بِسْــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Friday, 5 October 2012

Ubi kayu cicah sambal gesek


Assalamualaikum.
Harini masuk N3 awal sikit sebab nak citer pasal breakfast. Best harini sebab mommy fully housewife (hari lain cum supir&bibik jugak). Hehe, daddy drive to office & 3A totally cuti termasuk mengaji. 



So, pepagi tadi lepas sembahyang subuh mommy dengan gigihnya menumbuk sambal & mengukur kelapa. Chewah!!!ala2 perempuan melayu terakhir @teratak desa. Sarapan terbaekk sebagai compliment untuk diri sendiri yg penat ke hulu ke hilir sepanjang minggu & pengubat geram sebab kena saman. Masa menumbuk tu ibarat terapi untuk lepaskan geram. Kik3x


Kalau orang2 muda suka breakfast dengan western food (tmsk 3A le tu sbb mmg dorg layan western je pagi ni - mana nak masuk tekak dorg sambal gesek ni), biarle mommy yang dah tua sikit ni layan sarapan kampung. Drink pun classis U, kopi 'O'......Adakah itu tanda mommy dah tua banyak? Oh, tidak juga sebab western people suka layan black coffee without sugar jugak pagi2 buta utk breakfast kan? Eh, mat salleh tua gak kot yg layan kopi O pepagi, muda mudi dorg mesti layan fresh juice@soft drink. Ahhh, biaq p le. Kena le terima hakikat usia dah berganjak separuh umur RasulALLAH, so nak tak nak kena banyak2 jaga kesihatan & banyak2 amal ibadat. 


Okey kalau u al perasan background sarapan mommy ni ada sebiji kelapa tua, kan? Haaa! terima kasih untuk 'Naughty Monkey' kat rumah kami ni. Dipendekkan cerita, beruk2 yg selalu datang mengacau @rumah kami ni tinggalkan untuk mommy 2 biji kelapa yang dah dorg kopek berterabur bawah porch. Kalau sebelum2 ni selalu kena sumpah si beruk ni (yelah mana tak geram, dah le gardener @rumah ni balik Indon cuti sebulan - bermaharajalela dorg main sepah2 area rumah kami ni, siap busuk hati lagi jatuhkan pasu2 bunga besar2 gedabak yg tuan rumah punya). Yang jadi mangsa, sapa lagi ? Mommy le kena sapu & kemas dorg sepah2 tu. Cuma, bila petang Rabu lepas balik dari amik daddy dari BLNG nampak tergolek 2 biji kelapa siap licin dikopek. Hahaha!!!mommy pun cakap kat daddy "oh, bagusnya le beruk2 ni tlg bagi mommy kelapa siap kopek, tima kasih le beruk".....Hahaha!!! 


Di samping ubi kayu rebus tu mommy matching gak sambal gesek ni dengan kelupis (salah satu makanan tradisional org Brunei@Borneo). Ustazah yang bagi Khamis lepas, tapi dorg biasanya makan dengan kuah kari. Mommy modified le cicah dengan sambal gesek. Lagi sedap. Citer kelupis ni later mommy story, arini bg laluan @Sambal Gesek dulu. 


Resepi mmg sempoi je sambal gesek ni. Sebelum ni selalu mommy buat just makan dengan nasi so xde le nak masuk dlm blog cuma harini special sebab cicah dengan ubi kayu rebus. CLASSIC !!!!
------------------------------------------------------------------
Bahan2:
100g ikan bilis - cuci & terus tos
5 tangkai cili padi (nak pedas lagi suka ati berapa banyak)
2 ulas bawang merah (tak letak pun boleh)
1 ulas bawang putih (tak letak pun tak pe gak)
5-6 biji limau kasturi (terpulang jugak citarasa nak tambah@kurang)

Caranya:
1. Tumbuk cili, bawang putih & bawang merah sehingga lumat.
2. Masukkan ikan bilis & tumbuk kasar2.
3. Perah jus limau kasturi.
4. Hidang bersama pulut tanak @ ubi kayu rebus.


6 comments:

Lynn Huraiza said...

huwarggghhh...sedapnya mommy...esok nak buat juga la sambal gesek nie...

inazamri said...

kelupis?first time dengar dan tengok rupa kuih ni.Sambal gesek penah kawan org N9 ajar buat..tp bila wat sdiri mcm tak jd.

Ayu said...

Assalam ros,
sambal gesek memnag ternagkat kalau makn dgn ubi rebus kan..lagi2 kalau cilipadinya tu dilebihkan..terus bibir pun sebal aje..hehe

rostina76 said...

hahaha!!!ada org classic sudah tergudaaa

rostina76 said...

kelupis tu mcm kita punya ketupat inazamri.....nanti ros citer next N3

rostina76 said...

Assalam k.Ayu
huhu!!!xberani gak ros banyak2 sgt si cili tu sbb nanti meleleh2 air hidung

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...