بِسْــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Tuesday 16 October 2012

Biskut Rusk @ Roti Kering Bergula


Assalamualaikum & good day.

Yezza.....projek harini adalah misi menyelamat roti luput tarikh dari cik tong yg kelaparan. Stok roti @rumah ni boleh dikatakan sentiasa ON. Kadang kala berebut2 3A ni kalau stok dah tinggal sikit, kadang kala pulak sampai dah keluar kulat hijau xde sapa nak makan. Emmp!!!mungkin sebab mommy beli hari Sabtu lepas, 3A tak sempat makan (weekend mmg outing je keje kami ni). Tarikh luput 15/10/2012, bila mommy sedar2 semalam dah 15/10/2012. Biasanya hari expiry @ sehari selepas tu kadang2 boleh je lagi makan kan tapi semalam check2 dah ada kulat. Alahai!!!!sayangnya nak buang sebab belum berbuka lagi plastiknya. Zalim rasanya kalau just sedekah kat cik tong sebungkus roti (yg size panjang plak tu). Last2 mommy baru teringat nak buat roti/biskut rusk (roti kering). Maka bila 1st trial buat semalam, laris betul sampaikan Ahdia merengek2 pagi tadi tanya mana hilang roti 'tu'. Yang pulun semalam tak lain tak bukan Mr daddy. Mommy pujuk le Ahdia cakap nanti petang mommy buat lagi. Hahaha!!!!kecian dia, bila petang tadi mommy buat lagi, dia sempat makan sekeping. Yang pulun Mr daddy gak (blk keje tadi dok krup krap 2x).

Sumber: 
Buku Kompilasi MyResepi "Jom Berjimat Menyediakan Roti"

Bahan2:
Roti yang tiada inti
Mentega @ marjerin secukupnya
Gula secukupnya

Caranya:
1. Sapukan permukaan roti dengan mentega @ marjerin. Kemudian taburkan gula di atas roti.
2. Bakar dalam ketuhar pada suhu 160'C selama 15minit.
3. Biarkan sejuk sebelum disimpan ke dalam bekas kedap udara.

1 comment:

Kuazue Mohamad said...

tabur sikit parutan cheese..lagi marveles..!!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...