialah ikan goreng & daging belutak goreng. Belutak ni salah satu lagi makanan tradisi Brunei & i believe u only can find them here in Brunei. Kalau u al tgk rupanya yag raw mmg macam sosej tapi besor.Kandungannya  pulak terdiri daripada campuran daging & parts lembu serta digaul bersama2 rempah ratus.So, semasa menyediakan hanya perlu goreng @ mungkin dimasak menggunakan resepi yg berbeza.
Rupa belutak yg dijual frozen.
Ini pulak rupanya setelah ditarik keluar dari packaging. Sedap bila dah siap goreng. 











5 comments:

Kongkang Malaya said...

Kak Ros,
OOo gitu cara makan nye ek? Siap tak payah kunyah tu. Unik rupa can cara.

Belutak tu nak sama konsep/rupa macam chorizo kat sini. Cuma yelah, jenis daging tu la berbeza.

Selamat hari Ibu!

rostina76 said...

tq aida for the wish.
ada sebab tu xyah kunyah. just imaging u kunyah gam mcm jadi ekk? hehe, melekat ambuyat tu dlm mulut kot kalau kunyah

dapurCikWan said...

ambuyat pernah dengar..tapi tak pernah tengok..nak rasa, memang jauh skali sebab tak pernah jumpa kat M'sia...teringin juga nak merasa ;)

salam kenal drpd cikwan.

rostina76 said...

salam kenal cikwan...tqvm sudi singgah sini. cikwan teringin kena dtg borneo le gitu ;)

CHEPAH249 BLOG said...

salam...saya come across blog ni sebab nak cari perihal belutak..

terima kasih kerana sudi merasa ambuyat dan lauk pauk lain dari Brunei Darussalam (@_@)

nak tambah sikit...cacah tu selain binjai dan cencalu boleh juga guna tempoyak..sedap juga kalo campur both binjai dan tempoyak hehehe

lauk pauk lain selain ikan goreng dan belutak, boleh juga dimakan with ikan rebus dan tahai rebus (tahai - ikan tamban dibakar kering)...dan banyak lagi..sayur2 juga lebih kepada sayur kampung spt pucuk ubi, pakis, lamiding dan lain2 ikut citarasa masing2..

dan juga chopstick tu kita panggil candas... cara pegang pun different dr pegang chopstick...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...