بِسْــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Tuesday 6 May 2014

ROTI JALA & KUAH DURIAN

Assalamualaikum & salam sayang.
Cerita menebar jala di panas terik. Berhempas pulas menjala & hasilnya sangat laaaaa penuh suka duka. Hahaha!!!!suka nooo berdrama mommy ni. 


Takdela, sbb sedih tgk jala yg dah koyak rabak & hampir reput. Nasib baik ada peneman yg membahagiakan 'Si Kuah Doyan'.
 Mommy biasanya kalau menjala mesti buat versi kuning & matching dgn kuah kari (Arfa mmg peminat tegar ni), tetapi kali ni ada kelainan sikit sebab teringin nak makan kuah durian. 


So, bila misi membeli durian Siam 4 ketul dgn rege BND 16 selesai, mommy terus mulakan aktiviti menjala. Pilihan colors bagi menampakkan kelainan sbb nak ganding dgn kuah doyan maka kami 3 'dara' pinggiran ni memilih pink & biru.
Masa mula2 buat hari Rabu lepas (bwk sikit utk usrah), cam cantik sikit jalanya tapi kemarin buat lagi cam lagi buruk plak jalanya. Haha!!!!


Yang tak bestnya corak antara 2 colors tu pun xsama kes guna 2 bekas yg berlainan style. Botol 3 muncung tu mommy beli @Daiso masa balik Malaysia aritu. Sengaja pilih 2 yg berlainan sbb nak tau mana yg lagi best. Pepepun walau buruk & koyak rabak yg penting kuahnya awesome maka tutup mata jelah jala tu. Balik lain kali nak beli lagi sebotol each so next time buat mesti lawa skit kan (heheh!!!!kot2 terajin nak jamu org makan jala ni xkan nak bg yg koyak rabak lagi).


Okla.buruk ke lawa ke yg penting sodap. Ni resepi:

ROTI JALA

Bahan-bahan ( 20-25 biji )
3 cawan tepung gandum
1/2 sudu besar minyak masak
1 sudu kecil garam
sedikit pewarna pilihan
1 biji telur
3 cawan air/santan/ susu segar

Cara-cara
1. Blendkan semua bahan di atas hingga sebati (guna whisk pun ok). Tapis barter bagi menggelakkan berketul2.
2. Kalau nak tahu adunan dah boleh jala ke belum, cuba masukkan sesenduk ke dalam acuan. Kalau keluarnya tak putus-putus maknanya dah boleh di jala menggunakan kuali non stick. Kuali biasa pun boleh asal tak melekat.
3. Lepas jala atas kuali biarkan dalam beberapa saat. Kalau dah masak tak payah dibalik, terus aje di angkat dan digulung.

KUAH DURIAN

Bahan-bahan
4-5 biji durian (nak banyak pun blh je)
500ml santan pekat
1/2 cawan gula (bergantung tahap kemanisan masing2)
3 helai daun pandan
Sedikit garam
Sedikit air (jika perlu)

Cara-cara
1. Masukkan semua bahan2 ke dalam periuk dan reneh sehingga mendidih.
2. Jika kuah terlalu pekat boleh masukkan sedikit air.
3. Sentiasa kacau kuah bagi menggelakkan santan berketul2.
4. Bila kuah telah pekat & isi durian telah terlerai, matikan api.
5. Sedia dihidang bersama roti jala (lagi enak jika dibiarkan sejuk di dalam peti ais sebelum dihidang).

16 comments:

cahayahidupku.blogspot.my said...

Amboi rainbow kuih jala tu Ros.. cantik pulak akak tengok.. kreatif sungguh :)

Nasa Mulia said...

cantiknya roti jala tu colourful...mmg sedap makan ngan kuah durian.

Umm AA said...

weyy pekaba demo...sori deh tokder nok maghri jale..
baru festime nie tahu bulih make nge kuoh duye...mesti sedap tuh...kreatif roti jalo demo bewarni warni tu...:)

PetakBunga said...

kalau kat rumah pyh sikit nk guna warna2 cam ni.. mesti diaorg takut nk makan..huhu

Nastyna said...

kak ros memang saaaaaaajer jer, time time kita menahan napsu denang makanan ni semua, time tu la dia tayang pelbagai. cantek la kaler jalanya, sayang nak makan.

Jari Manis said...

cantik sangat roti jala nya....sayang nak makan..biasa tgk warna kuning je pastu mkn ngan kuah kari yg ni special..kuah durian

Unknown said...

Meriahnya color roti jala kak ros : )

@na said...

weyyy pelik nyo jalo ni...tok rajen kelih lg ni...hehehe...

tun_telani said...

tun tergezut tgk kaler striking pink lawan ngan biru tu.. hehehe... tp asal rasa sedap semua layann..

NzA said...

cantiknya roti jala tu...sayang pulak nk makan kalau tgk colour menarik.....

tifaanvar said...

saya lg suka mkn r.jala dngn kuah kari ayam pekat.

NEKCIK said...

My all time peberet nih...kalau jamuan raya..ni dulu yang nekcik sambar..
eh macam nak buat jer kuah derian tu..cicah roti pun sodaap

rostina76 said...

nurhayati: hahaha!!!blm ckp rainbow lg tu kak. pasni kena sediakan 7 botol 3 muncung br jadi gempak punya rainbow

nasa: heheh!!!gedik nak colorful, biasale bebudak ni suka main colors

UAA: alhamdulilah sihat. hehe xrajin makae ko demo kuah doyan? sedakkk nak tahu gak

PB: hahaha!!!!warna biru ni mmg klau mat salleh not a food color. cam poisoning je ekk

nastyna: mitok maap la…..kros mengidam jugok ni walau xdok isi dlm perut.

JM: kita kasi kelainan la. kebiasaan itu suatu keboringan. haha

TD: meriah baru best

@na: pelik tapi benar. ni laaaaa. sedak weh

tun: gang usrah pun terkezut gak tgk color, tapi ngam juga le

NzA: walau koyak rabak cantik juga ke? huhu

tifa: yg tu mmg favorite all time kami juga

nekcik: betul sangat la tu nekcik….cicah roti (lama tak layan ni)

nurbijen said...

roti jala regu dgn kuah doyan? first time dengar... Kat sini 2 ulas doyan GBP5... tapi beli juga la buat hilang kempunan :)

ishamizu said...

Sy pon mm kak Nur firt time dgr mkn roti jala dgn kuah durian hehe.

Nway suka la kaler roti jala tu kak Ros! Mabeles..;)

adam said...

wife saya pun ada buat roti jala ptg td. rupanya ke laut rasanya blh tahan sedap

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...