بِسْــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Saturday, 13 April 2013

Pantai Serasa, Muara Brunei Darussalam

Assalamualaikum & good day.
Harini mommy nak highlight lagi spot best @Negara Brunei Darussalam ni. Dah macam Agen Pelancongan NBD Salam plak mommy ni (tapi seriously mmg tak banyak info pasal tempat2 menarik di NBD Salam kalau kita suruh cik google cari). 




So, semoga cerita ceriti kami ni sedikit sebanyak memberi idea kepada org2 lain untuk berlibur di NBD Salam ni. Hehe jom "KENALI NEGARA KITANI".......ini slogan badan pelancongan dorg yg bermaksud 'Marilah Mengenali Negara Kita'.

Gambar2 dalam N3 ni actually kami snap semasa terima kunjungan makcik daddy (C.Ani) & family dari Ganu. Mereka datang melawat anak mereka di Sibu (Angah mengajar di Sibu & newly married to Iban girl). They drove all the way from Sibu to Brunei. Phewww!!!!ingat kami pun nak try le self drive lagi. 


Okey, skrg kita cerita sikit tentang keistimewaan Pantai Serasa. Pantai Serasa ni terletak di daerah Brunei-Muara (penghujung tanjung). Merupakan salah satu pantai peranginan yang terkenal di Brunei selain Pantai Seri Kenangan, Tutong & Pantai Muara. 

Yang istimewa di sini ialah kerana di sini terdapatnya Royal Brunei Yacht Club & kedudukannya di tanjung (tongue of land jutting out into the sea). Banyak aktiviti2 sukan air yang disediakan di sini disamping aktiviti2 jualan & riadah.

Satu aktiviti yang paling menarik perhatian & menjadikannya unik (rasanya di Malaysia takde ni) ialah 'Jualan Garage Sale'. Memang menjadi kebiasaan penduduk di Brunei ni untuk membuat 'Jualan Garage Sale' di rumah2@kedai2 bagi menghapuskan stok barang2 lama mereka (yelah by logik nak sedekah pun tak ramai yg papa kedana kan). 



Yang melucukan kami ialah barang2 & harga yang dipamerkan. Kadang2 kita fikir alamak tak logik je nak jual tapi itula keunikan mereka sebab mereka tak kisah untuk menjual barang2 lama sebegitu. Kalau mommy boleh bagi contoh, ada yang menjual sepasang baju kurung (mungkin dah out date fashion) dengan harga cuma $1 (RM2.50).......Hahaha!!!!

Selain barang2 lama, ada juga barang2 baru@new stok. Yang pelik2 pun ada seperti binatang ternakan, binatang berbisa, tikus, kucing, ayam etc. Buah-buahan, sayur-sayuran & hasil tangkapan laut pun ada. Senang citer MACAM2 ADA LA. 


Bila pergi tempat2 mcm ni, kadang2 takde plan nak membeli pun boleh terbeli, macam masa pergi ni daddy terbeli parang (mmg lama dah dia mencari sebab nak kopek kelapa xde berparang). Anak dara 2 org ni plak tersangkut dgn watch (yg baru, jenis yang hempok terus jadi bangle...cam dlm gambar). 


Tetamu kami ni pun sakan le jugak membeli. Memang meriah & seronok sekali sekala jalan2 kat sini. 




13 comments:

Umm AA said...

Salam mamaros...
ade gak kan pantai untuk beriadah tuh..suka kan kalau dpt pegi garage sale yg murah2 gitu..mesti ade2 saje yg nak dirembat..heheh

mama sara nur @ Cik Nor said...

assalam
syokkan kalu dpt sampai NBD Salam ni,selalu tgk gambar je
meriahnya kan, pantai pun cantik
utk bersantai ni

Amie said...

Bila agaknya boleh gi Brunei lagi.. dulu dah 2 kali pergi tahun 90-an, dah meronda keliling negara, tapi sekarang ni tentu ada perubahan...

ishamizu said...

Salam kak Ros

Cantik pasir pantai tu, halus. Kt sini susah nak jmp pantai mcm tu selalunya pantai dia berbatu, sakit kaki bila pijak. Hehe. Nway, bestnya carboot! Kat sini pon baru start balik carboot setelah tutup time Winter. :)

lady lavender said...

okay gak tu ros jadi duta brunei hihii...boleh kami tumpang kenal sekali. Nak pi sana tak tahu la bila sampai. Carboot sale dia ala2 flea market kat sini. Memang best sebab mcm ros kata harga tak masuk akal haha..

nurbijen said...

Salam kak ros,
Cantiknya pantai kat sana..
Siap ada garage sale lagi... kalau kat UK, mereka panggil carboot sale... hihihi, mmg murah.. baju kadang2 boleh beli dgn harga 10pence jer... kalau toys anak2 tu, banyak sangat rembat dari carboot :)

Unknown said...

Cantik pantai Brunei..lamanyer tak ke pantai. Kalau Ogy ke Brunei bole Rostina jadi tourist guide aik hhehehe.

Unknown said...

Seronokkan..siap ada garage sale lagi..=)

Mamasya said...

Aslmkum Ros
pantai Serasa antara tempat yg selalu juga pergi...seronok bawa anak2 tengok pantai dan xtvt di situ. tp dulu tak da garage sales kat situ. kdg2 bila tahu ada garage sales kat mana2....pergilah juga....sambil jln2 cuci mata..

OKje said...

Best jugakkan ros...dahlah murah...hehe
My hubby pun mencari parang to belum terjumpa lg!

Nastyna said...

Kat sini pun banyak dorang buat "trodel markt" mostly secondhand stuff la,saya suka pergi tengok2 barang lama2, cantik2.

Saya kalau baju kruung, tak pernah ikut pesen, yg 10tahun lepas pun saya pakai lagi hihihi janji muat.

rostina76 said...

UmmuAidan: kat sini mmg byk pantai tapi kat Serasa ni je rasanya yg ada garaje sale ni. mmg menarik!!

mama sara nur: takpe kak, tgk gambar dulu. Klau ada rezeki sampai senang sikit dah tau tmp nak tuju.hehe

Amie: lama tu kak thn 90an....dah byk perubahan kot. jemput le datang, blh ros jd tourist guide,hehe

ishamizu: salam izu....lain angin, lain le model pasirnye. hehe!!!btw mmg carboot le ni cuma dorg panggil garaje sale

LL: oh finland flea market ekk, aussie panggil flea market gok dok? harga mmg xlogik tapi ade gok hok mahal

nurbijen: salam nur. sini toys ada dorg jual 50sen se. heheh!!!

Ogy nordin: boleh sesangat ogy. bg je itinerary bila nak dtg.hehe

Kak Nah: seronok le tgk dorg berjual

mamasya: mengimbau kenangan akak @Brunei kan...

hainom okje: nak beli parang gak ke? mai le pantai serasa :P

nastyna: tu dia, org jerman panggil trodel markt plok. ohw, senang le nak bg hadiah kat mama JJ ni. baju kurung $1 blh la ekk

Tie HT said...

bestnya akak duk Brunei ya, awal bulan Febuari hari tu, saya pergi umrah tapi sempat singgah brunei sebelum ke Jeddah..saya sampai Brunei jam 2 ptg..negaranya macam bandar Kuantan serba sikit...cantik dan bersih, seronok lah kak tapi kami jalan2 kejap je pegi masjid jami', masjid sarifuddin,kg.ayer, kedai cenderahati,restoran makan bufet, tu jer, alhamdulillah seronok :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...