بِسْــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Thursday, 28 February 2013

Mussel Rendang

 Assalamualaikum & good day.
Back to routine, hari2 memikior apa nak dimasak bagi santapan Maharaja & hulubalang serta puteri2 jelita. Bila dah mati kutu tu, belek2 la kitab mana yang ada. Belek punya belek terjumpa resepi ni. Wallaweh!!!mmg favourite permaisuri gitu.

Semenjak penangan Mussel Sambal Belacan makan masa berbuka puasa dulu2 terus jatuh cinta & melekat di hati sampai sekarang (kalau dulu mmg xsuka.....yelah 1st time kenal mussel dorg perah lemon makan mentah. Makcik ni tekak makan budu, mau nak termuntah). Tapi kini sentiasa rindu-rinduan @Si Mussel ni.


Okey, untuk pengemar kerang-kerangan di luar sana blh la mencuba resepi ni. Memang terangkat, licin jilat shellnya tau. Kalau xjumpa @mahal mussel ni boleh je guna sebarang kerang-kerangan.


Sumber: Majalah MIDI (15 Disember 2012)
Oleh : Mommy @Wind of Change
(mommy dah adjust sukatan sebab dlm majalah semua dalam gram)

Bahan2:
1kg mussel/kepah
500ml santan
2 batang serai (kisar)
2 cm kunyit hidup (kisar) @1 sudu kunyit serbuk
2 cm lengkuas (kisar)
2 cm halia (kisar)
10 tangkai cili kering (kisar) @1 sudu besar cili boh
5-10 biji bawang merah (kisar)
3 biji bawang putih (kisar)
1 keping daun kunyit (dihiris halus)
Cili merah (hiris)
1 sudu besar kerisik
Garam secukup rasa
Gula/gula melaka secukup rasa
Minyak untuk menumis

Caranya:
1. Panaskan minyak & tumis bahan kisar sehingga garing.
2. Masukkan santan & kacau sebati.
3. Masukkan mussel/kepah & masak seketika.
4. Tambahkan garam, gula & perasa.
5. Masak sehingga pekat.
6. Akhir sekali masukkan daun kunyit & hirisan cili merah.

7 comments:

lady lavender said...

Kita pon mengalami masalah sama buntu pikir nak masak apa. Bangun tido pagi2 itu yg terpikir dulu kat kepala ni. Saya pun penggemar kerang2an ni tp kalo jadik side dish je ok kot. Nak kena ada main dish lain sbb isi nya ciput aje hihii...

Lisa Tjut Ali said...

pintar masak ya, masakannya sedap2, saya nak coba resepnya ya.makasih

ishamizu said...

Hehe samalah, tiap hari pening fikir nk masak apa . Nway sedapnya tgk mussel masak rendang ni! Next time boleh try in shaa Allah! :)

Rezwatisman said...

masalah global dah ni!!!!hehe, miza besor la isi mussel ni, klu kerang baru dok puas makan. btw ros hidang dinner kami sayur bening bayam + ikan kering + squid ball goreng (hok frozen tu je) + mussel ni je. consider ia jadi main dish. sedakkk, husb namboh nasi (tanya dia sedakk buat gini kan? dia kabo sedakk la jarang2 sekali).

rostina76 said...

ngak pintar sis tapi terpaksa memasak demi keluarga tercinta. hehe!!!dipersilakan coba & tq sudi jadi teman ;)

rostina76 said...

terpandang kupang zu le ni yg tiba2 rindu semula @mussel.....tapi @sini consider murah la jugak jadi kros selalu beli. nanti zu try le versi rendang plak. serius sedap ;)

Nastyna said...

Tak pernah try la rendang style, paling saya suka mussle baked cheese. kalau mentah tu mmg tak makan la saya pun.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...