بِسْــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Wednesday, 31 October 2012

ROSELLE


Assalamualaikum & good day.
Mommy dah lupa nak jotdown pasal kisah Roselle pemberian ustazah ni, hari ni baru teringat kisahnya selepas bagi ustazah try rasa hasilnya pagi tadi. Dia bagi kami buah roselle ni (walau kami petik sendiri) last week & dah siap pun mommy usahakan hasilnya. Hehe!!!juice roselle macam selalu2 buat sebelum ni (masa pokok @rumah kami masih bernyawa) & penemuan terbaru 'Dried Roselle' ala2 asam kering yang dok jual tu. CAYAle..... 

Sebelum ni mommy dok masak buah roselle ni, selalunya lepas airnya luntur maka yg tinggal hanyala hampas kulit yg dah hampir putih. Tetapi yang buah roselle pemberian ustazah ni, bila mommy didihkan air untuk saring ambil jusnya, kulit yang tinggal masih lagi merah kehitaman. Itu yang membuatkan mommy dapat ideal nak buat 'Dried Roselle' (rasa sayang nak throw out mcm tu je).

Kiranya eksperimen mommy kali ni betul2 try & error la kan. Lagipun kalau xsedap pun xpe sebab mulut yg nak ngap mulut mommy gak (selain 4A le kalau dorg suka). 

Rasanya pasni selain buat jus & jem, mmg confirm mommy nak ulang buat banyak2 lagi roselle kering ni. Ralit je makan sambil nonton ke, berFB ke etc. Lagipun lagi sihat compare dgn asam kering yg dok jual (banyak gula & bhn pewarna tiruan). Dalam gambar @bawah ni kan ada kawan si roselle kering tu ; Chili Guava (Jambu kering pedas). Yang tu mommy beli @kedai. Sedap juga gigit2 tapi Ya ALLAH, banyaknya gula (rasanya balance gula dari guava tu blh buat secawan kopi lagi, hehe).


 Okey, after DONE eksperimen roselle kering mommy ni kan & ustazah pun dah approved sedap tadi maka elok lah kiranya mommy share dgn u al caranya. 


Bahan2:
Buah Roselle (ambil kulit isinya)
Gula
Air

Caranya:
1. Kupas kulit roselle dari bijinya (jangan rebus sekali dengan bijinya sebab nanti rasanya lain - xsedap).
2. Setelah dibersihkan, masukkan ke dalam periuk & tambahkan air (terpulang la sukatan airnya, bergantung bilangan isi roselle tu jugak).
3. Apabila mendidih, masukkan gula (terpulang jugak citarasa, kalau xsuka manis bubuh le sikit). Anggaran mommy, 3 cawan isi roselle :2 cawan air : 1 cawan gula.
4. Apabila gula telah hancur & jus juga sedikit pekat, matikan api.
5. Saring/tapis jus dari isi roselle.
6. Jus roselle boleh la disimpan di dalam peti sejuk/ dilarutkan dengan air + ais = hidang. 
7. Untuk roselle kering: setelah air ditapis keluar, jemur di bawah pancaran matahari sehingga benar2 kering (mungkin ambil masa 2, 3 hari).
8. Apabila telah kering, simpan dalam bekas kedap udara.

3 comments:

Lynn Huraiza said...

dried roselle memang best...dah pernah gak buat kat office lynn nie...

rostina76 said...

ye lynn. kros pun pernah makan yg beli tapi xtau senang bebenor buatnya. kalau beli duit gak ekk.

ishamizu said...

Rajinnya kak Ros. Bukan shj jun roselle, dried roselle pon kak Ros buat! Sgt kagum..:) nway, sy dah follow blk kak Ros. :)

Izu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...