بِسْــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Monday 1 October 2012

NASI MINYAK HUJAN PANAS

Assalamualaikum.
Harini bermulanya cuti sekolah penggal ke-3 di negara Brunei Darussalam. As usual, kalau cuti penggal ke-3 ni mmg kami xdpt balik @pergi mana2 since daddy kerja. Lagipun, insyaallah akhir tahun kami bercuti panjang @Malaysia. Harini 3A dah start merengek mintak mommy bawak dorg pergi swimming pool. Huhu!!!masalahnya banyak kerja2 terbengkalai yg mommy kena settlekan dulu harini. Dah terjanji dgn dorg nak pergi esuk. 
So, bila cuti sekolah ni mommy kena kerja extra time @dapur utk buat stock makan2 3A ni (huhu!!!daddy selalu je cakap "makan, makan....mana xbulat. Sama je dengan mommy, pastu bising nape tak turun2 ekk berat". Hahaha!!!!
Harini, dah start buat nasi menambah berat. NASI MINYAK HUJAN PANAS. Oh, cumanya versi mommy ni kurang le sikit kolestrol & lemak sebab mommy tak letak susu cair. Actually N3 ni tertunggak setahun lamanya. Ini sebenarnya menu utama masa open house kami last year & juga menu utama raya haji tahun lepas. Masa tu mommy tak sempat nak snap gambar2 almaklum sibuk sediakan semua juadah untuk open house. Tangguh punya tangguh, dah 2 kali buat semula tapi xjadi2 masukkan dalam blog sampai le harini. Bila dah ada gambar baru le berbaloi nak publish. Ceria sikit pagenya seceria nasi yang berwarna warni ni. Resepi ni  memang dah selalu mommy buat dari dulu lagi. Memang sedap & berbaloi2 memasaknya. Yang penting senang menyediakan & tak muak sangat rasanya.




Bahan-bahan: (hidangan untuk 10 orang)
*3 cawan beras Basmathi/beras biasa- basuh dan toskan 
*1 sudu besar minyak sapi
*3 sudu besar minyak masak
*1 labu bawang besar- hiris halus 
*2 ulas bawang putih dicincang
*1 inci halia dihiris halus
*1 batang kulit kayu manis, 2 kuntum bunga lawang, 3 kuntum bunga cengkih, 5 biji buah pelaga
*5 cawan air rebusan ayam- (sediakan dengan merebus beberapa ketul ayam - bahagian peha atau kepak dengan 6 cawan air- didihkan lebih kurang 10 minit).
*2 sudu teh garam
*2 helai daun pandan dicarik dan disimpul
*Sedikit pewarna merah, kuning dan hijau
*Kismis, bawang goreng dan gajus

Cara membuatnya:
1. Panaskan minyak sapi dan minyak masak di dalam periuk nasi di atas dapur. Tumis rempah ratus (4 serangkai) bawang besar, bawang putih dan halia hingga wangi.
2. Masukkan beras dan goreng 1 minit. Kacau sebati. Alihkan periuk ke dalam periuk elektrik. Masukkan air rebusan, garam dan daun pandan ke dalam periuk nasi. Masak nasi seperti biasa.
3. Apabila nasi masak , celupkan lidi sate ke dalam pewarna dan cucukkan ke beberapa tempat di dalam nasi. Jangan kacau nasi. Biar 5 minit. 
4. Selepas 5 minit, taburkan bawang goreng, gajus dan kismis. Kacau nasi agar warna sekata bagi keseluruhan periuk.
5. Sedia dihidang bersama lauk-pauk lain.

8 comments:

saly said...

salam..

bestnya nasi minyak.. ada juga nasi minyak hujan panas.. nanti nak cuba...TQ share resepi nasi ni..:)

Unknown said...

fav anak2 akak ni nasi hujan panas janji nasi tumis mmg diaorang suka termasuk mama nya jugak heee sedap nampaknya tu

Amie said...

oohhh lamanya Ros... masih ingat lagi resepinya ye he he hehh.... cantikkan kalau dah jadi nasi minyak hujan panas ni!

Mamasya said...

Aslmkum Ros.bila sebut bulat....teringat akk dok Brunei dulu badan berisi sikit sbb mcm Ros juga asyik masak...makan...malas masak...tapau nasi berlauk....hi...hi...dan bila dpt set nasi minyak gini lagilah selera mkn..

rostina76 said...

salam mama saly
nasi minyak hujan panas simple dimple je....nanti mama saly cuba la sedap ke dok ;)

rostina76 said...

biasa2 je knoor ;)

rostina76 said...

Hehe, mmg dah lama peram entry ni dalam draft. btw resepi ni selalu gak buat jadi dah ingat cuma biasa le kdg2 lupa bubuh halia la, lupa daun pandan le. kik3x...

rostina76 said...

Salam mamasya.....mmg style org sini mcm kita @pantai timur. pagi2 pun breakfast dgn nasi......huhu!!!dah xdak keje lain. masak & makan sendiri le kan, mana xbulat

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...