بِسْــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Tuesday, 2 October 2012

MACARON


Assalamualaikum. 
Amaran ~ N3 ini mengandungi gambar2 yg banyak & colorful. Jika anda seorang yang 'penyilau mata', hehe pejam je mata.
MACARON ~ Bila dengar nama pun gerun je sebab yelah so called "delicate French confectionery". Pastu ingat lagi masa mula2 macaron ni terkenal @Malaysia masa tu around 2010 kot (sebab seingat mommy kami blm pindah Brunei lagi tu) harganya Ya ALLAH, melampau mahal RM4.00/pc (setonet je pun sizenya). Mak Ngah (daddy's 2nd sis) beli le masa tu nak bagi kami rasa time raya @Kulim tapi mmg xde rezeki kami nak merasa biskut mahai (kami rushing balik ke Besut). So, mommy pun bila org dok GAH bercerita ttg macaron ni xde le rasa terliur cuma teringin tu ada le nak try. Haha!!!cuma xde le rasa beria2 nak beli. Sampai le early this year ada kawan Malaysia yg dtg Brunei kasi kami ole2 macaron ni. Yang kelakarnya, punya excited nak try semua especially 3A sebab very colorful & comel2 je. Bila sekali dorg ngap masuk mulut, semua buat muka mencebik (hehe!!!xsedap hampesss rupenya). Last2 buang dalam cik tong sebab mmg xleh telan. Dah le filling rasa semacam pastu manis 'melenting' kata ore kelate. 
Tapi, bila mommy gatai tangan p 'terbeli' macaron baking set tu last July maka mommy nak tak nak terpaksa le jugak bereksperimen dgn macaron. Mula2 mcm xde mood gak nak buat sebab tau mesti 3A xsuka (based on previous experience la kan). Cuma last Friday (ingat tak yg kami ada picnic date dgn Areesya & k.Mariah)? Haaa!!!k.Mariah bgt dia buat brownies & jeruk mempelam, so mommy pun terfikir le nak buat macaron ni disamping pizza tu. So, mommy pun selongkar semula resepi yg mommy dapat dr seller macaron baking set tu. Sedang elok le sebab resepinya dalam kuantiti yang sedikit.
Dengan perasaan berdebar2 & penuh hati2 (fobia skit main dgn meringue ni) mommy pun mulakan eksperimen macaron & alhamdulillah WALLAWEH!!!!!! lu pikir le sendiri hasilnya. 

Ngeh3x.....yang paling gumbiranya, 3A (eh daddy pun, jadi 4A le gitu) berebut2 makan macaron yang beberapa ketui mommy buat tu (yelah, ingat dorg xsuke mcm yg dulu dorg makan). Rupenya yang mommy buat ni EXCELLENTO!!!!(jgn mare ye angkat sofa sendiri ni). Bila dah tau dorg suke (lagipun mommy xsempat ambil gambar hari Jumaat tu - dah abis), mommy pun buat lagi 2nd batch hari sabtu lepas.
   
Hari Jumaat tu buat color oren, pastu Sabtu buat color hijau & semalam Isnin mommy buat lagi 3rd batch color kuning & merah. So lepas dihimpun semua color2 maka, harini baru dapat buat photoshot & publish @Wind of Change.

Sumber: Kedai Lelong @FB 
Oleh : Mommy @Wind of Change


Bahan-bahan : - 
(mommy dapat +- 20pcs sebab bt size kecil sebesar syiling 20sen)
35g telur putih (biarkan 12 jam pada suhu bilik)
40g serbuk badam 
65g gula icing 
15g gula caster 
Secubit cream of tar tar 
Pewarna (optional) 

