بِسْــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Thursday, 18 October 2012

AYAM BAKAR BERMAYONIS

Assalamualaikum.
Harini mommy nak tayang hasil eksperimen hari Selasa lepas. Mmg berbaloi2 sangat guna resepi ni sebab 3A bagi mommy 'thumb up'. Pandai dah dorg sekarang ni, yang sedap thumb up memanjang. 
Fyi, kat Brunei ni ada satu rangkaian Restoran Fastfood (Brunei Own Brand) nama "Ideal" (nanti mommy citer pasal ni later). Memang kami suka sangat makan kat sini sebab meals semua sedap2 & pelbagai. Ayamnya type yg grill (daddy yg paling suka bab taste ayamnya ni). Selain daripada itu harganya of course lebih murah compare to KFC, McD, SugarBun & Jolliebee. Dipendekkan citer walaupun tak exactly sama ayam mommy buat ni dgn 'Ideal' tu but the taste boleh le beat 'Ideal', hehe perasan sendiri.
Terima kasih kpd mamasya atas perkongsian resepi ni. Oh, btw mesti mamasya dah tak jenguk blog starting harini sbb beliau sibuk menyiapkan diri untuk ibadah Haji tahun ni, bestnya kan dapat jadi tetamu ALLAH. Semoga kita juga dijemput ALLAH dalam masa terdekat, Amin3x. Untuk mamasya semoga segalanya berjalan lancar, Insyaallah.
Ayam Bakar Black Pepper bermayonis ni resepi asal oleh Rosjintan, pastu Hana buat & mamasya plak try. Sekarang turn mommy plak bereksperimen. Tq to all.....Love it, muah!!

- mommy guna whole chicken size kecil & gandakan semua bahan2 -
Bahan2:
1/2 ekor ayam ( bersihkan dan cucuk dengan garpu) 
1 sudu kecil blackpepper
2 cm halia ( agak-agak je)
2 biji bawang putih
1/4 biji bawang besar
1 sudu besar madu
1 sudu besar gula
1 sudu kecil kicap manis
1/2 sudu kecil garam
2 sudu besar mayonis
sedikit lada sulah

Caranya:
1. Blender bawang besar, halia, bawang putih dengan sedikit air sehingga hancur, kemudian curah di dalam bekas dan campur gula,  kicap manis, lada sulah, garam, madu dan lada hitam.
2. Masukkan ayam dan akhir sekali letakkan mayonis, gaul sebati dan perap di dalam peti ais selama 2 atau 3 jam.
3. Bakar pada suhu 190 darjah selama 40 minit, sedia untuk dihidangkan, Selamat Mencuba. ( kalau perap lagi lama lagi sedap ayam bakar ni, dan bakar biar perang sikit permukaan ayam tu)

4 comments:

Unknown said...

salam Ros
wah cantik nampak ayam tu dah try ke akak belum lagi try ingat nk cuba jugak resepi mamasya tu sedap pasti nya tu

rostina76 said...

sedap knoor...bebudak ni xcukup seekor tu. bila dah abis tanya lagi. hehe!!!

Puan Ros @ Sinaranmenu.blogspot said...

Emmm...terliur..meleleah air liur ni..

Kuazue Mohamad said...

rosti..sedap...azu pun dah try resepi..beh sgt...tq la pada rosjintan manis sbb bagi resepi...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...