بِسْــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Saturday, 6 April 2013

One Billionth Barrel Monument, Seria Brunei Darussalam

Assalamualaikum & good day.
Sesiapa yang tak g mana2 weekend ni jomla ikut kami pegi ronda2  di salah satu landmark di Brunei Darussalam ni. Semua pun tahu kan Brunei Darussalam ni terkenal & merupakan salah sebuah negara pengeluar minyak terpenting di dunia. Sumber ekonomi utama negara Brunei Darussalam juga memang bergantung sepenuhnya dalam bidang oil&gas. Walaupun ada usaha dari pihak kerajaan untuk menaikkan sumber ekonomi lain negara tetapi hakikatnya memang mereka begitu bergantung dengan hasil bumi tersebut. 


Tempat yang kami posing ni merupakan landmark penting di Seria (bandar/pekan minyak di Brunei Darussalam). Dibina pada tahun 1991 sempena pengeluaran 1 billion barrel crude oil di Seria 1 field well (tempat di mana telaga minyak pertama Brunei di jumpai pada tahun 1929). Monumen ini di bina 38m dari telaga minyak Seria 1 tersebut.






Lambang kerajaan Brunei Darussalam (kat bendera Brunei pun guna lambang
tadah tangan tu).



Di sepanjang laluan ni dibina monumen menceritakan perkembangan industri minyak & gas di Brunei Darussalam.

Di belakang 3A tu u all boleh tengok rupa 'nodding donkey'.....Pam minyak.
I have no idea what is actually this thing. Rupa mcm kepala train (mungkin pengangkutan yg digunakan zaman dulu untuk mengangkut crude oil).

5 comments:

Mulan said...

waahh... byk tempat menarik kat brunei.. apasal kawan kata boring kat sana..??

rostina76 said...

hahahaha!!!!!!mmg BORING pun kat sini. mana ada banyak sangat tempat2 best pun. kalau yg ada anak2 ni tak tau nak bawak p jalan2 mana. itule, org dok ingat bagus sangat Brunei ni padahal 'indah kabar dari rupa'.....ehhh, laser la plak harini. takde la tapi compare tu Malaysia mmg we are the BEST dari segala segi. cuma minyak & keta je best dok sini. oh lagi satu no income tax. yang lain ros salute Malaysia.

OKje said...

Tertunggu-tunggu Okje bila agaknya mummy dia nak jadi model pulak heehe!

Umm AA said...

salam ros...oklah kan kurang2 dpt kuar2 tgk monumen anak2 pun dah hepi ..yer dak...brunei nie nampak very islamic kan...

Rezwatisman said...

okje: camne mommy nak jadi model.......mommy yg kena jadi cameraman, daddy p keje time ni. activity 4beranak je ni. hahaha!!!!ajak daddy boring je dia nak mai tempat ni

ummuaidan: wmslm.....betul sangat. ros suke Brunei ni pun sbb very islamic (tapi jgn terkejut depa ni lagi daring dari kita pun ada. dulu kami ada p rumah cikgu bdk2 ni amik brg terkejut kami, bdk2 pun confuse sbb siap pakai seluar pendek jumpa kami. masa kat sekolah bertudung litup.masyaALLAH....bab merokok minah2 brunei ni pun blh tahan)...itu maksud ros indah kabar dari rupa sbb yg dok dengar yg baik2 je, tapi byk juge yg buruk2 pun. xpelaaa malaysia kita pun byk sgt2 keburukan tapi bila tanya kita malaysian sure sayang kat malaysia jugak walau buruk busuk mcmana pun kan....huhu semoga ALLAH baik pulih Malaysia kita ke arah yg lebih baik, amin3x

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...