Cara penyediaan : - 
1. Ayak gula icing dan serbuk badam bersama. Ketepikan. 
2. Masukkan cream of tar tar dalam telur dan kacau sekejap dengan whisk tangan. Biarkan selama 1 minit. 
3. Kemudian mula pukul telur dengan speed 1 sehingga menjadi seperti buih sabun halus. 
4. Pada peringkat ini, mula masukkan gula caster sedikit2 (3 kali masuk). 
5. Selepas selesai masukkan gula caster, naikkan kepada speed tinggi. Pukul telur sehingga terhasilnya bentuk hard beak pada pemukul mixer dan telur pada mangkuk tidak jatuh apabila mangkuk diterbalikkan. 
6. Campurkan mixture gula dan badam ke dalam telur secara berperingkat (4 kali masuk). Kacau secara perlahan dengan rima pusaran. Kacau sehingga mendapat adunan seperti kelikatan adunan kek. Proses mengacau ini dipanggil Macarronage.
7. Masukkan pewarna & kacau sebati dalam rima pusaran. 
8. Paip adunan pada talam berlapik kertas kek. Saiz bulatan 3.5 cm, boleh dapat 7-8 biji macaron. 
9. Biarkan kering 40-45 mint. 
10. Selepas 30 minit dari masa pengeringan, mula buka oven dan bakar pada suhu 150 celsius selama 10 minit-15minit (masa pembakaran mungkin berbeza bergantung kepada model oven). 
11. Biarkan macaron sejuk dan baru asingkan daripada talam. Kalau tidak pecah nanti. 

12. Ok sedia untuk dihiaskan dengan filling kegemaran. Mommy for sure letak nutella duo as a filling because 4A just love it soooo much. No for icing (toooo sweet).

10 comments:

Putri said...

verry colorful..suka tengok macaroon kak rose ni
waktu bujang dulu pernah try buat..tp x menjadi
sampai sekrang still x ada keberanian nak cuba buat lagi

Eey said...
This comment has been removed by the author.
Eey said...

Cantiknya macaron, jeles >o<
Pernah buat juga tapi x pernah jadi proper mcm ni, huhuhuuu...
Anyway macaron sheet tu beli di mana & berapa harganya (mcm ,menarik jer)
:p

Unknown said...

wah cantik lah macaroon Ros
akak punya tak lah cantik snagt pun tapi resepi Ros agak lain sikitlah dari yg selalu aakk buat nnt nak try resepi Ros lagi menariksss snagat dgn macam2 kaler tu

Mamasya said...

Syabas Ros...sekali buat terus jadi cantik...tak sia2 beli baking set.suka kaler terang benderang.akk juga tak berani mencuba....tengok macaron Ros buat ni mcm bersemangat pula....kiv dulu resepinya...

rostina76 said...

hehe, we love colorful....btw mmg itu je color2 yg available dlm stok dapur kros. try le lagi putri, mana tau bila dah berpunya ni dia jadi sbb niat nak bg org tersayang makan ;)

rostina76 said...

jgn le jeles Eey.....kros bukan chef celebriti, baru terketar2 buat.hehe!!!nanti Eey cuba le.
Ni online shop yg kros beli macaron set tu. Kedai Lelong II (Eey blh tgk jugak dlm friendlist fb kros tu) ;)

rostina76 said...

TQ knoor. alaaa jgn le menunduk diri plak knoor. yg knoor buat tu cantik apa. ramai betul peminat2 yg puji. btw entahle, ros tgk byk jugak versi resepi macaron ni tapi basic dia sama je putih telur+serbuk badam+icing sugar.....yg kena biar telur putih 12jam tu xperlu kot sbb ros terus je buat tanpa tg 12jam (mgk maksud dia kalau kita simpan telur dlm peti ais kena le biar suhu bilik kot).

rostina76 said...

TQ mamasya....Heheh rasa terlambung akak puji. btw ros bukan blogger masakan hebat mcm u al cuma blogger suka2 hati je. bila bereksperimen tu lebih kepada nak test skill & happykan 4A. Kalau akak mesti menjadile buat, ros yakin.

~fsyakirah~ said...

kirah pun bru first time bli and rase aritu and terus ckp "first and the last" sbb dia teramat sgt manis org jual tu buat...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...