بِسْــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Thursday, 27 June 2013

Jeruk Mangga Homemade Paling Senang

Assalamualaikum & good day.
Issskkkkk!!!!ngilu gigi.............Nak habaq mai ni, sapa2 suka makan jeruk tu blh la jenguk blog Wind of Change harini (harini je ka?)
Tgk tu muka binatang (ekk!!!!!!emoticon) masam hijau muka dia lepas rasa jeruk kami buat ni. Heheh!!!! Yg masam Mangga tu, kuah dia sedang2 elok ja.
Mangga pemberian ustazah, mommy buat sambal ikan bilis sikit,colek dgn kicap belacan sikit, makan gitu sikit (yg ni kuini) & balancenya yg agak Muda & masam mommy jeruk.
This simple idea mommy dpt last year masa jiran bg jeruk ni (k.Maria la ni)....Kakak dia bt sendiri guna asam masin. So, bila tiba musim Mangga this year mommy Cuba sendiri. Senang je.....Nah resepi;

Bahan2:
Mangga Muda (dihiris)
Asam masin bulat yg warna merah
Air masak
Gula (jika suka manis)
Sedikit cuka (jika Mangga xmasam sangat)

Caranya:
1. Masukkan Mangga Muda yg telah dihiris ke dalam bekas.
2. Tabur asam masin (suka hati la berapa banyak).
3. Tuang air masak sehingga menenggelamkan mangga & asam.Kacau rata. 
4. Tutup bekas dengan kedap & simpan dlm peti sejuk selama beberapa hari (anggaran 4-5 hari) sebelum boleh di makan.




8 comments:

JunAina said...

Resepi jeruk yang mudah tapi Aina tak suka sangat benda masam2.

Salam ukhwah.

:: Mrs.Eady :: said...

tak makan jeruk..

Lynn Hamzah said...

kecur air iur...hehehehe...

ishamizu said...

Hmm kecur liur..! Hihi. Kita pgil asam masin tu asam kecut heheh.

~Mami Little Hero~ said...

Sedapnya kak ros. terus telan air liur. ehehhe

suka suka said...

Assalam..Asam masin tu guna berapa biji ya...

sitiezahim said...

menarik2.. tp kat sini takde asam merah tu, ada asam putih je. tp kalau jumpa pelam muda, teringin la nak buat.. tw for sharing :)

rostina76 said...

JunAina: Salam ukhwah.tq
Mrs eady: bagus2, makanan xberkhasiat pun ni
Lynn hamzah: mmg kecur pun
Ishamizu: asam kecur ekk. Betul la tu. bila makan, muka terus kecut
Mami little hero: telan air liur ok lagi jgn meleleh dah.hehe
Suka suka: ikut suka suka je nak letak byk mana.mommy letak setengah packet
Sitiezahim: Xtau la plak klu yg Putih....xjadi merah je kot.rasa mgk sama

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...