بِسْــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Monday, 23 April 2012

Nasi Lemak Kukus

Cosy weekend we had yesterday due to showering rain from early morning till noon. Huhu!!!ikut setan mmg syok je tarik selimut tapi alhamdulilah setan kalah jua. So dengan gumbiranya mommy nak berpantun

"Air pasang pagi, surut pukul limak (bahasa sarawak mau rima sama ne)
Mommy bangun pagi masak nasi lemak"

Hehe, mommy dah biasa wat nasi lemak tapi selalunya mommy masak aje dlm rice cooker. Masuk siap2 nasi+santan+daun pandan+ garam + hirisan halia, tapi pagi ni berkobar2 rajin nak wat nasi lemak kukus. Caiyok le rajinnya mommy.......Secara teori, mommy dah tau mcm nak masak nasi lemak kukus ni (org cakap sama mcm masak nasi dagang) tapi bila mommy google tgk kot2 silap caranya, jmp resepiraidah yg sedikit kelainan dr yg mommy belajar secara teori tu. K.raidah rendam nasi masa kukusan kedua yg membuatkan tekniknya lain sikit, so mommy nak try guna cara K.raidah ni tgk apa hasilnya.   

After follow step by step resipi k.raidah, tarra mmg puas hati sebab nasinya kembang, lembut & berderai secara uniform. Rasanya jgn cakaple, Arfa ambil for breakfast pkl 8am tu 2 pinggan yg penuh (sukat pakai mangkuk mcm dlm gambar tu le), pastu pkl 1pm makan lagi sepinggan utk lunch....Tup2 pkl 5pm makan lagi ala2 tea break. Yg nak gelaknya kat dia ni, masa dinner daddy dah mintak nasi putih biasa tapi dia request nasi lemak lagi. Rasa berbaloi2 mommy mengukus pagi tu. Partner utk nasi lemak kukus ni selain yg biasa tu mommy goreng ayam berempah (juga guna resepi k.raidah)...


Sumber: resepiraidah

Untuk nasi
Bahan-bahan:
  • 5 cawan beras ( atau secukupnya )
  • Santan pekat ~ secukupnya
  • 3 helai daun pandan
  • 1 inci halia ~ dihiris
  • Garam secukup rasa
  • Sedikit gula ( secubit )
Cara penyediaan:
1. Basuh dan rendam beras selama lebih kurang 2-3 jam.
2. Didihkan air dalam pengukus. Kukus beras selama 20 minit atau beras separuh masak.
3. Keluarkan beras dari pengukus dan rendam dengan air sehingga air rendaman itu sejuk.
4. Setelah itu kukus semula beras tadi lebih kurang 10 minit.
5. Keluarkan beras tadi dan gaul bersama santan yang telah dicampur garam dan gula serta hirisan halia.
6. Biar seketika atau 10 minit supaya santan menyerap masuk ke dalam beras.
7. Akhir sekali, kukus sekali lagi nasi bersama daun pandan hingga nasi masak, kelihatan berderai dan cantik.

** Semasa mengukus, lubangkan dengan jari beras tersebut supaya masak sekata.

Sambal Tumis Ikan Bilis

Bahan-bahan:
  • 1 mangkuk ikan bilis
  • 15-20 tangkai cili kering ~ dikisar ( jika nak pedas tambah lagi )
  • 6 ulas bawang merah ~ dikisar
  • 3 ulas bawang putih ~ dikisar
  • 1-2 labu bawang besar ~ dihiris
  • Sedikit air asam jawa
  • Garam dan gula secukup rasa
  • Air secukupnya
  • Minyak masak untuk menumis
  • Sedikit belacan (hancurkan dengan sedikit air panas)

Cara penyediaan:
1. Panaskan minyak dalam kuali. Goreng ikan bilis sehingga garing, kemudian angkat dan toskan minyaknya.
2. Lebihan minyak tadi, gunakan utk menumis sambal.
3. Masukkan bawang kisar, tumis hingga naik bau dan agak garing kemudian masukkan cili kisar.
4. Goreng cili dgn api yg perlahan sehingga pecah minyak dan cili betul2 masak/garing.
5. Kemudian masukkan sedikit air, air asam jawa, belacan, garam dan gula.
6. Biarkan mendidih. Kemudian masukkan ikan bilis.
7. Biarkan sedikit kering, kemudian masukkan bawang besar.
8. Kacau sehingga bawang layu dan kuah jadi pekat bolehlah diangkat.

Bahan sampingan lain:Ikan bilis goreng, kacang tanah(digoreng), telur rebus dan hirisan timun.

* Untuk resepi ayam goreng berempah, refer next N3.

12 comments:

harleena said...

sedapnya nasi lemak kukus. tak pernah kukus lagi nasi lemak, selalu tanak ajer..

Mamasya said...

Salam Ros.berderet entry kukus....lepas kek kukus....kukus nasi lemak pula....dua2nya nampak sedap.kek kukus tu cantik warnanya...

ijayuji said...

Salam kak, sedappppp mmg kalau nasi2 kena kukus, kita pun suke nasi lemak kukus tp tu lah nak buat tak rajin, cuma 2 kali buat kot nasi lemak kukus nii lain2 kita tanak mcm biasa :D

HaSue said...

Salam kenal kembali...
Kak ros kah?atau kita rakan sebaya?hehe...org sarawak kah?boleh la guna dwibahsa.. :-)
Maaf yer baru bkesempatan bkunjung balas..krg sihat la pulak sehari 2 ni..
Apa2pun nasi lemak satuuuuu...!hehee...:-D

Kuazue Mohamad said...

ros..lapau ler plak nengok di pagi hari...

Qasey Honey said...

asslm Kak Tina...sedapnye tgk nasi lemak tu...ade lg x...nk buat sarapan skrg ni...hehe...dh lama dh xbuat nasi lemak ni...versi kukus blum penah cuba lg...bleh la senang2 nti mcubanya pulak...

rostina76 said...

beza kak...ros pun sblm ni tanak je tapi yg kukus ni lagi lembut& berderai (xmelekit mcm tanak)

rostina76 said...

salam kak...mana xberderet menu kukusnya sbb oven kita rosak (landlord tgh baiki, harap2 dpt yg baru)...pasni kuih koci pulut hitam kukus plak.hehe!!

rostina76 said...

hehe, mmg ikut malas tanak je tapi berbaloi le berajin d pagi hari. tapi xleh amal selalu nanti 'kg' bertambah sedap je naik ni

rostina76 said...

salam hasue...tqvm sudi bkunjung & jadi kawan. bestnya dpt kawan2 yg pandai masak mcm hasue & yg lain2. kamek br blajar ne, nanti kitak mgajar kamek ya....haha!!bantai ckp srawak (ros bkn org sarawak tp ramai kwn2 sarawak&dlu husb keje dgn company srawak-jadi ramei kwn srawak). btw semoga cpt sihat ye ;)

rostina76 said...

alaa azue, ko lmbt sket je...anak teruna aku baru je abiskan last kopek lunch smlm.hehe, mmg masak byk 5 cups tapi sedang2 elok je kami 5beranak + amah sorang.

rostina76 said...

salam QH...alahai u pun tlmbt sket je. anak teruna akak conquer dia sorang je....hehe, lain kali ye ;)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...