بِسْــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Tuesday, 18 June 2013

Ban Kari

Assalamualaikum & good day.
Bila 3A dah rajin meringankan kerja mommy (walau mommy kena bayar gaji) kena la bagi makan sedap2 kan....Dorg request bt roti sosej lagi tapi mommy cakap kita try yg blm pernah bt la. Lepas tgk gambar dr buku resepi, semua setuju. 


Akhirnya terjadila 'Ban Kari' yg sedap. Mmg puas hati bt sebab mmg sedap. Cuma intinya mommy bt style inti karipap 'mak tok'.....Ada daging+kentang berempah kurma. 

Kalau ikutkan rasa Ban ni, ada lebih kurang rasa roti goreng cuma ditambah dgn keranggupan breadcrumb membuatkannya lagi sedap (cuma kami out of eggs stock jadi breadcrumb xberapa nak melekat)..


Adunan ni dapat 12 biji ban so mommy split 6 goreng mcm resepi asal & another 6 tu mommy bakar dlm oven. Both sedap but personally mommy go for baked bun because it's healthier.

Sumber: Buku 'Jom Berjimat Menyediakan Roti (Myresepi.com)

Bahan2 doh:
170g air
300g tepung protein tinggi 
30g mentega
30g gula 
1/2 sudu kecil garam
1 sudu kecil yis kering

 Bahan2 inti:
100g daging kisar
1 sudu besar serbuk Kari
1/2 sudu besar cili kisar
1/2 biji bawang besar (dadu)
2 Ulas bawang Putih (tumbuk halus)
1/2 cm halia (tumbuk halus)
1tangkai daun Kari
Garam & gula

Bahan2 lain:
1 biji telur
Serbuk roti secukupnya 
Minyak utk menggoreng

Caranya:
1.Panaskan mintak & tumis bhn2 tumbuk & bawang besar sehingga naik bau. Masukkan cili kisar & masak sehingga pecah minyak. Kemudian, masukkan daun Kari & serbuk Kari. Kacau sekejap. Masukkan pula daging ayam. Goreng sehingga masak. Masukkan garam & gula. Ketepikan.
2. Masukkan semua bahan2 doh mengikut turutan dari atas ke bawah ke dalam mesin roti. Pilih menu dough & tunggu sehingga siap.
3.Bahagikan doh kepada 12 bahagian, kemudian bt bentuk bulat. Isi setiap doh dgn inti. Biarkan doh naik dia kali ganda drp size asal.
4. Panaskan minyak. Masukkan telur ke dalam mangkuk. Pukul sedikit dengan garfu. Celupkan roti ke dalam telur, kemudian salut dgn serbuk roti.
5. Goreng dalam minyak banyak sehingga perang. 


10 comments:

K yatie said...

kurang minat makannan jenis roti, tapi sesekali makan best juga

nurbijen said...

bila la nak belajar buat bun mcm kak ros ni....

Nastyna said...

I pun prefer bake bun, bukan pasal fikir healthier only, but easier also. hihi

Norzila Zakaria said...

kak taip la resepi dia..t zila boleh try..zila nak biskn stok tepung ni

Amie said...

Nampaknya 3A sepakat muafakat setuju dengan resepi ban kari ni ye... seronoknya kalau semua seia sekata.

rostina76 said...

Kyatie: kami plak mmg suka roti
Nurbijen: beli la dlu BM murah @UK tu baru semangat nak bt.
Nastyna: betul2, senang bakar
Norzila: kros dah update Resepi tu, cubala nanti
Amie: dorg ni klu inti ala1 daging cincang tu mmg suka . Lebihan inti bt Karipap plak

aTieYusof Family said...

sedapnya tgk bun ni..anak2 mesti suka.. kena belajar buat lah nampak nya..:)

sitiezahim said...

cantik2 naik rotinya..mesti rasanya sedap gak..hehehe

m.u.l.a.n said...

jauh nya nak mintak sikit... sedaaappppp nya sis..

hainom OKje said...

alaaaa...tak de mesin roti...mesti tak menjadi punyakan...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...