بِسْــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Friday, 27 April 2012

Asam Pedas Kepala Tenggiri


Semenjak try resepi asam pedas Melaka ni last month guna ikan tenggiri, mommy terasa kepuasan & keenakan hidangan ni. Mmg dah lama sgt belajar & try buat asam pedas ni since daddy dok puji2 jiran lama masak asam pedas Melaka. Bukan nak challenge dia tapi bila suami kita puji masakan org lain, jauh di sudut hati terasa juga jealous & tercabar utk menyediakan yg terbaik untuk suami kita sendiri. Huhu!!!secara jujurnya mommy mmg xpandai masak asam pedas ni, maklum la org Pantai Timur mana pandai makan asam pedas sebab kami lebih sinonim dgn ikan singgang. Tapi semenjak merantau belajar & bekerja, bila terdedah dgn masakan2 negeri lain, mommy start suka dgn asam pedas ni. Semenjak daddy puji jiran dulu tu, sejak itu juga lah mommy dok mencari resepi utk buat asam pedas terbaekk bagi memenuhi citarasa daddy tapi semuanya gagal. Ada je tak kena.....Org cakap tumis cili dgn minyak banyak, bantai 2,3 senduk minyaknya. Fail jugak......Last2 terjmp resepi ni, alhamdulilah bila tried 1st time dulu mmg menjadi (citarasa mommy le, xtau org lain rasa xsedap plak). Tak berani nak tanya daddy sedap ke tak, sebab takut frust utk sekian kalinya tapi rasanya daddy dah boleh accept kot resepi ni. Kalau dia masih lagi dok admire kat asam pedas jiran kami dulu, lantak pi kat dia laaa. Gamaknya org tu bubuh ajinomoto sekerat botol kot. Kik3x.......mmg xpuas hati sbb mommy rasa biasa je pun mcm org masak @restoran tu. Setahu mommy, mmg banyak versi org buat asam pedas ni samale mcm kami masak ikan singgang. Ada je secret recipe yg memenuhi citarasa tekak masing2. Macam ikan singgang, secret recipe keluarga mommy, kami letak budu dalam 1 sudu utk menambah kelazatan kuahnya. Org lain xtau le plak ada ke letak budu mcm kami. Hehe!!!berbalik kepada resepi asam pedas ni, mommy jot down resepinya kat sini supaya senang untuk rujukan mommy, anak2 & cucu2 nanti. Kalau u all terjumpa resepi yg lagi senang & sedap, xkisah la nak alter sendiri. Yang penting anak2 tekak kita semua happy & menyukainya ;)
Sedap betul gigit2 & hisap2 tulang2 kepala tengggiri ni. Since mommy jadi tukang masak sendiri ni, jadi favourite plak dgn kepala tenggiri. Aritu singgang, pastu kari & skrg buat asam pedas ni plak. Kalau dulu2 masa byk abis masa makan @kedai kami jarang layan kepala ikan sebab dady xsuka. Sampai sekarang pun dia kurenggg. Mommy sediakan bahagian isi utk daddy & kepala mommy punya sorang. 3A tak pandai lagi nak makan asam pedas ni (pedas!!!), cuma k.Anis je layan kuah. k.Anis ni mmg suka kuah2 asam.

Asam pedas ni kalau ditambah dengan tomato & bendi mmg lagi pherggh laa sbb xyah nak masak2 sayur lain dah. Hehe tambah dgn ulam2 je, cukup.

Okeh!! last picture nak eksyen skit dgn hidangan lunch mommy kemarin. Asam pedas + budu +ulam timun/temulawak....Haaa! nak tanya u al tau @ pernah makan temulawak? Walaupun rupanya mcm halia/lengkuas tapi rasanya x pijar mcm 2 benda tu. Sedap sgt buat ulam.....Bau & rasanya ada iras2 mangga muda tapi tak masam langsung. 1st mommy makan dulu kawan bagi, yg ini plak kawan gak bagi. Tqvm to k.noor sebab bermurah hati bagi mommy byk ulam2 & pokok2. Seronok sgt bila dapat bekalan ulam-ulaman spt ulam raja, daun kaduk, pandan, daun kesum, bunga kantan, bunga telang etc. masa singgah kat rumah k.noor Selasa lps. Walau haritu peristiwa sedih dgn BM hancur tapi terubat sgt2 kedukaan bila dpt makan ulam-ulaman kegemaran mommy. Berselera betul makan. Nasib baik program diet mommy ni dibenarkan makan. Hehe!!!mg ni berat badan tak berubah2 lagi takatnya. Tak sabar nak dptkan berat ideal ni. Ya ALLAH!!panjang lebarnya mukadimah.....Kita proceed jelah dgn resepi Asam Pedas Kepala Tenggiri ni ye.

Bahan2:
  • Bahagian kepala tenggiri dibelah dua & 3 ketul isi (basuh bersih dgn asam jawa)
  • 1 mangkuk/15 biji cili kering (rendam air panas & kemudian kisar)
  • 5 biji bawang merah (kisar)
  • 2 biji bawang putih (kisar)
  • 1 inci halia (kisar)
  • 1 inci kunyit hidup (kisar)
  • 1/2 inci belacan (kisar)
  • 1 sudu lada hitam (kisar)
  • 2 batang serai (ketuk/belah 2)
  • 1/2 sudu teh halba
  • Daun kesum
  • Bunga kantan
  • Bendi
  • Tomato
  • Air asam jawa
  • Garam
  • Gula
  • Minyak
  • Air secukupnya
Caranya:
  1. Mula2 panaskan minyak & tumis semua bahan kisar sehingga cilinya betul2 garing.
  2. Kemudian, masukkan serai, halba & sedikit air. Tunggu sehingga mendidih.
  3. Apabila kuah mendidih, masukkan isi ikan & kepalanya serta masukkan juga daun kesum & bunga kantan. Masak lagi sehingga isi ikan lembut.
  4. Tambahkan air asam jawa, garam & gula secukup rasa (lebihkan masam).
  5. Sebaik sahaja isi ikan lembut & kuah mendidih, tambahkan sedikit lagi air (terpulang citarasa nak pekat @cair).
  6. Akhir sekali masukkan bendi & tomato. Renehkan sebentar sebelum matikan api.
  7. Sedia dihidangkan.


4 comments:

Unknown said...

salam Ros, wah sedapnya nampak asam pedas tu mesti nasi cepat laku ni kan,jgn bersedih pasti abe dah tk puji orang lain dah ni lepas makan asam pedas Ros..

rostina76 said...

Puas sgt knoor dpt makan asam pedas ni. Di tambah plak dgn ulam2 kg yg knoor bagi tu. Marvelous kata org 'kelate'....hehe, kjap je abis ulam2 tu. tqvm knoor ye

Kongkang Malaya said...

Amboi.. tengok asam pedas tu rasa macam nak bawak nasi sepinggan and join makan sekali :D

Sekali tengok macam jering pon ada ek, rupa temulawak tu :D

rostina76 said...

Kalau ada geng hisap2 tulang kepala tenggiri tu mmg lg syok.....weh, jauh bebenor awok tgk. koi ckp mcm rupe halia, bkn jering :P

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...