بِسْــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Sunday, 9 June 2013

Cinnamon Rolls

Assalmualaikum& good day.
Dah makin terer post N3 guna hp (hampeh)......bab kata pepatah "practice makes perfect". Mommy gagah jugak jot down N3 ni sbb takut dok peram lama2 last2 langsung berkarat & menjadi debu ditiup "Wind of Change".Hahaha!!!!
Harini jotdown eksperimen meroti yg mommy buat masa cuti Isyrak & Mikraj baru2 ni. Ceduk Resepi Masih dr buku My.resepi "Jom Berjimat Menyediakan Roti"....
Bestnye layan 'Gelungan Kulit Kayu Manis' buatan sendiri....Kalau dulu suka beli @kiosk di Carrefour Subang, besor2 gedabak. Yang versi mommy buat ni kiut miut sbb senang nak serve 3A.
Bahan2:
300g tepung roti
50g mentega
1 biji telur
50g gula halus
120ml air
1 sudu kecil yis kering
1/2 sudu kecil garam

Inti:
2-3 sudu kecil serbuk Kulit Kayu manis
60g gula perang
20g marjerin (suhu bilik)

Aising:
50g krim keju
20g mentega 
100g gula aising
Beberapa titik esen vanilla
Secubit garam

Cara2:
1. Masukkan semua bahan utk doh ke dlm BM. Pilih menu dough & tunggu sehingga doh siap.
2. Bahagikan doh kpd 2 bahagian. Ambil 1 bahagian & canaikan lebih kurang 20x25 cm. Letakkan bhn2 inti secara berlapis & ratakan. Gulung roti padat2.
3. Potong dgn mgunakan benang (mommy hentam dgn pisau jugak). Dapatkan dalam 5 bahagian yg sama size.
4.Lapikkan roti dgn cawan muffin. Biarkan naik 2x ganda. Kemudian, bakar dgn suhu 180'C selama 15 minit.
5. Sementara itu, sediakan aisingnya. Masukkan semua bahan utk aising ke dalam mangkuk. Pukul  sehingga menjadi  bentuk krim. 
6.Apabila roti sudah masak (ketika masih panas), letakkan aising ke atas setiap roti. Siap.

12 comments:

hainom OKje said...

Tepung roti dah siap beli tu...tapi entah bila nak menguli jadi cenggitu hehe

Tak de mesin roti lah ROs.... boleh jadikan alasan tak! hehe

tun_telani said...

Salam kak ros.. salah satu roti feveret tun.. mmg suka sangat kat rasa cinnamon tu.

MulutPayau said...

Sedapnya...tapi tak berapa rajin nak buat sendiri..hihihi

ummuaidan said...

Sedap &cantik ros,..
kalaulah ade oven yg best kat umah nie nak jgk mencuba ..heheh..sabar dl deh..sipe dl resepi nie..:)

lady lavender said...

mmg jimat ni ros...better than kedai mari :-))

kita pun dah lama tak meroti. Kurang sambutan so, kalau buat kompem sendiri yg makan banyak. Anak2 kalau roti cuma suka sosej roll aje. Lain2 buat tak heran hehe..

mama sara nur said...

assalam Ros
rajin meroti
memang sedap makan ptg2,
cantik mcm kat kedai.

NEKCIK said...

aduhai rancaknya dapor cik puan kita niii..meliooorkan!!

Norzila Zakaria said...

mcm best je kak..nak ckit..zilz td pun buat kukis guna cinnamon

Nooriah Abdullah said...

alahai Ros tak lontarkan kat sini seketoiii sedap nampak nya tu..

Nastyna said...

Tak banyak bahannya, tapi tepung roti tu kalau pakai tepung gandum boleh ker kak? Macam "senang" jer nak buatnya.

Amie said...

Sama kot cinamon roll dengan kuih cempiang...

rostina76 said...

Okje :hahaha!!!blh2 jadi alasan. P beli jelah
Tun telani: kros pun suka. Nasib baik Ada topping cream tau sbb bdk2 ni suka sesangat. Utk kros, plain xde topping pun dah sedap
Mulut payau:mesti klau suruh beli rajin ni.hehe
Ummuaidan: sipe molek la deh
LL: ohw 3A plak suka roti especially sosej roll tu
Mama Sara Nur: alaaa Kak. Comot le, jauh standard kedai tu tapi rasa mmg blh beat.ngeh3x....
Nekcik: mood tgh rajin. Nak citer pasal jalan2 gambar dlm PC. Layan jelah nekcik
Norzila Zakaria: wah best gak tu cookies. Nak Kena p intai ni
Nooriah abdullah: malu la knoor.rupa dah le cinonet, pasty comot je.hehe
Nastyna: tak tahu la plak klu guna tpg gandum biasa.blh kot cuma xberapa gebus la kot.btw mmg senang jah buatnya.
Amie: ekk, cempiang?????sorry Kak xpernah dengar kuih tu.camana ekk?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...